Posts

Showing posts from February, 2013

Hadiah Hari Lahir~ Mendung Hari Bahagia

Image
  Assalamualaikum selamat berkenalan, Saya ucapkan kepada semua, Tanggal 9 Februari itu kehidupan, Daripada penulis untuk pembaca. Menanti hari bahagia,tak sangka sebulan je lagi.hehe (^_^)  Kini penantian sebulan itu telah pun berakhir.. Mesti ramai yang tertanya atau menebak,dia ni mesti nak kahwin atau bertunang kan? Walaupun inai merah dijari,tidak bermakna menanti terbinanya sebuah masjid. Hehe...sudah menjadi adat kebiasaan mentaliti masyarakat kita,tapi tidak mengapa,tidak salah pun,kita manusia biasa,saya pun kalau orang cakap macam ni,terfikir macam tu juga kadang-kadang. Penantian hari bahagia itu sangat indah... Namun siapalah yang tahu disebalik kebahagiaan itu terselit kedukaan. Ada juga yang hairan kan kenapa dia ni ternanti-nanti sangat hari lahir dia yang ke-2...an kan? Ceritanya bermula begini,sewaktu kecil dahulu,saya sering terfikir dan tertanya,best ye kakak-kakak dan abang-abang yang umur 2... ni,mereka boleh masuk U,boleh.... jawab la sendi

Janji Kita

Image
Inilah Kisah Syarifah Sajidah ... Berlalunya Januari,kini muncul pula Februari yang amat kunanti-nantikan kerana inilah bulan yang menganugerahkan sinar kehidupanku di dunia ini.Aku duduk termenung memikirkan tentang masa yang telah kulaburkan selama sebulan pada tahun baharu ini.Januariku,adakah berbaloi pelaburanku itu?Kalau berniaga,adakah membawa keuntungan kepadaku?Orang kedah kata,balik modai ka selama duk menega sebulan ni?Kumencapai kalender yang berada di atas meja.Hari demi hari aku meniti penuh teliti,aku bermuhasabah.Apa yang aku lakukan pada hari ini,sekian hari ini,sekian waktu ini.Cukupkah solatku?Amalan harianku selesaikah?Mutaba'ah amalku sempurnakah?Cutiku bermaknakah?Sungguh banyak persoalan yang timbul dibenak fikiranku,yang merenggut lubuk hatiku.Ah...betapa lalainya aku walaupun hanya diberikan sedikit keselesaan daripada Allah.Aku dikurniakan sihat,tetapi bagaimanakah caraku mensyukurinya?Allah memberiku masa yang cukup untuk te

Warkah Mahabbah

Image
Pertemuan pertama Tiada yang istimewa dilihat Namun sangat istimewa dirasa Malam gelap diterangi rembulan Ditemani sesak suara Bertemu dua jiwa Atas ikatan mahabbah illahi Ukhwah Fillah menyapa Senyuman seindah suria Dunia bagaikan fantasi Kini mimpi menjadi nyata Terpatri dua hati dijalanNya Bersua membawa rahmat Berpisah menghapus dosa Memori indah bertandang kembali Membawa ceritera baru Membina kisah hati Siapakah yang pertama itu? Mengetuk pintu hati seorang insan Memberi salam Mahabbah Menyampaikan hasrat hati Kepada yang disegani Bicara tak terucap Kata tak terungkap Dahi berkerut Telinga teliti mendengar Mata setia memandang Minda lincah mentafsir Seribu pertanyaan menerjah Mengapa? Saat Mencari Solehah Tika mengejar Cinta Abadi Terasa sungguh kerdil jiwa ini Diri tak sesempurna Khadijah Tak selembut 'Aisyah Tak sehebat Fatimah Tak secantik Zulaikha Tak sesetia Asiah Hanya insan biasa Yang memikul