Posts

Showing posts from February, 2014

Mudahnya Menjadi Mujahid & Mujahidah

Image
Assalamualaikum wrt. Genap 10 hari diri ini berumur 21 tahun... Masih dalam pencarian... Mencari hati dalam keredhaan Allah... Hijrah menuju Allah... Hari ini saya teringin sangat berkongsi tentang dua orang anak muda yang boleh kita contohi dan dijadikan kehidupan mereka dahulu sebagai ROLE MODEL buat kita yang masih bernyawa dan meniti perjalanan sebuah ranjau kehidupan. Kisah ini tentang MUJAHID & MUJAHIDAH di jalan Allah yang masih meniti di bibir semua orang terutamanya di Facebook.   KINI BERMULA KISAH MEREKA...JOM SAMA-SAMA KITA TELUSURI DENGAN HATI NURANI KITA =) MUJAHID & MUJAHIDAH yang patut dicontohi. Masing-masing telah pergi menghadap Ilahi dalam usia 20 tahun pada tahun 2013. Luangkan sedikit masa untuk menghayat i kisah mereka berdua. Semoga ia bermanfaat untuk kita bersama. ~Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam~ Beliau digelar oleh sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid yang tertangguh”. Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi m

Ceritera 9 Februari 2014

Image
Alhamdulillah ucapan terindah untuk mengucapkan kegembiraan yang tak terhingga kerana diizinkan lagi bernafas di bumi Allah yang penuh barakah dan misteri. Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah... Sebesar kesyukuran diberikan kepada pencipta kita yang telah memberi banyak nikmat dan peluang sepanjang hidup kita di dunia ini. Tiada kata yang mampu menggambarkan rasa hati ini lagi setelah diberi peluang untuk mendatangi hari yang penuh bermakna dalam hidup saya,iaitu 9 Februari. Tarikh ini bukan sekadar tarikh lahir tetapi melambangkan hidup kita ini sentiasa berubah dan bersilih ganti hari ke hari. Hari ini sahaja kita dapat merasai 9 Februari 2014 dengan aktiviti dan kenangan yang berbeza antara 9 Februari 1993 dahulu dan 9 Februari 2016 akan datang. Tiada 9 Februari 2014 akan berulang kembali menemui kita. Signifikan perubahan masa ini juga menunjukkan perubahan kepada umur kita. Alhamdulillah,hari ini Allah telah mengurniakan saya umur 21 tahun. Kadang-kadang usia ini merup

8 Februari Dalam Sejarah Hidupku

Image
Kesyukuran kuucapkan setelah masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk masih menikmati kesejukan suasana di Unisza,Tembila,Besut ini. Hari ini adik-adik junior telah cuba untuk merapu dan 'memerangkap' saya. Mereka suruh saya masak sesuatu sebagai santapan kami semasa perkelahan Majlis Perwakilan Surau (MPS) di Bukit Keluang. Hasrat mereka telah dinyatakan kepada saya kelmarin pagi setelah saya pulang daripada pasar Kuala Besut. Ish sungguh la budak-budak ni. Dah la baru balik pasar. Kalau kat pasar lagi boleh mereka cipta banyak sikit. Murah pun murah. Satu lagi,sapa tak risau nak masak untuk ramai makan sedangkan tiada pengalaman langsung. Kalau masak di rumah lain kiranya sebab menggunakan dapur gas. Ni dah la pakai 'rice cooker' je. Hentam sajalah. Saya pun ikutlah kehendak meraka dengan memberi cadangan resepi yang saya mampu masak. Sebelum itu mereka meminta saya memasak nasi goreng. Mencabar tuh. 'Fail' ooo masak nasi goreng ni. Jadi saya pun memberi c

Taujihat Pengorbanan 7 Februari 2014

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang Tarikh ini telah mencipta sejarah dalam mengubah sedikit sebanyak hidup seorang mad'u. Selama beliau menjangkau umur 20-an,telah banyak niat yang diciptanya untuk berubah sedikit demi sedikit ke arah kebaikan. Jiwanya terasa kosong tiada tersulam cahaya hidayah Allah. Hati yang menginginkan kebaikan itu meronta-ronta melawan roh jahiliyyah yang sedang cuba menapak dalam dirinya. Ketika itu dia sedar,dia telahpun jauh meninggalkan Allah walaupun zahirnya dia solat lima waktu,membaca Al-Quran setiap selepas solat dan sebagainya. Tetapi dia tidak sedar yang jiwanya memerlukan makanan tambahan. Hiasan-hiasan dalam ibadah dan cara pengambilan makanan tambahan buat rohaninya. Saat bermuhasabah diri,dia cuba mencari seorang sahabat untuk mendengar luahan hatinya. Padanya,sahabat yang baik mampu memberi sedikit sebanyak sokongan dan pandangan dalam dirinya yang tidak keruan memikirkan masalah diri dalam kehancuran ummah. Walaupu

Giveaway 5K Dunia sebenar Shida

Image
Assalammualaikum, peace upon you. Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah : Kategori Blogger : Shida Radzuan , Emas Putih , Zulhairy , Yumida Huda , Nabila Medan , Rafina Mimi & Jaa Kechik Kategori Onlineshop : AHR Boutique , WA beauty E'Shoppe , Syiela d'beauty , Zinnia Z A Zinnia , Puteri Jelita Shoppe , Annia's Health & Beauty Shoppe , Dedeqdewishes Boutique , Nurul Yui Collection , Nini Bizshop , Reddelima.com Alhamdulillah Syukur Lillah kerana dipertemukan dengan giveway ini pada 6 Februari 2014... Sebenarnya saya dipertemukan dengan giveway ini kerana saya selalu mengikuti perkembangan seorang blogger yang hebat dalam bidang 'designer',iaitu http://www.fizgraphic.com/ Kalau nak buat apa-apa,banner ke,name ca

Transformasi 5 Februari

Alhamdulillah syukur nikmat dapat bersua lagi hari ini... Saya kat sini terhad sedikit untuk post blog,malam-malam baru boleh kerana 'line wifi' terhad. Semua dah pakat balik la katakan. Mungkin hari ini,hari bahagia buat sahabat-sahabat di luar sana. Saya pula hari ini tak tahu hari apa...hehehe...kelas tak mula lagi,daftar kursus sudah tapi perlu jugak jumpa mentor untuk bincang. InsyaAllah esok. Cumanya hari ini saya dapat satu mesej daripada seorang sahabat,bertanyakan tentang pemakaian purdah. Katanya,Bagaimana caranya kaedah pemakaian purdah kalau dalam unit beruniform?Samada boleh buang ataupun tidak.Dia tak nak la kerana unit itu niatnya untuk memakai purdah terbatas.Takut kerana unit itu juga,dia perlu buang dan pakai purdah. Nanti apa kata orang lain,sat pakai sat buang seolah-olah dia mempermainkan semua tu. Jadi saya tak ada cakap banyak,saya cuma tanya kenapa perlu buang?Ada arahan ke? Sebab apa saya tanya sebegitu? Kerana setiap kita buat sesuatu pasti a

Pena 4 Februari 2014

Image
Pertama sekali saya minta maaf kepada semua kerana saya baru boleh update blog ni. Hari ini saya kalut siapkan barang nak pulang ke universiti dan Alhamdulillah setelah bermusafir selama 8 jam bersama sahabat sepermainan saya,kini selamat berada di atas kerusi,menghadap blog ini demi sedikit warkah buat sahabat semua yang mempunyai cerita yang bermakna buatnya pada tarikh ini. Mungkin kerana usia semakin meningkat,mungkin detik pertemuan pertama bersama Sang Raja/ Ratu Hati anda,mungkin detik perubahan dan lain-lain lagi. Hari ini merupakan hari yang banyak perkara penting yang berlaku dan memberi kesan yang mendalam pada diri ini. Saya sendiri tak tahu apa yang saya rasakan. Sejak melangkah keluar dari rumah demi meneruskan perjuangan di medan jihad ini,hati terasa hiba,sedih,rindu dan macam-macam lagi. Mungkin kerana hari ini semua sekolah,saya pulak balik selalunya ada ummi abah dan adik beradik hantar,kali ni salam umi abah,terus naik kereta kawan. Bukan tak rindu nak teruskan pe

3 Februari Untuk Anda

Image
Syukur ke hadrat Allah Maha Besar sebesar-besarnya... 3 Februari 2014 telah tiba dan bakal berakhir. Tuan empunya 'keyboard' baru mampu memegangnya dan menari-nari di atasnya demi secebisan coretan buat semua pembaca. Kelmarin saya sekeluarga bersama-sama musafir ke Perak dengan niat menghabiskan masa sekeluarga dan menghantar adik pulang ke sekolahnya. Alhamdulillah dengan cadangan si kecil adik saya,abah pun pergilah ke Zoo Taiping demi menunaikan hasrat si kecilnya yang jauh sudah angannya. Kalau diikutkan manalah kami sekeluarga biasa pergi ke tempat peranginan macam tu...Semua ni gara-gara adik pernah pergi rombongan. Sesampai di sana kami berjalan-jalan melihat ciptaan Allah yang pelbagai,daripada jenis tumbuhan sehinggalah jenis haiwan yang ada. Dah kata namanya zoo kan mesti ada Taiping...Eh?bukan tu...mesti ada binatang. Macam-macam dapat kita saksikan daripada telatah haiwan-haiwan tersebut. Dah lama-lama pusing zoo,sampailah ke tempat Unta dan Zirafah,iaitu antar

Amanat 2nd February 2014

Image
Bismillahirrahmannirrahim... Cakkkk...... Jemput datanglah ye...Maaf kalau tak sempat nak melayan...hehe... Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah... Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam... Hari ini sudah bertapak kita pada 2 Februari 2014... Memandangkan bulan ini bulan yang bermakna buat saya... Tiada madah yang ingin diungkapkan melainkan dengan animasi yang terpapar buat kalian. Kuberharap dengan pertambahan usia kalian sedari 2 Februari tahun kelahiran kalian sehingga kini,banyak memberi pengajaran kepada kalian untuk terus berjuang di medan perjuangan akan datang. Sesungguhnya zaman ini dan mendatang,jauh lebih berbeza daripada kehidupan kita yang dahulu. Dengan itu,bawalah perubahan kepada diri anda bermula detik ini demi membentuk masyarakat akan datang. Kita banyak terdedah dengan berita-berita ngeri di dada-dada akhbar yang menunjukkan di mana keprihatinan dan hati jua perut rakyat negara kita hari ini. Dengan kes pembunuhan,rogol,bunuh diri,buang anak,anak

Kisah 1st February 2014

Image
Assalamualaikum W.R.T Terasa lama sangat saya tak 'update' blog ni kan.Nak kata sibuk,tak sibuk,nak kata tak sibuk,memang sibuk.Tapi ntah kenapa hari ini terasa mesti menulis jugak,jangan bertangguh lagi.Nak mencapai kesempurnaan tu tak mugkin sebab kita ni MANUSIA tetapi kita mesti cuba buat yang terbaik betul tak? Jadi hari ini bukan sempurna yang saya cari cuma yang terbaik didambakan. Sebenarnya saya masih dalam 'mood' cuti semester walaupun tinggal beberapa hari lagi saya perlu kembali ke medan perjuangan saya di bumi pantai timur sana.Pelikkan dah nak habis cuti semester baru lapang untuk tulis blog.Nak buat macam mana,sibuk cuti kat rumah tak sama macam sibuk cuti kat universiti.Macam-macam tugas suri rumah perlu dibuat.Kadang-kadang duk 'melagha' juga.Bukan tak ada cerita nak tulis,banyak kot idea,cuma masih tak tersusun sebab sekarang kena fokus uruskan bisnes kecil-kecilan saya,tu membuatkan semua tersekat.Saya masih terfikir-fikir nak menjenamakan