Posts

Showing posts from 2016

TAK NAK KAHWIN KE?

Image
“Kau ni memang taknak kahwin ke?“ Soal seorang teman secara tiba-tiba. Saya yang sedang menulis terhenti seketika, memandangnya sekilas sambil kembali menghadap buku.
“Apa kau merepek?“ Saya membalas ringkas.
"Yela, kau ni asyik busy je macam tak fikir pun nak kahwin, peliklah aku.”
“Kenapa kau nak kahwin?" Pen saya letakkan sebentar di atas meja sambil mengurut-urut bahu sendiri. Penat.
"So, betullah kau taknak kahwin?” Soalan saya dibalas soalan.Saya senyum. “Aku pernah pergi satu talk tu, ada sesuatu yang ahli panel tu cakap yang buat aku berfikir sampai sekarang.”
“Apa dia?”“Kalau nak kahwin, bagi sebab nak kahwin dan sebab tu dibentangkan depan Allah dan Rasulullah, mereka boleh senyum dan suka maka kahwinlah." Saya menarik nafas, "Sebab tu aku tanya kau kenapa nak kahwin.”
“Sebab nak elak maksiat?”“Bagi aku, orang yang bagi sebab nak kahwin sebab nak elak maksiat adalah orang-orang yang jalan hidupnya penuh dengan jalan-jalan menuju kemaksiatan. Tak mun…

Apapun Kita "Sahabat"

Image
Saat kau menyapa salam itu Aku diam memikirkan siapakah gerangan dirimu Kau terus menyatakan mahumu Oh kau sahabatku di medan itu Apakah ia kebetulan atau takdirMu? "Kak" ialah kata pertamamu buatku Geli rasanya hatiku Rasaku kau lebih dewasa daripadaku Ya kematanganku kematanganmu buatkan kita bertemu Kadangkala kematanganmu membuatkan kau terlalu yakin mahumu Sungguh ingatlah keyakinan harus ada rasional di situ Masa berlalu
Perjuangan perlu diteruskan Kadangkala kau muncul dibalik birai ketikan Menyatakan semangat perjuangan Kusahut pesanan yang sangat terkesan Lama jauh kita terpisah dek perjalanan Utara ke selatan Sangkaku kau hanya muncul difikiran
Kehadiran realiti menyampaikan hasrat diri Hasrat yang pernah kurasai Hasrat yang pernah kuketahui Meski kusutmu harus dirungkai Kubukanlah jawapannya duhai sahabat sejati Kataku mungkin menjadi penguat hati Pastinya jawapan hatimu pada illahi DIA kunci hakiki Kau Aku Dia bukanlah pemilikan abadi Tetapi Rabbul Izzati lebih …