Giveaway 5K Dunia sebenar Shida

Assalammualaikum, peace upon you.
http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html
Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :
Kategori Blogger :

Kategori Onlineshop :
AHR Boutique, WA beauty E'Shoppe, Syiela d'beauty, Zinnia Z A Zinnia, Puteri Jelita Shoppe,
Annia's Health & Beauty Shoppe, Dedeqdewishes Boutique,
Nurul Yui Collection, Nini Bizshop, Reddelima.com




Alhamdulillah Syukur Lillah kerana dipertemukan dengan giveway ini pada 6 Februari 2014...


Sebenarnya saya dipertemukan dengan giveway ini kerana saya selalu mengikuti perkembangan seorang blogger yang hebat dalam bidang 'designer',iaitu http://www.fizgraphic.com/

Kalau nak buat apa-apa,banner ke,name card ke bunting ke...apa-apalah...bolehlah melawat ke sana...

Sebagai seorang blogger yang baru bertatih berkecimpung dalam dunia penulisan ini,saya sangat memandang positif kepada semua blogger yang telah membuat giveway sebagai salah satu cara mengimarahkan lagi dunia blogger yang ada sekarang ini. Saya sebenarnya sering membaca tentang pertandingan-pertandingan di blog dan inilah kali pertama saya menyertainya.

Pada pendapat saya dengan menyertai giveway ini,kita mampu mengajak ramai lagi blogger untuk membuat 'blogwalking' ke blog kita,sekaligus boleh meningkatkan 'rating' pengunjung di blog. Tambahan pula bagi blogger baru seperti saya yang masih muda dalam dunia blog ini mampu untuk mempertingkatkan kemahiran dan ilmu dengan adanya perkongsian daripada blogger yang hebat seperti anda. Terkadang kita tidak nampak kelebihan menyertai 'giveway' ini. Mungkin ada yang sekadar mahu mendapat hadiah-hadiah yang lumayan sahaja,tetapi mungkin sebahagian yang lain,mereka mahu menjalinkan ukhuwah sesama blogger dan bersama berkongsi idea serta pendapat.

Sebelum saya menyertai giveway ini,saya memang berhasrat untuk mencari sesuatu solusi yang mampu memberi peluang kepada saya untuk menyebarkan ilmu kepada semua memandangkan follower saya tidak ramai. Jadi saya tidak mahu ilmu yang ada untuk saya seorang. Alhamdulillah keinginan saya itu seperti orang yang mengantuk disorongkan bantal dan pucuk dicita ulam mendatang. Saya dipertemukan cara ini dan bagi mengukuhkan lagi niat saya,Allah mentakdirkan saya untuk membaca satu post di facebook tentang giveaway ini...




Ada kata-kata menyatakan,"Mencari Sahabat biar seribu,mencari Musuh jangan sekali-kali".

Jadi,saya sangat berharap dengan penyertaan saya dalam giveway 5k Dunia sebenar Shida ini mampu menambah sahabat di blog ini walaupun kita tak pernah mengenali di alam realiti. Saya juga mengharapkan dengan adanya perkongsian di teratak Ainul Qalbi ini mampu dikongsi bersama-sama dengan semua pembaca. Saya tidak mendambakan hadiah tetapi saya mahu ilmu yang saya ada boleh disumbangkan juga kepada masyarakat. Karya yang saya tulis mampu memberi sedikit kesedaran kepada semua tentang realiti kehidupan kita di dunia ini. Jika saya terpilih memenangi pertandingan ini,semua itu hanyalah satu nilai tambah serta motivasi buat saya dalam menghasilkan penulisan dan perkongsian yang memberi input kepada semua.

Kepada semua yang membaca,terima kasih saya ucapkan dan marilah kita sama-sama menyertai giveaway ini sebagai salah satu cara kita turun duduk bersama dalam kalangan kelompok masyarkat yang pelbagai. InsyaAllah banyak peluang ilmu dan pengalaman yang boleh kita dapat...

Salam Ukhuwah daripada Serikandi Solehah...

Comments

  1. thanks sudi join GA 5K Dunia sebenar Shida,
    senarai pserta dah update blh lah semak no.pserta masing2 :)
    good Luck :)



    admin,
    www.duniashida.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mini Birthday Giveaway by MiminAdam

(Review) Raudhah,Aku Mencintaimu Kerana Allah

[Join] GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM