8 Februari Dalam Sejarah Hidupku

Kesyukuran kuucapkan setelah masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk masih menikmati kesejukan suasana di Unisza,Tembila,Besut ini.

Hari ini adik-adik junior telah cuba untuk merapu dan 'memerangkap' saya. Mereka suruh saya masak sesuatu sebagai santapan kami semasa perkelahan Majlis Perwakilan Surau (MPS) di Bukit Keluang. Hasrat mereka telah dinyatakan kepada saya kelmarin pagi setelah saya pulang daripada pasar Kuala Besut. Ish sungguh la budak-budak ni. Dah la baru balik pasar. Kalau kat pasar lagi boleh mereka cipta banyak sikit. Murah pun murah. Satu lagi,sapa tak risau nak masak untuk ramai makan sedangkan tiada pengalaman langsung. Kalau masak di rumah lain kiranya sebab menggunakan dapur gas. Ni dah la pakai 'rice cooker' je. Hentam sajalah. Saya pun ikutlah kehendak meraka dengan memberi cadangan resepi yang saya mampu masak. Sebelum itu mereka meminta saya memasak nasi goreng. Mencabar tuh. 'Fail' ooo masak nasi goreng ni. Jadi saya pun memberi cadangan spegetti goreng ala mi goreng lah...dan nasi lemak. Padahal dalam kepala nak buat Laksa. Kan kat pasar dah jumpa,tapi dah tengah hari,mana sempat dah.

Ceritanya spegetti goreng...

Pagi ini,seawal bangun daripada tidur,saya menyiapkan bahan sambil dibantu oleh 2 orang junior yang seblok. Nak masak ni bukan sekejap,kalau dah renyah macam ni. Disebabkan kekalutan mengejar masa untuk membuat aktiviti,saya dan seorang junior masak campak-campak je. Dalam masa yang sama saya meletakkan resepi rahsia saya iaitu kasih sayang. Jika tidak sedap pun,kasih sayang tu masih ada dan sedap untuk mengeratkan ukhuwah antara kami.

Untuk pengetahuan semua,perkara yang paling menakutkan saya ialah memasak untuk beri orang makan,bukan sebab kedekut tetapi,saya jenis orang yang pentingkan kepuasan saya dan orang lain. Perkara utama yang saya takut ialah beri makanan saya untuk dimakan oleh Sang Lelaki kerana lelaki ni kalau bab makanan ni,mereka punya komen cukup 'tip top'. Walaupun bukan sepenuhnya saya yang masak,tetapi,paling penting kita juga terlibat,jika tidak sedap,kita juga yang dapat nama.

Setelah sampai di tempat yang dijanjikan kami memulakan aktiviti dengan bulatan gembira,perkongsian demi perkongsian diberi oleh ustaz dan perkongsian oleh setiap "daie cilik"...hihihi...Kemudian diteruskan dengan aktiviti muslimin sahaja dan muslimat sahaja.

Tanya Soalan Cepumas

Jawab Soalan Cepumas
Selepas selasai beraktiviti,tibalah waktu yang dinanti-nantikan(tapi bagi saya dan chef-chef cilik yang memasak,kami tak tunggu masa ni),iaitu masa untuk menjamu selera. Kami memulakan makan dengan sandwich tuna,air sirap dan seterusnya,mereka memulakan suapan pertama spegetti goreng...Saya orang yang pertama nak gelak,kesian den semua rasa ada. Untung orang utagha masak,dia ikut tekak dia dan saranan orang yang mahu makan,katanya mereka nak pedas. Sekali,semua ternganga kepedasan. Pedas tu sebenarnya bukanlah pedas cili tetapi lada hitam. Pedas lada sebenarnya ubat tetapi tidak boleh berlebihan.haha...Walaupun begitu,semua pakat-pakat makan juga. Mungkin nak ambil hati je mungkin. *lawak la* Cuma lebihan yang terakhir saya cuba bawa pulang dan kurangkan pedasnya. Akhirnya berjaya walaupun sedikit sahaja. Selebihnya saya serahkan kepada junior untuk beri kepada kawan-kawannya. Saya dah tak mampu simpan lagi kerana saya tak boleh nak makan makanan masakan sendiri,nak-nak buat dalam bilik yang kecil,jadinya saya sudahpun menghirup semua baunya sehingga satu tahap saya sanggup berlapar daripada makan makanan itu.

Apapun,saya menyusun 10 jari memohon kemaafan atas ketidakselesaan dengan masakan saya dan chef-chef cilik yang baru belajar. Nama pun duk U,kiranya semua aspek masih dalam pembelajaran. Harap terima seadanya...

Sempena Hari Lahir Kalian dan juga seorang junior,SELAMAT HARI LAHIR :D

Comments

Popular posts from this blog

Apa maksud Menanti Februari yang sebenarnya?

(Review) Cinta Potato Spring

(Review) Raudhah,Aku Mencintaimu Kerana Allah