Posts

Showing posts from August, 2016

TAK NAK KAHWIN KE?

Image
“Kau ni memang taknak kahwin ke?“ Soal seorang teman secara tiba-tiba. Saya yang sedang menulis terhenti seketika, memandangnya sekilas sambil kembali menghadap buku.
“Apa kau merepek?“ Saya membalas ringkas.
"Yela, kau ni asyik busy je macam tak fikir pun nak kahwin, peliklah aku.”
“Kenapa kau nak kahwin?" Pen saya letakkan sebentar di atas meja sambil mengurut-urut bahu sendiri. Penat.
"So, betullah kau taknak kahwin?” Soalan saya dibalas soalan.Saya senyum. “Aku pernah pergi satu talk tu, ada sesuatu yang ahli panel tu cakap yang buat aku berfikir sampai sekarang.”
“Apa dia?”“Kalau nak kahwin, bagi sebab nak kahwin dan sebab tu dibentangkan depan Allah dan Rasulullah, mereka boleh senyum dan suka maka kahwinlah." Saya menarik nafas, "Sebab tu aku tanya kau kenapa nak kahwin.”
“Sebab nak elak maksiat?”“Bagi aku, orang yang bagi sebab nak kahwin sebab nak elak maksiat adalah orang-orang yang jalan hidupnya penuh dengan jalan-jalan menuju kemaksiatan. Tak mun…