Kisah 1st February 2014
Assalamualaikum W.R.T
Terasa lama sangat saya tak 'update' blog ni kan.Nak kata sibuk,tak sibuk,nak kata tak sibuk,memang sibuk.Tapi ntah kenapa hari ini terasa mesti menulis jugak,jangan bertangguh lagi.Nak mencapai kesempurnaan tu tak mugkin sebab kita ni MANUSIA tetapi kita mesti cuba buat yang terbaik betul tak? Jadi hari ini bukan sempurna yang saya cari cuma yang terbaik didambakan.
Sebenarnya saya masih dalam 'mood' cuti semester walaupun tinggal beberapa hari lagi saya perlu kembali ke medan perjuangan saya di bumi pantai timur sana.Pelikkan dah nak habis cuti semester baru lapang untuk tulis blog.Nak buat macam mana,sibuk cuti kat rumah tak sama macam sibuk cuti kat universiti.Macam-macam tugas suri rumah perlu dibuat.Kadang-kadang duk 'melagha' juga.Bukan tak ada cerita nak tulis,banyak kot idea,cuma masih tak tersusun sebab sekarang kena fokus uruskan bisnes kecil-kecilan saya,tu membuatkan semua tersekat.Saya masih terfikir-fikir nak menjenamakan produk saya,nak buat logo,nak buat kad nama,nak buat macam-macam lagilah.Semuanya terbatas kerana ketiadaan kepakaran.Jadi masa yang saya ada,saya habiskan dengan belajar,dan belajar sedikit demi sedikit.Susahkan nak buat penjenamaan dan bisnes secara rasminya.Dengan keinginan yang kuat,semuanya pasti mudah.Kalau ada sesiapa yang nak tolong saya,bolehlah bagi cadangan kat ruang komen.
Serabut juga fikirkan benda-benda yang tak selesai ni,tambahan pula,hari ni dah masuk bulan baru,tanggal 1 Februari 2014.Banyak benda yang perlu dibuat.Nanti bila dah daftar masuk universiti balik,lagi bertambah-tambah kerja.Masa cuti ni juga,kena urus program semester depan,buat logo persatuan,proposal dan laporan yang tak siap-siap,disamping tolong umi buat kerja dan setiap kali balik mesti saya akan buat baju baru,dan baju baru tu pun tak siap lagi.Kalau semua yang membaca ni,mesti rasa sibuknya sangat budak ni kan?hmmm...Akhir sekali bila dah tak larat sangat fikir,'melagha' lagi....dengan FB,MOVIE,TV,YOUTUBE (Belajar buat design),T-DO....Astagfirullah...MASA OH MASA...
Kisah utama yang saya nak cerita disebalik kesibukan saya,saya tak lupa yang hari ni dah rasminya masuk bulan FEBRUARI yang banyak memberi makna kepada kita yang akan bertambah usia dengan hadirnya bulan ini.Saya sangat meraikan semua yang menyambutnya peningkatan usianya pada hari ini.Cuma yang saya inginkan,bukan kita menyambut hanya sekadar zahirnya,makan kek,bagi hadiah,baling tepung,telur semua tu.Tahukah kalian itu semua bukan cara kita? Islam Itu SEMPURNA,mengajar kita cara kita meraikannya mengikut syariat.Dengan bertambahnya usia kita,diharapkan bertambahlah azam kita untuk berubah menjadi insan yang lebih baik walaupun kita tak sempurna.Kita mampu menjadi sempurna,jika kita menjadikan Islam yang Sempurna itu pegangan kita sebaiknya.
" 31 Januari,merupakan tarikh keluarnya keputusan peperiksaan saya secara rasminya bagi semester 3.Bagi saya tarikh itu sangat bermakna untuk saya memulakan hari ini bulan ini dengan azam baru.Walaupun keputusan itu tidak lari jauh daripada target sebenar saya.Dengan itu saya yakin dan pasti saya mampu buat yang lebih baik untuk semester akan datang."
Makanya,marilah kita menyambut bulan baru dengan pertambahan usia kita bersama azam baru,sikap baru,keceriaan baru dan kisah hidup yang lebih baik,tidak lupa juga AMAL kita mesti bertambah.
Pendek kata dari saya, SANAH HELWA, HAPPY BIRTHDAY, SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN buat PUTERA PUTERI pada 1ST FEBRUARY 2014.(sapa yang lahir tahun lain tu jangan perasan sangat...hehe)
Terasa lama sangat saya tak 'update' blog ni kan.Nak kata sibuk,tak sibuk,nak kata tak sibuk,memang sibuk.Tapi ntah kenapa hari ini terasa mesti menulis jugak,jangan bertangguh lagi.Nak mencapai kesempurnaan tu tak mugkin sebab kita ni MANUSIA tetapi kita mesti cuba buat yang terbaik betul tak? Jadi hari ini bukan sempurna yang saya cari cuma yang terbaik didambakan.
Sebenarnya saya masih dalam 'mood' cuti semester walaupun tinggal beberapa hari lagi saya perlu kembali ke medan perjuangan saya di bumi pantai timur sana.Pelikkan dah nak habis cuti semester baru lapang untuk tulis blog.Nak buat macam mana,sibuk cuti kat rumah tak sama macam sibuk cuti kat universiti.Macam-macam tugas suri rumah perlu dibuat.Kadang-kadang duk 'melagha' juga.Bukan tak ada cerita nak tulis,banyak kot idea,cuma masih tak tersusun sebab sekarang kena fokus uruskan bisnes kecil-kecilan saya,tu membuatkan semua tersekat.Saya masih terfikir-fikir nak menjenamakan produk saya,nak buat logo,nak buat kad nama,nak buat macam-macam lagilah.Semuanya terbatas kerana ketiadaan kepakaran.Jadi masa yang saya ada,saya habiskan dengan belajar,dan belajar sedikit demi sedikit.Susahkan nak buat penjenamaan dan bisnes secara rasminya.Dengan keinginan yang kuat,semuanya pasti mudah.Kalau ada sesiapa yang nak tolong saya,bolehlah bagi cadangan kat ruang komen.
Kisah utama yang saya nak cerita disebalik kesibukan saya,saya tak lupa yang hari ni dah rasminya masuk bulan FEBRUARI yang banyak memberi makna kepada kita yang akan bertambah usia dengan hadirnya bulan ini.Saya sangat meraikan semua yang menyambutnya peningkatan usianya pada hari ini.Cuma yang saya inginkan,bukan kita menyambut hanya sekadar zahirnya,makan kek,bagi hadiah,baling tepung,telur semua tu.Tahukah kalian itu semua bukan cara kita? Islam Itu SEMPURNA,mengajar kita cara kita meraikannya mengikut syariat.Dengan bertambahnya usia kita,diharapkan bertambahlah azam kita untuk berubah menjadi insan yang lebih baik walaupun kita tak sempurna.Kita mampu menjadi sempurna,jika kita menjadikan Islam yang Sempurna itu pegangan kita sebaiknya.
" 31 Januari,merupakan tarikh keluarnya keputusan peperiksaan saya secara rasminya bagi semester 3.Bagi saya tarikh itu sangat bermakna untuk saya memulakan hari ini bulan ini dengan azam baru.Walaupun keputusan itu tidak lari jauh daripada target sebenar saya.Dengan itu saya yakin dan pasti saya mampu buat yang lebih baik untuk semester akan datang."
Makanya,marilah kita menyambut bulan baru dengan pertambahan usia kita bersama azam baru,sikap baru,keceriaan baru dan kisah hidup yang lebih baik,tidak lupa juga AMAL kita mesti bertambah.
Pendek kata dari saya, SANAH HELWA, HAPPY BIRTHDAY, SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN buat PUTERA PUTERI pada 1ST FEBRUARY 2014.(sapa yang lahir tahun lain tu jangan perasan sangat...hehe)
Comments
Post a Comment