Posts

Showing posts from November, 2015

Mas Kahwin & Hantaran Murah atau Mahal?

Image
Alhamdulillah hari ini saya rasa tertarik untuk membincangkan tentang tajuk ini. Mesti ramai tertanya-tanya mengapakah? Eh...nak kahwin dah ke? Soal saya nak kahwin dah atau belum lagi tolak tepi dulu. Ada rezeki, InsyaAllah saya jemput. Berbalik kepada tajuk kita. Sejak akhir-akhir ini,banyak sangat status yang telah dikongsikan tentang mengapa mas kahwin mahal?hantaran mahal.Tak boleh ke bagi murah-murah je?Islam itu mudah,mengapa kita menyusahkan perkahwinan? Pelbagai soalan timbul akibat mentafsir hadis dan ayat Al-Quran berdasarkan maksud zahirnya tanpa memikirkan makna yang tersirat dan syariat Islam yang sebenarnya. Saya tak cakap apa yang dikatakan itu salah cuma saya mahu anak muda kini lebih cakna dan teliti sedikit tentang soal ini. Saya sendiri juga terfikir benda yang sama seperti anak muda di luar sana kerana saya juga seperti kalian. Tetapi pengalaman banyak mengajar saya supaya lebih teliti. Jadi saat saya memikirkan hal ini Allah takdirkan sahabat saya ju