Posts

Showing posts from 2020

GENAP 2 BULAN KELAHIRAN MUJAHIDAH HATIKU

MARYAM ANEESAH nama diberi yang mana diambil sempena nama sahabiah Maryam,ibu kepada Nabi Isa. Kisah Maryam merupakan lambang wanita solehah yang amat menjaga kehormatan diri. Beliau dipilih oleh Allah menjadi seorang ibu kepada seorang Rasul dengan tidak dikahwini dan disentuh oleh mana-mana lelaki.  Sungguh unik dan istimewa apabila Allah merakamkan kisahnya dalam Al-Quran. Satu-satunya surah dengan nama wanita dan lengkap cerita yang memberi ibrah. Boleh juga ikuti kisah maryam selanjutnya dalam video 👇 Maryam Ibu Nabi Nama ini diabadikan kepada susuk tubuh kecil ini supaya dapat mencontohi keperibadian sahabiah ini. Harapan sebagai ibu bapa juga dia menjadi anak perempuan yang memberikan teladan baik kepada insan disekelilingnya.  Maryam nama yang indah, lambang kasih sayang dan kesucian sebuah ikatan cinta agung. Ummi abah mengharapkan Maryam bijak menjaga diri sebagai seorang anak perempuan, ketahuilah segala perbuatan baik mahupun buruk seorang anak perempuan itu memberi kesan