Posts

Showing posts from January, 2018

Isteriku Geng Usrah (Siri 2)

Prinsip Ketika aku kecil, aku mempunyai cita-cita untuk menjadi yang terbaik dalam segala hal. Mungkin kerana aku terbawa-bawa kisah Sultan Muhammad Al-Fateh ketika aku masih bersekolah rendah. Kisah itu sangat meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri saya. Sejak itu saya bercita-cita untuk menjadi generasi yang menyumbang ke arah kebangkitan Islam. Besar betul cita-cita aku. Aku pun hairan bagaimana timbulnya perasaan itu padaku? Mungkin kerana budak-budak kalau dah suka kisah tu,dia akan berangan-angan. Abaikanlah kisah itu. Sehinggalah aku dewasa pada usia sekolah menengah, kudapat rasakan yang cita-citaku itu bukanlah angan-angan kecil. Pada usia ini, kulihat CINTA ujian terbesar para remaja. Dengan takdir Allah, aku terbaca kisah remaja yang hanyut dengan cinta dan remaja yang tidak terpedaya dengan cinta. Keteguhan pegangan semasa kecil itu semakin teguh apabila aku berpegang teguh dalam soal cinta. Ikhtilat itu pemusnah hidup remajaku. Jadi aku terfikir,jika ak

Isteriku Geng Usrah (Siri 1)

AKU Aku seorang insan yang bernama lelaki. Aku hanyalah insan biasa yang telah dilahirkan di dalam keluarga yang mendapat didikan agama yang baik. Aku bukanlah budak usrah dahulunya. Aku tak suka komitmen dengan manusia usrah. Tetapi aku suka mencari ilmu dan belajar di masjid apabila ada pengajian kitab dan ceramah umum. Meskipun aku pernah terjebak dengan usrah. Itupun usrah di sekolah. Semua wajib hadiri sebagai aktiviti sekolah. Aku ni bukanlah teruk sangat sebenarnya. Aku pernah mengenali usrah ini sejak zaman sekolah lagi. Aku adalah salah seorang budak surau dan AJK Biro Dakwah di sekolah meski aku bukanlah budak sekolah aliran agama sepenuhnya. Nak kata baik sangat tidak juga,nak kata kpop sangat pun tidak. Apa yang pasti ibubapaku mendidikku dan adik beradik dengan asas Islam yang lengkap dan sempurna. Walau apapun,masing-masing tetap berjaya untuk membawa haluan mengikut acuan yang telah diterapkan oleh ibu bapa kami. Adakalanya hidup baik ini akan teruji jua. Ben