Amanat 2nd February 2014
Cakkkk......
Jemput datanglah ye...Maaf kalau tak sempat nak melayan...hehe...
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah...
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam...
Hari ini sudah bertapak kita pada 2 Februari 2014...
Memandangkan bulan ini bulan yang bermakna buat saya...
Tiada madah yang ingin diungkapkan melainkan dengan animasi yang terpapar buat kalian.
Kuberharap dengan pertambahan usia kalian sedari 2 Februari tahun kelahiran kalian sehingga kini,banyak memberi pengajaran kepada kalian untuk terus berjuang di medan perjuangan akan datang.
Sesungguhnya zaman ini dan mendatang,jauh lebih berbeza daripada kehidupan kita yang dahulu.
Dengan itu,bawalah perubahan kepada diri anda bermula detik ini demi membentuk masyarakat akan datang.
Kita banyak terdedah dengan berita-berita ngeri di dada-dada akhbar yang menunjukkan di mana keprihatinan dan hati jua perut rakyat negara kita hari ini.
Dengan kes pembunuhan,rogol,bunuh diri,buang anak,anak hilang,anak lari,suami tikam isteri,sepupu rogol sepupu,pemimpin nikmati hidup selesa,rakyat merana,gempa bumi,ikan jerung dibunuh dan sebagainya...Kalau nak disebut di sini rasa saya tak habis.Betapa rakusnya manusia zaman millenium ini.
Jadi persoalannya siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini?(macam soalan exam pulak kan)
Kita mampu toleh kiri dan kanan,tunjuk kau dan aku...Tak pernahkah kita merasa semua itu bermula daripada diri kita?
Kalau semua orang cakap,tu bukan tugas saya...
Ok...Cuba bayangkan berdasarkan analogi ini...
"Ada sebuah kampung cuba mengumpulkan seperigi air susu kambing,jadi setiap orang perlu menyumbangkan sedikit susu kambing hasil ternakan mereka.Tetapi ada seorang terfikir kalau aku tak tuang susu pun tiada siapa tahu.Jadi dia pun tuanglah air ke dalam perigi itu...Kalau 10 orang lagi berfikir benda yang sama,agak-agak susu yang terkumpul tu macam mana?"
Susu atau Air?
Peratus air lebih banyakkan daripada susu?Susu yang sedikit air yang banyak membuatkan perigi itu dipenuhi air susu cair.Nak ke minum air susu cair yang tak memberi kenikmatan langsung tu?
Siapa yang nak betul tak?
Begitu juga dalam konteks tanggungjawab ini,kalau kita tidak merasa itu tanggungjawab kita,alamatnya negara kita tergadai dengan kerakusan nafsu manusia.Bukan lagi berita sebegitu akan terpapar di akhbar bahkan lebih teruk.Hidup kita porak peranda,huru hara dan ternoda dengan fitnah dunia.
Akhir kata,Fikirkanlah Renungkanlah,sampai bila kita mahu berada di takuk yang sama dek kerana keegoan diri yang mengatakan kita ialah diri kita. Ingat Allah beri peluang usia,nyawa hanya sekali,jika kita abaikan dengan sikap kesombongan kita untuk berubah,adakah ada manusia yang mahu dekat dengan kita?adakah ada manusia mahu bersama kita?adakah kehadiran kita itu memberi makna atau sia-sia?
Oh ya...HIDAYAH milik Allah,tak sampai lagi HIDAYAH untuk saya...Jadi...tak pa lah...
Cantikkan belon dan kek di bawah ni...Khas untuk awak...
Agak-agakkan Allah nak ke bagi benda yang kita suka?
Sedangkan apabila Allah dah bagi banyak peristiwa,petanda,dan bukti di depan mata kita sebagai salah satu cara Dia memberi kita Hidayah namun kita masih menafikannya.
NIKAMAT ALLAH APA LAGI YANG INGIN KAU DUSTAKAN?
Berubahlah walaupun umur kita sudah terlanjut usia,tetapi HIDAYAH Allah masih bersama kita saat kita terkesan membaca peringatan...
Nasihat Buat Semua Yang Tersayang :)
Berubahlah walaupun umur kita sudah terlanjut usia,tetapi HIDAYAH Allah masih bersama kita saat kita terkesan membaca peringatan...
Nasihat Buat Semua Yang Tersayang :)
Comments
Post a Comment