Posts

Showing posts from March, 2015

(Review) Raudhah,Aku Mencintaimu Kerana Allah

Image
Assalamualaikum wrt.  Entri kali ini saya ingin berkongsi dengan semua tentang sinopsis novel karya Ramlee Awang Murshid dan pendapat saya setelah pertama kali memilih novel terbitan Alaf21 dan   Karangkraf  sebagai bahan bacaan semasa cuti semester di samping 3 bahan bacaan lain. Alhamdulillah pada 20 Januari 2015 selesai sudah saya mengkhatam novel ini. Dalam perkiraan, saya mengambil masa dalam sebulan juga untuk menghabiskan buku ini kerana tuntutan peperiksaan semasa saya meminjamnya pada 20 Disember 2014 dan tuntutan tugasan bersama keluarga setelah pulang bercuti. (nampak macam setahun baca satu novel. hahaha) Kebetulan saya jenis suka menghayati dan berimaginasi ketika membaca. Makanya pembacaan saya jadi lambat sedikit walau apapun inilah satu-satunya novel yang saya habiskan dalam masa yang agak pendek. (buku lain lagi lama, amik kau. hehe) Saya juga tidak suka melangkaui setiap kronologi cerita sesebuah novel. Panjang pula saya cerita tentang saya. haha Ba

Kisah Seorang INSANI

Bibirmu selembut sutera, Saat menutur katamu, Bait kata dihiasi indahnya rasa, Kadang kala kemeriahan itu, Tak kekal selamanya, Kala tiba mendung kelabu, Merenggut jiwa raga, Perginya cerah pawana, Muncul pula gelap gelemat, Bicaramu hilang nadanya, Mujahadahmu melawan tersirat, Berkat tarbiyah yang Esa, Kau kalahkan syaitan kesumat, Madah itu kembali tersemat, Dek rasa berselirat, Terasa seperti tersekat-sekat, Dihabiskan setiap kalimat, Penuh semangat, Sungguh itulah nasihat, Meski ia tetap menghantui, Namun lidah ringan mengatur bahasa, Sungguh hati takut terluka nanti, Berdesup dikau mengatakannya, Andai kata alpa meniti lagi, Tegurlah hamba sehikmah taqwa, Begitulah insani, Tatkala hati meniti-niti, Allah hadirkan famili, Setianya mereka di sisi, Bantu membantu nasihat menasihati, Usah berdiam diri, Meniti hari, Jangan rasa menyendiri, Jua tercari-cari, Kerna dibelakangmu ialah KAMI. Lukisan Hati, Ainul Qalbi, Itulah Nusaibah, Serik

Pesan Murabbi "Mujahadahlah"

Mujahadah, Sebuah perkataan yang mudah, Sentiasa meniti di bibir seorang daie, Namun ianya tak semudah bicara, Bagi yang pernah merasainya, Mujahadah, Itulah bersungguh-sungguh, Ringan disebut,berat di jiwa, Indah suku katanya, Sentiasa menyebak di dada, Sentiasa membuat sesak di dada, Mujahadah, Begitulah gambaran, Sukar dilaksanakan, Perlukan kekuatan dalaman, Sedalam-dalamnya nafsu dilawan, Mujahadah, Kesibukan duniawi diletakkan di sisi, Kerana di sana ada kesibukan ukhrawi, Menjadikan akhirat dihadapan, Dunia itu pilihan, Menjadikan amal dunia, Membawa ke syurga, Semuanya demi satu Natijah, Ianya MUJAHADAH. Nukilan Hati, Serikandi Solehah. Isnin (16/3/2015) 10AM