Ceritera 9 Februari 2014
Alhamdulillah ucapan terindah untuk mengucapkan kegembiraan yang tak terhingga kerana diizinkan lagi bernafas di bumi Allah yang penuh barakah dan misteri.
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah...
Sebesar kesyukuran diberikan kepada pencipta kita yang telah memberi banyak nikmat dan peluang sepanjang hidup kita di dunia ini. Tiada kata yang mampu menggambarkan rasa hati ini lagi setelah diberi peluang untuk mendatangi hari yang penuh bermakna dalam hidup saya,iaitu 9 Februari. Tarikh ini bukan sekadar tarikh lahir tetapi melambangkan hidup kita ini sentiasa berubah dan bersilih ganti hari ke hari. Hari ini sahaja kita dapat merasai 9 Februari 2014 dengan aktiviti dan kenangan yang berbeza antara 9 Februari 1993 dahulu dan 9 Februari 2016 akan datang. Tiada 9 Februari 2014 akan berulang kembali menemui kita. Signifikan perubahan masa ini juga menunjukkan perubahan kepada umur kita. Alhamdulillah,hari ini Allah telah mengurniakan saya umur 21 tahun. Kadang-kadang usia ini merupakan suatu rahsia bagi seseorang,cuma bagi saya umur bukanlah rahsia untuk disembunyikan daripada semua orang. Bagi saya,dengan peningkatan umur dan diketahui oleh semua,boleh membuatkan kita mengingati betapa dekatnya kita dengan kematian,mengingatkan kita kepada amal yang masih belum cukup dan mengingatkan kita kepada tanggungjawab yang belum terlaksana.
Hari ini saya rasai di universiti tanpa keluarga di sisi,hanya sekadar sahabat dan teman yang menemani dan menjadi watak-watak cerita hari bahagia saya. Hari ini juga merupakan tarikh permulaan kuliah bagi semester 4 yang InsyaAllah telah lama dipasangkan niat untuk lebih maju ke hadapan dan bersungguh-sungguh meraih kejayaan buat diri dan semua yang tersayang. Saya memilih tema Hijrah dan Perubahan buat 9 Februari ini sebagai persediaan bagi menempuh hari-hari akan datang. Sebenarnya tidak terhad kepada hari lahir sahaja yang kita perlu ingat,sambut dan melakukan perubahan. Tetapi hari-hari merupakan hari yang perlu kita ingat,sambut dan buat perubahan atas diri kita. Mungkin hari lahir boleh dijadikan salah satu permulaan kepada sesuatu keazaman yang lebih daripada hari-hari yang lain. Bukan cakap hari lain tiada azam,tetapi hari lahir merupakan pembaharuan kepada azam besar dalam hidup kita. Pada hari lahir ini membuatkan semua sedar kepada suatu kepastian tentang usia mereka. Maka sungguh hari lahir mampu memberi impak kepada semua,samada dia mahu sedar atau mahu leka.
Seperjalanan saya ke hari ini telah banyak perkara berlaku,telah banyak peringatan yang diberikan,telah banyak kesedaran yang Allah campakkan dalam diri,telah banyak bantuan daripada Allah. Sungguh "Nikmat apa lagi yang ingin kau dustakan?" Setibanya hari ini,saya dihambat rasa yang entah tiada rasa. Buat pengetahuan semua,21 tahun ialah umur yang saya nantikan sejak saya kecil lagi. Saya pernah menyuarakan tentang ini kepada sahabat-sahabat saya. "Bila ye kita nak sampai umur 21?" Boleh bayangkah anda,kanak-kanak berumur 7 tahun menanti-nantikan umur 21? Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa kan? Jawapan saya masa itu ialah apabila kita umur 21,kita boleh buat macam-macam. Kalau kita cakap pun orang dengar,kita boleh beri pendapat,kita boleh cari duit,kita boleh tolong orang,kita boleh memimpin dan sebagainya. Kecik macam ini apa saja kita boleh buat? Bagaimana islam akan kembali gemilang? Kalau kita boleh memimpin,kita boleh buat macam-macam." Perkara ini bukanlah suatu untuk dibanggakan tetapi perkara utamanya umur inilah yang saya nantikan selama hidup saya. Setelah saya alami pelbagai ragam hidup manusia ketika 20 tahun dahulu telah banyak mengajar erti kehidupan buat saya menjadi lebih dewasa daripada usia sebenar. Walaupun masih banyak perjalanan yang perlu ditempuh tetapi sesuatu yang penting kita ingat ialah kematian tidak pernah mengenal usia. Bak kata kak junior saya, " Syarat kematian bukanlah usia tetapi,HIDUP." Allahukbar sangat mendalam maknanya.
Jadi hari ini saya ingin mengucapkan TERIMA KASIH,THANK YOU,SYUKRAN JAZILAN buat semua yang mengingati saya,mengingati hari lahir saya,mengetahui saya,mengetahui hari lahir saya,yang mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR, HAPPY BIRTHDAY,SANAH HELWA,yang mendoakan saya di dalam doa kalian,yang memberi semangat,yang membantu saya,memberi hadiah dan sebagainya pada hari ini dan hari-hari lain. Saya tahu,walaupun kalian tidak ucap tetapi kalian sentiasa mengingati saya pada setiap masa. Saya tidak minta ucapan,doa dan ingatan hanya pada hari ini sahaja bahkan setiap saat. Semua ucapan ini saya kembalikan kepada pencipta dan ibu bapa saya kerana jika tidak ditakdirkan Allah buat umi dan abah,masakan saya dilahirkan di dunia ini dengan keadaan yang sebegini. Alhamdulillah. Walaupun saya tiadalah berjasa kepada sesiapa tetapi saya cuba bersama semua untuk menegakkan fitrah insani yang menginginkan kebaikan. Segala ujian yang telah diberikan semuanya untuk membersihkan jiwa kita daripada segala dosa selama usia kita. Jika bukan kerana ujian itu iman kita tidak sempurna dan jika bukan kerana ujian itu kita tidak sedar,tidak dewasa dan tidak berubah menjadi lebih baik. Sungguh tinggi darjat seorang hamba itu setelah mereka berjaya melaluinya dengan baik.
Tak lupa juga buat semua yang menyambut hari lahir mereka pada hari ini 9 Februari,Selamat Hari Lahir buat kalian. Semoga detik ini menjadi salah satu detik yang boleh kita jadikan titik permulaan,titik perubahan dan titik kegemilangan kita dalam hidup. Semoga hari ini menyedarkan kita hakikat usia dan amalan kita sehari-hari. Pertingkatkanlah amal,tanggungjawab,dan amanah yang diberikan khas buat kita sebagai khalifah di dunia ini.
Sama-sama kita pasangkan niat,visi dan misi hidup kita setiap hari...
Umur kita dah bertambah,Marilah kita tambahkan amalan kita kerana...
Semoga menjadi inspirasi buat semua...
Yang ikhlas,
Serikandi Solehah =)

Dari Junior & Anak Didik Kelas AQ |
Kek 8 Februari Untuk 9 Februari |

&
beberapa sahabat di facebook.
beberapa sahabat di facebook.
Umur kita dah bertambah,Marilah kita tambahkan amalan kita kerana...
Semoga menjadi inspirasi buat semua...
Yang ikhlas,
Serikandi Solehah =)
Comments
Post a Comment