Posts

Showing posts from January, 2013

Sesaat Kau,Aku dan Dia

Image
Saat mula kita bertentang mata, Kujatuh hati padamu, Kau beri soalan itu padaku, Ku sambut dengan rasa besar hati, Terasa dunia seindah seharum taman sakura, Inginku kenali dirimu lagi, Siapakah kamu yang hadir dalam realitiku? Sesaat terasa takdir itu bagaikan mimpi, 1001 satu kisah kita lalui, Coretan Pahit Manis, Kunukil Suka Duka, Tangis Tawa bersama, Segalanya bak pasir di atas kerikil, Aku direnggut kata cemburu, Sesekali kucuba melawan bisikan syaitan, Biar sedaya upayaku, Saat sayangku padamu baru mula berputik, dia muncul, Saat sayangku padamu kian mekar, dia mula merebut takhta, Saat sayangku padamu kembang mekar mewangi, dia hadir menyusun langkahnya, Saatku makin menyayangimu, kuat lagi cubaan buatku, Saatku sangat merinduimu, hadirnya dia dihatimu, Saatku kucuba menerimanya, makin sakit aku dibuatnya, Namun kumohon dikuatkan hati untuk sentiasa bersamanya, dan mencintai ukhwah ini keranaNya. Aku tahu aku insan

Salam Ukhwah Fillah

Image
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh... Salam Sejahtera buat semua pada pagi suram nan indah lagi nyaman.Suhanallah Subhanallah walhamdulillah walailahaillah wallahuakbar walahaulawaquwwata illa billah... Falling in Love Dalam kesibukanku dengan pelbagai tanggungjawab dan amanah selama ini membantutkan penulisanku diteratak blog kecil ini.Tapi kini kusedar dalam kesibukan itu tersembunyi kelapangan yang penuh keberkatan.Kini kucuba lapang-lapangkan waktu itu untuk menyapa sahabat sekalian dengan SALAM UKHWAH FILLAH.Semoga pertemuan dialam maya ini membolehkan kita saling bertukar-tukar pendapat dan saling memperingati antara satu sama lain. Di Sini Bermula Mungkin sahabat sekalian hairan kn? blog ini boleh tahan jugalah lamanya bertapak di sini tapi karyanya tidak bertambah dan tidak berkurang.(ye dak?hehe) Sebenarnya kuterpanggil untuk membuat blog ini setelah menyedari diriku suka menulis,berkarya dan bermadah pujangga saat dilanda masalah, stress belajar,dan semasa