Taujihat Pengorbanan 7 Februari 2014

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang

Tarikh ini telah mencipta sejarah dalam mengubah sedikit sebanyak hidup seorang mad'u.

Selama beliau menjangkau umur 20-an,telah banyak niat yang diciptanya untuk berubah sedikit demi sedikit ke arah kebaikan. Jiwanya terasa kosong tiada tersulam cahaya hidayah Allah. Hati yang menginginkan kebaikan itu meronta-ronta melawan roh jahiliyyah yang sedang cuba menapak dalam dirinya. Ketika itu dia sedar,dia telahpun jauh meninggalkan Allah walaupun zahirnya dia solat lima waktu,membaca Al-Quran setiap selepas solat dan sebagainya. Tetapi dia tidak sedar yang jiwanya memerlukan makanan tambahan. Hiasan-hiasan dalam ibadah dan cara pengambilan makanan tambahan buat rohaninya.

Saat bermuhasabah diri,dia cuba mencari seorang sahabat untuk mendengar luahan hatinya. Padanya,sahabat yang baik mampu memberi sedikit sebanyak sokongan dan pandangan dalam dirinya yang tidak keruan memikirkan masalah diri dalam kehancuran ummah. Walaupun hatinya risau melihat ummah,dia juga mempunyai konflik dalam diri. Dengan adanya sahabat baik yang mampu memahami dan dalam masa yang sama,mampu menyuntik sedikit ubat pencegah kesakitan sebelum dirinya dirawat oleh seorang pakar.

Hadirnya seorang sahabat menguatkan jiwanya yang kian rapuh. Beliau cuba menjawab persoalan hatiku yang terkumpul sejak lama dahulu. Satu demi satu dirungkainya. Katanya,semua insan yang kita sayang mempunyai harapan yang tinggi buat diri kita. Jika kita sebagai seorang pelajar,semestinya sang ibu menginginkan seorang anak yang cemerlang dan mengelakkan fitnah pada islam. Itulah harapan yang sudah pasti tersemat di hati ibu-ibu seantero dunia. Jika kita sebagai seorang mad'u dan daie,sungguh sang murobbiah juga mempunyai harapan yang besar supaya kita menjadi seorang yang besar juga. Hadirnya sang murobbiah itu mendidik kita akan salah satu rukun bai'ah. Apakah? Jawapannya ialah TADHIYAH atau maksudnya,BERKORBAN. Sama persis seruan Imam Hassan Al Banna," Ayuh ke medan amal,wahai saudara yang jujur."  Katanya lagi,berkorban ialah menyumbang jiwa dan harta,masa dan nyawa serta segala-galanya demi mencapai matlamat. Dalam tidak kita sedari,di dunia  ini tiada jihad yang tidak menuntut pengorbanan. Sedangkan apa sahaja yang kita mahu,semuanya memerlukan pengorbanan. Hatta kita mahu membeli makanan pun kita perlu mengorbankan sesuatu,iaitu duit yang kita kumpul. Tambahan pula,segala pengorbanan yang disumbangkan demi gagasan ini tidak akan disia-siakan  sebaliknya akan dibalas dengan ganjaran yang lebih besar dan pahala yang lebih baik.

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada oarang-orang beriman akan jiwa mereka dengan harta benda mereka." (Surah At-Taubah:20)

Kemudian bicaranya diteruskan dengan kisah pada tahun-tahun akhir sebelum abad pertama islam berlalu,penyelewengan mula menyerap masuk ke dalam generasi baru yang bakal menggantikan generasi pertama islam yang unik itu (Rasulullah SAW,sahabat,nabi dan tabi'en). Keazaman di dalam dakwah dan jihad mula kendur  sedangkan mereka sepatutnya meneruskan dakwah dan jihad untuk menghapuskan saki baki taghut yang masih ada.

Dirinya diingatkan tentang generasi kita sekarang ialah generasi yang terpedaya. Masyarkat disibukkan dengan kepayahan mencari sesuap makanan. Akibatnya mereka menjadi penat dan letih dengan perut dan nafsu serta tiada masa lagi untuk mendengar nasihat atau kembali kepada agama. Wahai sahabatk,taghut yang zalim telah menerapkan kehinaan kepada orang ramai. Mereka  mendidik pejuang-pejuang muda dan anak-anak singa supaya berlembut dan tunduk kepada syahwat. Mereka meyakinkan kebanyakan orang islam dengan perlunya mengasingkan diri (beruzlah) dan lebih baik berjaga-jaga daripada sebarang kerja yang mengundang risiko kepada mereka,iaitu JIHAD dan AMAL ISLAM. Sahabat,ketahuilah kerja-kerja ini tidak boleh ditinggalkan dan ditangguhkan lagi. Masa tidak berpihak kepada kita jika ditangguhkan. Sungguh jika itu berlaku,semakin panjanglah tempoh bermaharajalelanya si zalim dan semakin kuat pula cengkamannya di dalam jiwa mereka yang hanyut di dalam arus kencang jahiliyyah.

Seorang daie tidak boleh meninggalkan tugasnya untuk menyelamatkan manusia.Segala kesangsian dan putus asa dalam proses mengislahkan ini segera musnah bila kita sedar kedudukannya berada di tengah-tengah rombongan orang-orang beriman yang sedang berjalan. Bermula daripada para salaf,maka daie mengambil amanah ini daripada mereka. Ternyata inilah inspirasi keteguhan azam seorang muslim untuk terus bersama dengan jalan dakwah. Mereka terus menghadapi kesusahan hanya semata-mata untuk memastikan ketetapan Allah ini terus berlaku dan terserlah. Tetapi sesiapa yang berpaling dari jalan yang mulia ini,sunnatullah akan terus berjalan tanpa henti,tidak menghiraukannya. Allah akan memberi hidayah kepada kaum yang lain pula untuk menyerlahkan kekuasaan dan merealisasikan sunnahnya ini.

Satu persoalan diberi kepadanya dalam kekhusyukan dia mendengar nasihat yang panjang lebar itu. Siapakah yang akan memerangi musuh jika kita mememcilkan diri? Walaupun persoalan yang diberikan kepadanya bukanlah untuk diberi jawapan namun,itu hanyalah cubaan un
tuk dia sedar akan tanggungjawabnya. Kemudian,sahabatnya yang petah itu meminta dia mendengarkan sebuah kisah,alangkah bahagianya,apabila cerita teladan kembali bagi menjadi contoh efektif buat dirinya.

"Amir As Sya'bi,ahli fiqh dari pada tabi'en kufah telah meriwayatkan bahawa ada beberapa lelaki telah keluar dari Kufah dan tinggal dipinggir bandar,beribadah di sana. Abdullah bin Al Mubarak juga ahli hadis yang tsiqah setelah selesai berperang di Tarsus,belum sempat debu di badannya hilang,beliau mengirimkan puisi pada sahabatnya yang mengasingkan diri untuk beribadat dan meninggalkan jihad:

" Wahai orang yang sedang beribadat di dua tanah haram,jika kamu melihat kami nescya kamu faham bahawa kamu hanya bermain-main di dalam ibadahmu. Orang-orang itu membasahi lehernya dengan air mata,sedang tengkuk kami berlumuran darah,dia memenatkan kudanya di dalma sia-sia,sedangkan kuda-kuda kami penat di hari peperangan. Kamu berbau harum dengan minyak wangi,sedangkan minyak wangi kami adalah peluh kuda dan debu yang terbaik di medan peperangan. Telah datng kepada kami sabda nabi kita ,kata-katanya yang benar,tepat dan bukan dusta:"Tidak akan bertemu debu dua kuda pada hidung seseorang dengan asap neraka yang menyala." Kitab Allah ini telah menyebut di hadapan kita bahawa orang yang mati syahid itu tidak mati. Ini bukan dusta.""

Begitulah panjang lebarnya nasihat dan ubat motivasi yang telah diberikan oleh seorang sahabat yang setia mendengar dan membantu sahabatnya yang memerlukan.

Semoga kisah di atas memberi sedikit inspirasi jiwa buat kita sebagai seorang daie yang terkadang goyah mengharungi badai jahiliyyah manusia.

Tinta Serikandi Solehah buat Sang Pemilik Hari Lahir.

Comments

Popular posts from this blog

(Review) Raudhah,Aku Mencintaimu Kerana Allah

Mas Kahwin & Hantaran Murah atau Mahal?

Mudahnya Menjadi Mujahid & Mujahidah