Posts

Showing posts from April, 2014

(KBTNL) Kem Bertaut Takhta Nadi Sejati,Laillahillahmuhammadrasullullah

Image
30 Mac 2014 (7.00am)   Alhamdulillah hari ini ialah hari terakhir saya bersama sahabat -sahabat seperjuangan di KBTNL . Entah rasanya bagaimana. Entah di mana rasa itu. Allahuakbar. Saya bersyukur ke hadrat Illahi yang telah mentakdirkan saya untuk menghadiri kem ini dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberi peluang ini kepada saya, roommate dan 80 orang sahabat-sahabat yang lain. Memang pada awalnya saya amat berasa berat hati kerana saya perlu meninggalkan kelas, 'midterm exam', dan terlepas daripada menyertai rombongan Majlis Perwakilan Surau Ar-Raudhah (Tembila) ke TV AL- HIJRAH yang amat saya nantikan selama ini. Tetapi ketahuilah Allah ialah sebaik - baik perancang. Dia Maha Mengetahui sesuatu yang terbaik untuk kita. Sebelum saya menghadiri kem ini, saya mendapat tahu rombongan itu ditangguhkan ke tarikh yang akan diberitahu semula. Daripada hatiku yang tak keruan itu, kini menjadi lebih tenang setelah saya dapat menghadiri semua