Posts

Showing posts from May, 2015

CITRA WARNA KITA

Image
Tika itu Pertama kali kita bertemu Hatiku mentafsir dirimu Kaulah bintang ulung yang menyinar Jiwaku meronta untuk mendekatimu Wajahmu seindah selembut baldu Matamu bagai mutiara di lautan Putih bersih rona hidupmu Itulah dikau hai sahbatku! Kini apatah dayaku Kta jauh berbeda Walau terjalin ukhuwah seakidah Namun disekat tembok besar PERSEFAHAMAN Diriku mencuba Terus mencuba Kau makin menjauhiku Bukan pada jarak Bukan pada kedudukan Tapi pada PEGANGAN Pegangan yang menjadi visi,misi dan... Motto hayatmu Apa pun Dengan kudrat bantuan illahi Sekarang aku bersua denganmu Dikala sunyi sepi Unggas berlarian,bertebaran di angkasa raya Rohku menyoalmu Mulutmu mentafsirnya Saat ini... Fahamlah aku tentang dirimu Segalanya dapatku takhsiskan Itulah kamu! Ketahuilah sahabatku Setiap tafsiranku bersandaran Pertolongan RABBUL IZZATI kuutamakan Pengalamanku menjadi panduan Sahabat, Dengarkanlah isi hatiku Aku am

Nantikan Dia Atau BerUsaha?

Image
Apakah yang harus kita nantikan? Apakah yang harus kita usahakan sebenarnya? BerCinta atau BerDakwah ? Tentang " BerCinta " kita selalu dinasihatkan untuk nantikanlah, Belum tiba masanya lagi, Belajar dahulu, Cinta itu fitrah,rasanya akan datang dan akan pergi, Kadang tanpa kita sedari dia hadir, Masa kita tak bersedia,dia muncul, Kemunculannya sangat kita raikan tanpa berfikir panjang. Kerana Cinta itu dirasakan INDAH. Tentang " BerDakwah " kita selalu diminta untuk sampaikanlah, Cubalah buat sebaik mungkin, InsyaAllah boleh, Dakwah itu amanah,kedatangannya sukar diramal,kepergiannya tidaklah sekali. Kadang hadirnya tanpa kita sedari, Saat kita ta bersedia,dia muncul, Kemunculannya membawa kita kepada keputusan yang lama, Kerana Dakwah itu dirasakan SUKAR. Apakah sebenarnya kita harus lakukan? Tiada keindahan tanpa kesukaran, Tiada Fitrah tanpa amanah, Tiada Cinta tanpa Dakwah . Maka bercinta lah dengan berdakwah .  smil