GENAP 2 BULAN KELAHIRAN MUJAHIDAH HATIKU

MARYAM ANEESAH nama diberi yang mana diambil sempena nama sahabiah Maryam,ibu kepada Nabi Isa.

Kisah Maryam merupakan lambang wanita solehah yang amat menjaga kehormatan diri. Beliau dipilih oleh Allah menjadi seorang ibu kepada seorang Rasul dengan tidak dikahwini dan disentuh oleh mana-mana lelaki. 

Sungguh unik dan istimewa apabila Allah merakamkan kisahnya dalam Al-Quran. Satu-satunya surah dengan nama wanita dan lengkap cerita yang memberi ibrah.

Boleh juga ikuti kisah maryam selanjutnya dalam video 👇


Nama ini diabadikan kepada susuk tubuh kecil ini supaya dapat mencontohi keperibadian sahabiah ini. Harapan sebagai ibu bapa juga dia menjadi anak perempuan yang memberikan teladan baik kepada insan disekelilingnya. 


Maryam nama yang indah, lambang kasih sayang dan kesucian sebuah ikatan cinta agung.

Ummi abah mengharapkan Maryam bijak menjaga diri sebagai seorang anak perempuan, ketahuilah segala perbuatan baik mahupun buruk seorang anak perempuan itu memberi kesan kepada bapa atau walinya.

Di sini ummi abadikan surah yang ummi selalu amalkan untuk dipelihara maruah diri dan dilindungi Allah,iaitu surah Al-Qadr.

Jagalah kehormatan diri sebagai seorang wanita,
Sungguh dunia ini penuh ranjau berduri,
Wanita itu hiasan dunia,
Mampu menjadi fitnah dunia,
Namun Islam hadir membawa rahmat kepada wanita,
Pelbagai garis panduan bagi menjaga wanita,
Maka amalkanlah dan tanamkanlah dalam diri supaya kebaikan sebati di hati.

Aneesah bermaksud wanita muda/anak dara.

Nama ini signifikan dengan kepintaran, kecerdasan fikiran, serta kekuatan semangat seorang anak muda. Biarlah semangat membara terus menjadikannya optimis serta aktif dalam menyebarkan kebaikan,menyeru kepada perkara baik dan mencegah kepada kemungkaran. Kesucian diri seorang anak terpelihara saat semua mendoakan kebaikan atas dirinya.

Lahirnya pada zaman yang penuh fitnah. Moga Allah pelihara dirinya dengan asbab nama sebagai doa yang baik buat seorang hamba.

---

Panjangnya karangan bukanlah pada hari lahirnya tetapi ulangtahun genap 2 bulan usianya.

Hadirnya seorang anak mendidik ibu bapa supaya terus menambahbaik ilmu di dada dalam menunaikan tanggungjawab.

Moga pengabadian tulisan ini menjadi kenangan dan bacaan buat Maryam Aneesah nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Mini Birthday Giveaway by MiminAdam

(Review) Raudhah,Aku Mencintaimu Kerana Allah

[Join] GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM