Posts

Apa maksud Menanti Februari yang sebenarnya?

Selamat pagi... Entri kali ini santai2 je sebabnya rasa geram sangat tak terluah...gara-gara sebuah drama melayu...kadang bila difikirkan perkara ini reflek kehidupan kita di alam realiti...Jadi saya risau kalau yang berlaku itu disekeliling kita.Lebih baik saya luahkan rasa ini supaya semua tahu tentang ini dari sudut pandang peribadi saya. Biasalah hidup kadang tersungkur,kadang bangun...tetapi kala hati diketuk supaya sedar,hargailah sebelum hidup gelap selamanya...ok jom baca apa saya nak cerita tentang "Menanti Februari" setakat episod 3.Rasa tak sanggup nak teruskan tengok sampai ending.Barisan pelakon mantap bawak watak masing2 sampai saya geram yang sangat mendalam. Menanti Februari
-Ari kahwin slps bljr workaholic utamakan kerja abaikan isteri yang baru kahwin benarkan kawan lelaki teman isteri dia ke mana2 isteri sakit diabaikan good looking tp hmmm... family masalah wlpn kaya janji xpernah tunai tak cemburu langsung kerja sampai tak ingat tanggungjawab dalam agama panas bar…

Raja Hatiku

Aku insan biasa menghadap Rabbku,
Memohon juga meminta restu,
Aku tak perlukan peneman diriku,
Aku tak perlukan penjaga hatiku,
Cukuplah Kau pemilik jiwaku,
Aku cuma menginginkan semangatku,
Melangsaikan fitrah manusiawi,
Kurniakanlah daku pemimpin jalan ini,
Pembimbing rijal dakwah ini,
Berdiri seiring pejuangMu,
Pelengkap membentuk daieMu,
Pembina jiwa muda harapanMu,
Sungguh segala yang ada padaku,
Kuserahkan padaMu Ya Rabbul Izzati,
Kaulah sebaik-baik penentu rezeki,
Kaulah pencipta cinta sejati,
Kurniakanlah pemilik hatiMu,
Terpatri cita-cita ini dengan izinMu ,
Ku tetap thabat dan utuh berdiri,
Kadang aku letih menanti,
Aku jatuh tersungkur mencari,
Aku cuba bangun dan berlari,
Mencari makna hakiki,
Tiada upaya kusedari,
Hanya Kau penakluk citaku,
Pengemudi Syurga abadiku,
Kini tiada lagi pintaku daripadamu,
Sungguh luas rezekimu,
Sungguh hebat kurniaamu,
Meski tidak di dunia,
Cukuplah di akhirat sana.Nukilan,
Ummu Mariah Solehah

TAK NAK KAHWIN KE?

Image
“Kau ni memang taknak kahwin ke?“ Soal seorang teman secara tiba-tiba. Saya yang sedang menulis terhenti seketika, memandangnya sekilas sambil kembali menghadap buku.
“Apa kau merepek?“ Saya membalas ringkas.
"Yela, kau ni asyik busy je macam tak fikir pun nak kahwin, peliklah aku.”
“Kenapa kau nak kahwin?" Pen saya letakkan sebentar di atas meja sambil mengurut-urut bahu sendiri. Penat.
"So, betullah kau taknak kahwin?” Soalan saya dibalas soalan.Saya senyum. “Aku pernah pergi satu talk tu, ada sesuatu yang ahli panel tu cakap yang buat aku berfikir sampai sekarang.”
“Apa dia?”“Kalau nak kahwin, bagi sebab nak kahwin dan sebab tu dibentangkan depan Allah dan Rasulullah, mereka boleh senyum dan suka maka kahwinlah." Saya menarik nafas, "Sebab tu aku tanya kau kenapa nak kahwin.”
“Sebab nak elak maksiat?”“Bagi aku, orang yang bagi sebab nak kahwin sebab nak elak maksiat adalah orang-orang yang jalan hidupnya penuh dengan jalan-jalan menuju kemaksiatan. Tak mun…

Apapun Kita "Sahabat"

Image
Saat kau menyapa salam itu Aku diam memikirkan siapakah gerangan dirimu Kau terus menyatakan mahumu Oh kau sahabatku di medan itu Apakah ia kebetulan atau takdirMu? "Kak" ialah kata pertamamu buatku Geli rasanya hatiku Rasaku kau lebih dewasa daripadaku Ya kematanganku kematanganmu buatkan kita bertemu Kadangkala kematanganmu membuatkan kau terlalu yakin mahumu Sungguh ingatlah keyakinan harus ada rasional di situ Masa berlalu
Perjuangan perlu diteruskan Kadangkala kau muncul dibalik birai ketikan Menyatakan semangat perjuangan Kusahut pesanan yang sangat terkesan Lama jauh kita terpisah dek perjalanan Utara ke selatan Sangkaku kau hanya muncul difikiran
Kehadiran realiti menyampaikan hasrat diri Hasrat yang pernah kurasai Hasrat yang pernah kuketahui Meski kusutmu harus dirungkai Kubukanlah jawapannya duhai sahabat sejati Kataku mungkin menjadi penguat hati Pastinya jawapan hatimu pada illahi DIA kunci hakiki Kau Aku Dia bukanlah pemilikan abadi Tetapi Rabbul Izzati lebih …

Mas Kahwin & Hantaran Murah atau Mahal?

Image
Alhamdulillah hari ini saya rasa tertarik untuk membincangkan tentang tajuk ini.

Mesti ramai tertanya-tanya mengapakah? Eh...nak kahwin dah ke? Soal saya nak kahwin dah atau belum lagi tolak tepi dulu. Ada rezeki, InsyaAllah saya jemput.

Berbalik kepada tajuk kita. Sejak akhir-akhir ini,banyak sangat status yang telah dikongsikan tentang mengapa mas kahwin mahal?hantaran mahal.Tak boleh ke bagi murah-murah je?Islam itu mudah,mengapa kita menyusahkan perkahwinan?

Pelbagai soalan timbul akibat mentafsir hadis dan ayat Al-Quran berdasarkan maksud zahirnya tanpa memikirkan makna yang tersirat dan syariat Islam yang sebenarnya. Saya tak cakap apa yang dikatakan itu salah cuma saya mahu anak muda kini lebih cakna dan teliti sedikit tentang soal ini.

Saya sendiri juga terfikir benda yang sama seperti anak muda di luar sana kerana saya juga seperti kalian. Tetapi pengalaman banyak mengajar saya supaya lebih teliti. Jadi saat saya memikirkan hal ini Allah takdirkan sahabat saya juga membuka t…

Jodoh Datang Tersalah Waktu

Image
Assalamualaikum wrt.

InsyaAllah hari ini saya ada sedikit perkongsian buat semua pembaca. Penulisan ini terhasil daripada adaptasi pembacaan, pertanyaan, perkongsian dan pengalaman sahabat-sahabat serta situasi yang berlaku di dunia maya jua dunia realiti sekeliling kita sebagai seorang insan.

[AWAS, Penulisan ini tiada kaitan dengan penulis, yang hidup atau yang sudah mati]

[Set dalam minda awal-awal perkongsian ini tidak berkait dengan couple, tetapi berkait rapat dengan cinta yang menginginkan alam perkahwinan] 

JOM BACA...

Ada seorang adik datang kepada seorang kakak kerana ingin bertanyakan sesuatu.

"Kak, memandangkan akak lebih dewasa daripada saya, saya rasa akak sudah biasa mengalami situasi seperti yang saya hadapi sekarang ini. "

"Akak pernah melalui zaman remaja seperti awak, jika akak tak pernah alami pun insyaAllah akak akan cuba berkongsi pengalaman yang akak pernah kutip daripada orang-orang hebat untuk awak."

"Akak, sebenarnya saya pernah ditanya …

Penghargaan Buat Blogger Giveaway

Image
Assalamualaikum wrt.

Alhamdulillah hari ini berkelapangan untuk mengemas blog. 2 ke 3 hari lepas saya telah mendapat tahu keputusan giveaway yang telah saya sertai. Jadi entri ini terhasil untuk menghargai pemberian para blogger yang sudi memilih saya sebagai pemenang.

Pada februari lepas pun saya ada menyertai giveaway, Alhamdulillah saya salah seorang pemenang juga. Oleh sebab saya tidak sempat untuk menukilkan penghargaan buatnya, jadi saya gabungkan sekali dua penghargaan kepada dua orang blogger muda.

Banyak persamaan giveaway-giveaway yang telah saya menangi ini. Nak tahu?Jom....

Giveaway pertama yang telah saya sertai ialah giveaway Syira Lokman. Tetapi mungkin bukan rezeki saya. Selepas itu saya cuba lagi giveaway Syira iaitu Giveaway 7 Hari By Syira Lokman. Kebetulan ketika itu minggu dan bulan hari lahir saya. Jadi saya pun cubalah sebagai hadiah kepada diri. Setelah 7 hari alhamdulillah saya berjaya memenanginya. Kebetulan lagi masa itu duit PTPTN sudah mencapai tahap kritika…