Posts

Showing posts from 2014

Kini Diriku di Palestina

Image
Karangan Cita-Citaku Untuk Majalah Sekolah Al-Imtiyaz Dulu, Aku pernah bercita-cita menjadi doktor, Alasannya, Aku nak sambut baby secara islami, Tak naklah doktor lelaki yang sambut, Aku juga nak tolong jemaah haji yang ke Makkah setiap tahun, Aku juga bercita-cita nak ke PALESTIN, Bantu jadi Doktor Sukarela... Tapi, Dulu juga, Aku pernah terfikir, Bagaimanakah mampu untuk aku bantu PALESTIN? Apakah kekuatan ISRAEL untuk aku musnahkan mereka? Masa itu kumelihat, Kuasa ketenteraan mereka miliki, Kuasa teknologi maklumat mereka miliki, Semuanya apa yang kita miliki semua dipegang mereka, Maka minda mula terfikir lagi, Jika aku memegang salah satu kekuatan mereka, TAK MUSTAHIL impianku menjadi nyata suatu hari nanti... Kini, Aku berada di "Dulu juga" Meski Cita-cita kuat yang disimpan minda sedar dan tidak sedarku, Ialah DOKTOR, Namun aku dicampak ke cita-citaku yang diletak pada minda separa sedar, Sungguh kuat,simpanan minda separa sedar se

(KBTNL) Kem Bertaut Takhta Nadi Sejati,Laillahillahmuhammadrasullullah

Image
30 Mac 2014 (7.00am)   Alhamdulillah hari ini ialah hari terakhir saya bersama sahabat -sahabat seperjuangan di KBTNL . Entah rasanya bagaimana. Entah di mana rasa itu. Allahuakbar. Saya bersyukur ke hadrat Illahi yang telah mentakdirkan saya untuk menghadiri kem ini dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberi peluang ini kepada saya, roommate dan 80 orang sahabat-sahabat yang lain. Memang pada awalnya saya amat berasa berat hati kerana saya perlu meninggalkan kelas, 'midterm exam', dan terlepas daripada menyertai rombongan Majlis Perwakilan Surau Ar-Raudhah (Tembila) ke TV AL- HIJRAH yang amat saya nantikan selama ini. Tetapi ketahuilah Allah ialah sebaik - baik perancang. Dia Maha Mengetahui sesuatu yang terbaik untuk kita. Sebelum saya menghadiri kem ini, saya mendapat tahu rombongan itu ditangguhkan ke tarikh yang akan diberitahu semula. Daripada hatiku yang tak keruan itu, kini menjadi lebih tenang setelah saya dapat menghadiri semua

Mudahnya Menjadi Mujahid & Mujahidah

Image
Assalamualaikum wrt. Genap 10 hari diri ini berumur 21 tahun... Masih dalam pencarian... Mencari hati dalam keredhaan Allah... Hijrah menuju Allah... Hari ini saya teringin sangat berkongsi tentang dua orang anak muda yang boleh kita contohi dan dijadikan kehidupan mereka dahulu sebagai ROLE MODEL buat kita yang masih bernyawa dan meniti perjalanan sebuah ranjau kehidupan. Kisah ini tentang MUJAHID & MUJAHIDAH di jalan Allah yang masih meniti di bibir semua orang terutamanya di Facebook.   KINI BERMULA KISAH MEREKA...JOM SAMA-SAMA KITA TELUSURI DENGAN HATI NURANI KITA =) MUJAHID & MUJAHIDAH yang patut dicontohi. Masing-masing telah pergi menghadap Ilahi dalam usia 20 tahun pada tahun 2013. Luangkan sedikit masa untuk menghayat i kisah mereka berdua. Semoga ia bermanfaat untuk kita bersama. ~Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam~ Beliau digelar oleh sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid yang tertangguh”. Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi m