Posts

Showing posts from May, 2012

FITRAHKAH RASA ITU?

Image
Tatkala mentari menyepi,diriku termangu memikirkan hidup yang telah kulalui selama ini.Awan nan menghitam,membawa bayu kesedihan pergi berlalu dariku.Terkenang daku dek satu kisah yang memberi satu kesedaran buat kita manusia yang alpa dengan rasa itu,rasa Cinta,Kasih dan Sayang...

HAYATILAH wahai sahabat-sahabatku,

Sirah TarbawiKisah ini berlaku di Andalus,Sepanyoldi mana terdapat 2 orang kanak-kanak lelaki yang sebaya di suatu lokasi yang sama namun dalam situasi dan waktu yang berbeza.

Pada suatu hari,2 orang perisik menemui seorang kanak-kanak lelaki bersama senjata kayu sambil menangis bersungguh-sungguh dan 2 perisik tersebut bertanya dalam keadaan hairan,"kerana apakah kamu menangis wahai anak?"."Saya menangis kerana kecewa,bapa dan abang-abang saya tidak membenarkan saya turut serta dalam peperangan sedangkan saya terlalu berhajat untuk mati syahid.

Langsung gementar hati 2 perisik tersebut mendengar jawapan penuh semangat dan berani kanak-kanak itu.Maka mereka memb…