Posts

Showing posts from July, 2018

Isteriku Geng Usrah (Siri 3)

Liku Setiap kehidupan insan akan dilalui dengan penuh berliku. Begitulah juga kehidupan aku. Padaku liku-liku kehidupan itu hanyalah permainan dunia yang sementara dan ianya menjadi lumrah kehidupan. Aku rasa aku mampu untuk melalui liku-liku kehidupan yang kata orang perkara biasa sebagai manusia.  Tetapi kini aku rasa tidak mampu untuk menghadapi dugaan seperti ini. Aku diuji dengan dugaan hati dan perasaan. Sebagai seorang pelajar bidang kejuruteraan, aku dikelilingi dengan ramai kawan yang hidupnya bebas. Maklumlah universiti di tengah bandaraya. Meskipun pelajar wanita di fakulti aku hanyalah 30 peratus berbanding pelajar lelaki, namun kemahiran memikat seorang wanita itu lebih menakjubkan apabila sasaran mereka itu tepat. Wanita dengan kemahirannya manakala lelaki dengan kelemahannya. Aku melihat sendiri perubahan hidup sahabatku saat hati diketuk seorang wanita cantik. Kemana sahaja pasti bersama. Tiada siapa mampu menegur pastinya menyinga. Sampai suatu ketika aku be