Posts

Showing posts from 2013

Pertemuan Pertama Kita

Image
Assalamualaikum w.r.t, entri kali ini saya teringin mengabadikan kisah pertemuan pertama saya dengan warga-warga UniSZA yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan meletakkan saya berada di tahap sekarang ini. Alhamdulillah,saat diri duduk tenang memikirkan tentang masa hadapan kehidupan sebagai seorang pelajar... Teringat saat saya menerima keputusan UPU dahulu semasa di Kolej Latihan Pergigian Malaysia (KLPM) . Saya seawalnya mendapat mesej daripada seorang kakak yang mambantu saya untuk cek keputusan tersebut kerana saya tidak mempunyai laptop di sana. Beliau memberitahu bahawa universiti yang telah ditawarkan kepada saya berdasarkan permohonan di " http://upu.mohe.gov.my/ " ialah Universiti Sultan Zainal Abidin dengan program pengajian berkod DC27 .Saya tidak mampu untuk menggambarkan samada saya gembira atau tidak. Apa yang pasti,hajat saya untuk memasuki universiti telah menjadi kenyataaan. Kenangan ! Walau bagaimanapun,bermula detik itu saya amat b

Hadiah Hari Lahir~ Mendung Hari Bahagia

Image
  Assalamualaikum selamat berkenalan, Saya ucapkan kepada semua, Tanggal 9 Februari itu kehidupan, Daripada penulis untuk pembaca. Menanti hari bahagia,tak sangka sebulan je lagi.hehe (^_^)  Kini penantian sebulan itu telah pun berakhir.. Mesti ramai yang tertanya atau menebak,dia ni mesti nak kahwin atau bertunang kan? Walaupun inai merah dijari,tidak bermakna menanti terbinanya sebuah masjid. Hehe...sudah menjadi adat kebiasaan mentaliti masyarakat kita,tapi tidak mengapa,tidak salah pun,kita manusia biasa,saya pun kalau orang cakap macam ni,terfikir macam tu juga kadang-kadang. Penantian hari bahagia itu sangat indah... Namun siapalah yang tahu disebalik kebahagiaan itu terselit kedukaan. Ada juga yang hairan kan kenapa dia ni ternanti-nanti sangat hari lahir dia yang ke-2...an kan? Ceritanya bermula begini,sewaktu kecil dahulu,saya sering terfikir dan tertanya,best ye kakak-kakak dan abang-abang yang umur 2... ni,mereka boleh masuk U,boleh.... jawab la sendi

Janji Kita

Image
Inilah Kisah Syarifah Sajidah ... Berlalunya Januari,kini muncul pula Februari yang amat kunanti-nantikan kerana inilah bulan yang menganugerahkan sinar kehidupanku di dunia ini.Aku duduk termenung memikirkan tentang masa yang telah kulaburkan selama sebulan pada tahun baharu ini.Januariku,adakah berbaloi pelaburanku itu?Kalau berniaga,adakah membawa keuntungan kepadaku?Orang kedah kata,balik modai ka selama duk menega sebulan ni?Kumencapai kalender yang berada di atas meja.Hari demi hari aku meniti penuh teliti,aku bermuhasabah.Apa yang aku lakukan pada hari ini,sekian hari ini,sekian waktu ini.Cukupkah solatku?Amalan harianku selesaikah?Mutaba'ah amalku sempurnakah?Cutiku bermaknakah?Sungguh banyak persoalan yang timbul dibenak fikiranku,yang merenggut lubuk hatiku.Ah...betapa lalainya aku walaupun hanya diberikan sedikit keselesaan daripada Allah.Aku dikurniakan sihat,tetapi bagaimanakah caraku mensyukurinya?Allah memberiku masa yang cukup untuk te