Posts

Showing posts from 2017

Apa maksud Menanti Februari yang sebenarnya?

Selamat pagi... Entri kali ini santai2 je sebabnya rasa geram sangat tak terluah...gara-gara sebuah drama melayu...kadang bila difikirkan perkara ini reflek kehidupan kita di alam realiti...Jadi saya risau kalau yang berlaku itu disekeliling kita.Lebih baik saya luahkan rasa ini supaya semua tahu tentang ini dari sudut pandang peribadi saya. Biasalah hidup kadang tersungkur,kadang bangun...tetapi kala hati diketuk supaya sedar,hargailah sebelum hidup gelap selamanya...ok jom baca apa saya nak cerita tentang "Menanti Februari" setakat episod 3.Rasa tak sanggup nak teruskan tengok sampai ending.Barisan pelakon mantap bawak watak masing2 sampai saya geram yang sangat mendalam. Menanti Februari -Ari kahwin slps bljr workaholic utamakan kerja abaikan isteri yang baru kahwin benarkan kawan lelaki teman isteri dia ke mana2 isteri sakit diabaikan good looking tp hmmm... family masalah wlpn kaya janji xpernah tunai tak cemburu langsun

Raja Hatiku

Aku insan biasa menghadap Rabbku, Memohon juga meminta restu, Aku tak perlukan peneman diriku, Aku tak perlukan penjaga hatiku, Cukuplah Kau pemilik jiwaku, Aku cuma menginginkan semangatku, Melangsaikan fitrah manusiawi, Kurniakanlah daku pemimpin jalan ini, Pembimbing rijal dakwah ini, Berdiri seiring pejuangMu, Pelengkap membentuk daieMu, Pembina jiwa muda harapanMu, Sungguh segala yang ada padaku, Kuserahkan padaMu Ya Rabbul Izzati, Kaulah sebaik-baik penentu rezeki, Kaulah pencipta cinta sejati, Kurniakanlah pemilik hatiMu, Terpatri cita-cita ini dengan izinMu , Ku tetap thabat dan utuh berdiri, Kadang aku letih menanti, Aku jatuh tersungkur mencari, Aku cuba bangun dan berlari, Mencari makna hakiki, Tiada upaya kusedari, Hanya Kau penakluk citaku, Pengemudi Syurga abadiku, Kini tiada lagi pintaku daripadamu, Sungguh luas rezekimu, Sungguh hebat kurniaamu, Meski tidak di dunia, Cukuplah di akhirat sana. Nukilan, Ummu Mariah Solehah