Hari ini I.D.E.A untuk bercerita dalam blog tiba-tiba datang. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab sebelum ini banyak benda yang ingin dikongsikan tapi idea tak datang-datang, tinggallah draft menjadi hiasan. Jadi apabila datangnya hari ini menjengah minda saya, maka saya fikir nak cuci la draft-draft yang banyak tu sedikit demi sedikit.
Kisahnya hari ini adalah ingin berkongsi kenangan tahun lepas. "INFOSYS" nama yang senantiasa terpahat di hati dan di jiwa. Alasannya ada banyak sebab. Saya dapat tahu saya WAJIB sertai program ini semasa minggu terakhir saya berprogram di universiti. Orang lain sibuk balik cuti, saya 3 minggu di universiti untuk mengikuti program 3P yang di dalamnya mengandungi 2 program termasuk Certificate IP Associate (CIPA) dan Proficiency English Certificate (PEC). Semua ini program di bawah kos yang saya ambil. Kebetulan berpeluang untuk sertainya bersama senior kan. (kenangan yang ni kita sembang lain nanti ye). Saya belum habis lagi program ini, suatu hari tu, nama saya dimention dalam group facebook fakulti. (ni mesti penting) Semasa saya baca tu, "Allah,program lagi?Tak cuti la 3 bulan ni." Perasaan masa tu Allah sahaja yang tahu. Kita baru semangat nak balik rumah setelah hampir sebulan orang lain bercuti, kita masih di universiti lagi. Namun di sudut lain saya gembira sangat-sangat sebab target saya tercapai untuk mengikuti apa sahaja program supaya saya dapat memantapkan akademik saya. Perasaan membuak-buak untuk mencari ilmu itu selalunya memadam sakit-sakit calar apabila tidak boleh bercuti semester lama-lama seperti orang lain. Alhamdulillah. Saya rasa saya yang paling laju confirmkan kehadiran. (semangat weih walaupun tak dak kawan lain kecuali senior) *feeling special* Program INFOSYS ni dijalankan di Kings Hotel,Melaka selama SEBULAN. Siapa tak suka sebulan duduk hotel. Apabila gembira tak tertahan, ramai yang dapat tahu dan tanya la tentang ini. Saya tak tahu nak beritahu apa. Saya cuma cakap fakulti pilih. (dalam hati "budak tak pandai macam saya je kot" tapi tak kata yang kawan2 lain tu tak pandai, maksud saya,saya dapat sebab tu la kot.huhu) Selepas pulang ke rumah saya pun print borang dan surat-surat serta google hotel tu. (saya cuma fikir,ni mesti hotel biasa-biasa je sebab sebulan kot,duk mewah2 teruk jugalah kerajaan nak bayar) Apapun nama masih hotel, jadi takjub jugalah. Saya cari lagi maklumat daripada senior, katanya "mungkin belajar programming kot" (perghhhh nak tercabut jantung oi) kemudian cari lagi senior yang biasa join infosys ni, masa tu dia cakap "Apa saja kita belajar dekat U, itulah yang kita belajar dekat sana" (gembira dapat refresh otak yang berkulat daripada semester 1 tu tp tiba2 gulpppp telan ayaq lioq) Saya dah tak tahu apa perasaan. STRESS? GEMBIRA? SUKA? BELAJAR? FOKUS?
Setelah Ramadhan berlalu,syawal tiba, tahun 2014 syawal saya berubah hampir 360 darjah. Abah buat rumah terbuka awal sehari pada hari raya kedua semata-mata hari raya ke-5 nak hantar saya pergi Melaka. Penyertaan saya ke infosys ni ramai juga la yang tahu. (tapi xtau la nama dia infosys,cuma "kena p melaka...ada program komputer2 ni.") *bangga sat* Setelah tiba di Melaka jam 12 tengah malam, kami pun singgahlah hotel ceruk mana entah, nama dia ONE UTAMA dekat dengan MITC. Keesokan paginya saya check out dan pergi sarapan. (tak lalu makan tau dak.haha.) *ketaq mai sorang2* Syukur kakak senior sorang tu join (dia tak macam senior,nampak sebaya je.haha) Selepas sarapan kami sekeluarga mulakan perjalanan mencari hotel dengan GPS, dalam masa yang sama saya dapat maklumat daripada kakak tu, kami tak boleh check in lagi, Kami perlu tunggu pukul 3 baru boleh masuk. (masa tu geram juga sebab kata daftar pukul 8 pagi) TAPI saya husnuzzhon sebab betul juga,hotel kan. Lagipun kita datang program orang dewasa bukan budak-budak nak kena suap semua. OK saya berdikari. Saya pergi dulu hotel untuk tahu tempatnya kemudian saya terus ke Masjid Al-Azim,Melaka kerana geng U saya semua tunggu sana. (geng la sangat.hahaha.senior semua,tak rapat sangat pula) Umi dan Abah hantar dan terus abah nak balik. Tinggallah saya di situ dengan kawan-kawan. *Boring sembang* Akhirnya kami pergi Bandaraya Melaka untuk jalan-jalan window shooping gitu. (window ke?angkut juga barang,perempuan kan?heee) Selepas dapat maklumat boleh check in, kami pun teruslah ke hotel. Kebetulan bidadari hanya dua, kami hanya minta bilik sama tapi dapat terus bilik sama dan hanya untuk dua orang. Ketika dan saat dapat kunci,katanya "ni kunci apartment,apartment yang kat belakang tu." (dah agak dah masa mula datang tu sebab nampak apartment tu)
TAPI apartment bukan sekadar apartment, ianya apartment HOTEL...haha...Inilah bilik kami... (abaikan kalau ada yang tak sedap dipandang,rasanya tak ada,semuanya hiasan semata2)
HARI PERTAMA
Hanya terperap dalam bilik tanpa makan tengahari. Kupon makan bermula dengan Dinner. (makanlah kami kuih2 raya,kerepek2...haha)
HARI KEDUA
Kami dihidangkan dengan aktiviti outdoor di Taman Rekreasi Air Keroh. Gambar di bawah ini ialah antara tugasan berkumpulan yang diberikan. Pada hari kedua, aktiviti masih belum berat sangat, kami main ala-ala sukaneka gitu dan pembentangan (lawak pula sebab lama dah tak pegang kertas mahjung dan
present ramai-ramai.ada yang nganga je)
HARI KETIGA
Hari ini semakin mencabar kerana kami melakukan aktiviti yang betul-betul extreem iaitu absailing, flying fox, rock climbing dan kayak.
Selepas taklimat keselamatan, setiap kumpulan diberikan urutan aktiviti yang bakal dimulakan. Bagi kumpulan kami,aktiviti pertama kami ialah ABSAILING.
|
Tinggi tuuu menyebabkan menjadi orang last naik. |
|
Dinasihati ala bapa-bapa (duk main2 pulak Encik ni) |
|
Atas ada penjaga juga. |
|
Akhirnya kak Suha sampai turun. |
|
Tudia...acting lebih dalam hati orang last kalut oi. |
|
In action...hahaha...slow oi sampai kena jerit. |
|
Hang dok buat apa kat atas tu??? turun la cepat. |
|
Nak feeling la...depa kata jauh lagi tu,cepat... |
|
Ehhh...dah sampai...kena tipu pulak... |
Aktiviti kedua, ROCK CLIMBING...
|
Kak Fizati berjaya sampai atas. |
|
Orang last lagi...Berjaya jua...Tapi tak dak yang nak take pic,ni pun minta.haha |
|
Macam gantung diri pulak. |
|
FREE...Tenang... |
Aktiviti ketiga, FLYING FOX...
|
Tinggi... |
|
Yeah Kak Suha...Atlet... |
|
Laju sampai tak nampak orangnya... |
Aktiviti terakhir, KAYAKING...
|
Apa ni kak??? Tidur ke? Ambil feellll... |
|
Get Ready... |
|
Kami dah habis 2 round. |
|
Lekas dah nak balik ni,sudah2 le tu. |
Selesailah
outdoor activity kami di Melaka, jadi kembali semula ke pangkal jalan untuk belajar pula
.
LECTURE TIME
|
Jadual |
|
Sistem Attandance |
|
Screen Monitoring.See kena lock dah... |
|
Slide macam kat depan.Tak boleh buat apa2. |
|
Merapu Coding dalam Tulisan Jawi. Credit to: Master Programming |
|
Assignment mesti siap sebelum pukul 11 setiap hari. |
|
Buat projek sampai terbalik2... |
|
Amik kau.Error banyak tu. |
|
Yayyy...dapat Fererro Roshare (betoi tah eja ni) |
|
Final Project.Database+Coding+Data*PENGSAN* |
|
12 tengah malam |
|
3 pagi |
|
4 pagi |
|
5 pagi |
|
Fokus kakak AI ni :D |
|
Cek projek sebelum present |
|
Bermula presentation |
|
Ha...bagi markah...jangan murah sangat. |
Kenangan semasa belajar dengan pelbagai kawan dan latar belakang sangat mengujakan. Universiti lain-lain, kerenah macam-macam, tahap kefahaman pelbagai. Ada gelak tawa, ada sedih duka, ada gaduh bertengkar, ada senyum menangis, ada stress tenang, ada sakat menyakat, ada macam-macamlah. Alhamdulillah daripada sini, kita mampu belajar daripada pelbagai pengalaman bersama orang hebat menjadikan kita ke arah memperhebatkan diri sebagai persediaan menghadapi arena industri ICT nanti. Pengalaman adik2, kakak2, abang2, kawan2 dan sahabat2 sama digarap serta dirapi jua diterap dalam diri, semoga kita berjaya dunia akhirat. Di sini juga saya mampu mengenal erti kesyukuran dan memberi peluang pada diri untuk menimba pengalaman serta mencabar diri. Akhirnya saya berjaya menghabiskan sebulan bersama modul Infosys. Pass exam satu kumpulan,fail exam pun berkumpulan. Memang seperti semua orang cakap "Sebuah pengalaman sukar dicari dan diganti."
|
Last moment kuliah, selepas hantar buku. |
|
Angka Giliran Infosys |
OUTING TIME
Kami tak belajar sahaja,ahad kami cuti. Ada masa bersiar-siar meronda Bandar Melaka. Hari pertama outing, kami berjalan kaki berdua ke Melaka Mall dan Aeon Air Keroh. Minggu seterusnya, kami pakat2 naik bas Rapid Melaka ke Bandar Hilir,Mahkota Parade dan kawasan seangkatan. Penat.Jamu mata je. Hari seterusnya tak plan nak p mana sebab semakin sibuk dengan assignment dan project. Tapi dalam duduk bersantai, kawan ajak keluar satu kumpulan pula. Keluar jugalah berjalan demi sebuah kenangan sambil cari survenior tapi duit tak ada la dan konon nanti sebelum nak balik beli lagi. *bajet-bajetlah* (malangnya sempat beli untuk diri ja.duit tak ada,tak sempat keluar beli pun hari last) Hari terakhir di Melaka, sekali lagi keluar mencipta memori terakhir di pantai yang ada di Melaka. Tempat tu ada gerai bas. (Ingatkan buat apa la bas banyak rupanya gerai makan daaa...)
|
Jalan2 di Bandar Hilir |
|
Kakak bawa pergi Menara Taming Sari. |
|
Tengok je lampu di malam hari. *Hello Kitty banyak* |
|
Dataran Pahlawan (Boikot MCD) |
|
Santai2 dari Balkoni bilik. |
|
Ada band menyanyi sambil kutip derma palestin. |
|
Beca Hello Kitty...Kalau tak mahal naik jugaklah. |
|
Merdeka! |
|
Budak2 bagi makan burung. |
|
Masjid Al-Azim,tempat 'melepak' dengan family |
|
Kak Chik dan dataran pahlawan |
|
Kak Chik memikirkan masa depan selepas infosys. Adakah Sarawak?haha |
Tak lupa juga sebulan di sana,ada lawatan untuk diri yang tersayang ni.Mula-mula kakak datang dengan abang dia kerana kebetulan mereka pergi Johor dan kemudian, dekat2 nak balik iaitu 1 September, umi abah datang sebab kebetulan hantar adik di UKM, makanya singgahlah mereka menemuiku sebelum pulang ke universiti. (Sebulan je kot ada lawatan, sapa tak seronok?)
Setelah habis semua projek, kami bebas daripada stress dan kami diberikan sedikit slot perkongsian tips untuk temuduga serta buat resume sebelum ke Wana Riverside Hotel untuk majlis penutup.
|
By En Amzar |
|
Upsi,Unimas,Unisza |
|
Secret Admire.hahaha |
|
Kumpulan Sifu semua ni. *jeles* |
|
Ha...kibaq2 bendera malaysia tu. *semangat* |
Jalan-jalan sebelum pulang.
|
Pantai Melaka |
|
Mentari di Ufuk Biru |
|
Gerai Bas |
|
We Are All Infosys Batch 11 & 12
Selamat Tinggal Melaka!
|
Akhirnya, tamatlah sudah kisah suka duka di Melaka. Infosys is The Best. Tautan Hati bersama MDEC masih belum berakhir. (hihihi)
-Ukhuwah hingga kini
-Persahabatan kekal abadi
-Ilmu bermanfaat selamanya
-Pengalaman tiada ternilai
-Cabaran fizikal mental emosi sukar dicari
-Makan hotel sebulan guna sudu (errrr apakah? haha)
Memoriku Bersama INFOSYS : Serikandi Solehah :D
master progrmming. ehem
ReplyDeleteNice~~~ tetiba rindu!
ReplyDeleteSama la kita pun rindu juga....tu sebab post ni wujud.hehe
Delete