Posts

CITRA WARNA KITA

Image
Tika itu Pertama kali kita bertemu Hatiku mentafsir dirimu Kaulah bintang ulung yang menyinar Jiwaku meronta untuk mendekatimu Wajahmu seindah selembut baldu Matamu bagai mutiara di lautan Putih bersih rona hidupmu Itulah dikau hai sahbatku! Kini apatah dayaku Kta jauh berbeda Walau terjalin ukhuwah seakidah Namun disekat tembok besar PERSEFAHAMAN Diriku mencuba Terus mencuba Kau makin menjauhiku Bukan pada jarak Bukan pada kedudukan Tapi pada PEGANGAN Pegangan yang menjadi visi,misi dan... Motto hayatmu Apa pun Dengan kudrat bantuan illahi Sekarang aku bersua denganmu Dikala sunyi sepi Unggas berlarian,bertebaran di angkasa raya Rohku menyoalmu Mulutmu mentafsirnya Saat ini... Fahamlah aku tentang dirimu Segalanya dapatku takhsiskan Itulah kamu! Ketahuilah sahabatku Setiap tafsiranku bersandaran Pertolongan RABBUL IZZATI kuutamakan Pengalamanku menjadi panduan Sahabat, Dengarkanlah isi hatiku Aku am...

Nantikan Dia Atau BerUsaha?

Image
Apakah yang harus kita nantikan? Apakah yang harus kita usahakan sebenarnya? BerCinta atau BerDakwah ? Tentang " BerCinta " kita selalu dinasihatkan untuk nantikanlah, Belum tiba masanya lagi, Belajar dahulu, Cinta itu fitrah,rasanya akan datang dan akan pergi, Kadang tanpa kita sedari dia hadir, Masa kita tak bersedia,dia muncul, Kemunculannya sangat kita raikan tanpa berfikir panjang. Kerana Cinta itu dirasakan INDAH. Tentang " BerDakwah " kita selalu diminta untuk sampaikanlah, Cubalah buat sebaik mungkin, InsyaAllah boleh, Dakwah itu amanah,kedatangannya sukar diramal,kepergiannya tidaklah sekali. Kadang hadirnya tanpa kita sedari, Saat kita ta bersedia,dia muncul, Kemunculannya membawa kita kepada keputusan yang lama, Kerana Dakwah itu dirasakan SUKAR. Apakah sebenarnya kita harus lakukan? Tiada keindahan tanpa kesukaran, Tiada Fitrah tanpa amanah, Tiada Cinta tanpa Dakwah . Maka bercinta lah dengan berdakwah .  smil...

(Review) Raudhah,Aku Mencintaimu Kerana Allah

Image
Assalamualaikum wrt.  Entri kali ini saya ingin berkongsi dengan semua tentang sinopsis novel karya Ramlee Awang Murshid dan pendapat saya setelah pertama kali memilih novel terbitan Alaf21 dan   Karangkraf  sebagai bahan bacaan semasa cuti semester di samping 3 bahan bacaan lain. Alhamdulillah pada 20 Januari 2015 selesai sudah saya mengkhatam novel ini. Dalam perkiraan, saya mengambil masa dalam sebulan juga untuk menghabiskan buku ini kerana tuntutan peperiksaan semasa saya meminjamnya pada 20 Disember 2014 dan tuntutan tugasan bersama keluarga setelah pulang bercuti. (nampak macam setahun baca satu novel. hahaha) Kebetulan saya jenis suka menghayati dan berimaginasi ketika membaca. Makanya pembacaan saya jadi lambat sedikit walau apapun inilah satu-satunya novel yang saya habiskan dalam masa yang agak pendek. (buku lain lagi lama, amik kau. hehe) Saya juga tidak suka melangkaui setiap kronologi cerita sesebuah novel. Panjang pula saya cerita tentang say...

Kisah Seorang INSANI

Bibirmu selembut sutera, Saat menutur katamu, Bait kata dihiasi indahnya rasa, Kadang kala kemeriahan itu, Tak kekal selamanya, Kala tiba mendung kelabu, Merenggut jiwa raga, Perginya cerah pawana, Muncul pula gelap gelemat, Bicaramu hilang nadanya, Mujahadahmu melawan tersirat, Berkat tarbiyah yang Esa, Kau kalahkan syaitan kesumat, Madah itu kembali tersemat, Dek rasa berselirat, Terasa seperti tersekat-sekat, Dihabiskan setiap kalimat, Penuh semangat, Sungguh itulah nasihat, Meski ia tetap menghantui, Namun lidah ringan mengatur bahasa, Sungguh hati takut terluka nanti, Berdesup dikau mengatakannya, Andai kata alpa meniti lagi, Tegurlah hamba sehikmah taqwa, Begitulah insani, Tatkala hati meniti-niti, Allah hadirkan famili, Setianya mereka di sisi, Bantu membantu nasihat menasihati, Usah berdiam diri, Meniti hari, Jangan rasa menyendiri, Jua tercari-cari, Kerna dibelakangmu ialah KAMI. Lukisan Hati, Ainul Qalbi, Itulah Nusaibah, Serik...

Pesan Murabbi "Mujahadahlah"

Mujahadah, Sebuah perkataan yang mudah, Sentiasa meniti di bibir seorang daie, Namun ianya tak semudah bicara, Bagi yang pernah merasainya, Mujahadah, Itulah bersungguh-sungguh, Ringan disebut,berat di jiwa, Indah suku katanya, Sentiasa menyebak di dada, Sentiasa membuat sesak di dada, Mujahadah, Begitulah gambaran, Sukar dilaksanakan, Perlukan kekuatan dalaman, Sedalam-dalamnya nafsu dilawan, Mujahadah, Kesibukan duniawi diletakkan di sisi, Kerana di sana ada kesibukan ukhrawi, Menjadikan akhirat dihadapan, Dunia itu pilihan, Menjadikan amal dunia, Membawa ke syurga, Semuanya demi satu Natijah, Ianya MUJAHADAH. Nukilan Hati, Serikandi Solehah. Isnin (16/3/2015) 10AM

Let's Join Giveaway 7 HARI by Syira Lokman

Image
Klik Banner Alhamdulillah semalam 9 Februari, dan hari ini officially 22 years old... (Opppss belum tua ye tapi sudah dewasa) Sebagai hadiah kepada diri ini, saya mencuba untuk menyertai Giveaway 7 HARI by Syira Lokman. Dah macam peminat setia syira dah...hehehe...bukan apa,kita nak berukhuwah dan saya suka kos yang dia ambil dan belajar sekarang. InsyaAllah mungkin dapat belajar sesuatu daripadanya. Terimalah wahai diriku... Special Birthday Gift jika terpilih. Catatan 10 Februari 2015. Jom Sertai Giveaway 7 HARI by Syira Lokman... Tarikh Mula: 10 Februari 2015 Tarikh Tamat : 16 Februari 2015 BitTaufiqWanNajah :)

INFOSYS Menjadi Memoir "TERINDAH"

Image
Hari ini I.D.E.A untuk bercerita dalam blog tiba-tiba datang. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab sebelum ini banyak benda yang ingin dikongsikan tapi idea tak datang-datang, tinggallah draft menjadi hiasan. Jadi apabila datangnya hari ini menjengah minda saya, maka saya fikir nak cuci la draft-draft yang banyak tu sedikit demi sedikit. Kisahnya hari ini adalah ingin berkongsi kenangan tahun lepas. "INFOSYS" nama yang senantiasa terpahat di hati dan di jiwa. Alasannya ada banyak sebab. Saya dapat tahu saya WAJIB sertai program ini semasa minggu terakhir saya berprogram di universiti. Orang lain sibuk balik cuti, saya 3 minggu di universiti untuk mengikuti program 3P yang di dalamnya mengandungi 2 program termasuk Certificate IP Associate (CIPA) dan Proficiency English Certificate (PEC). Semua ini program di bawah kos yang saya ambil. Kebetulan berpeluang untuk sertainya bersama senior kan. (kenangan yang ni kita sembang lain nanti ye). Saya belum habis lagi program in...