Pesan Murabbi "Mujahadahlah"
Mujahadah,
Sebuah perkataan yang mudah,
Sentiasa meniti di bibir seorang daie,
Namun ianya tak semudah bicara,
Bagi yang pernah merasainya,
Sebuah perkataan yang mudah,
Sentiasa meniti di bibir seorang daie,
Namun ianya tak semudah bicara,
Bagi yang pernah merasainya,
Mujahadah,
Itulah bersungguh-sungguh,
Ringan disebut,berat di jiwa,
Indah suku katanya,
Sentiasa menyebak di dada,
Sentiasa membuat sesak di dada,
Itulah bersungguh-sungguh,
Ringan disebut,berat di jiwa,
Indah suku katanya,
Sentiasa menyebak di dada,
Sentiasa membuat sesak di dada,
Mujahadah,
Begitulah gambaran,
Sukar dilaksanakan,
Perlukan kekuatan dalaman,
Sedalam-dalamnya nafsu dilawan,
Begitulah gambaran,
Sukar dilaksanakan,
Perlukan kekuatan dalaman,
Sedalam-dalamnya nafsu dilawan,
Mujahadah,
Kesibukan duniawi diletakkan di sisi,
Kerana di sana ada kesibukan ukhrawi,
Menjadikan akhirat dihadapan,
Dunia itu pilihan,
Kesibukan duniawi diletakkan di sisi,
Kerana di sana ada kesibukan ukhrawi,
Menjadikan akhirat dihadapan,
Dunia itu pilihan,
Menjadikan amal dunia,
Membawa ke syurga,
Semuanya demi satu Natijah,
Ianya MUJAHADAH.
Membawa ke syurga,
Semuanya demi satu Natijah,
Ianya MUJAHADAH.
Nukilan Hati,
Serikandi Solehah.
Isnin (16/3/2015) 10AM
Comments
Post a Comment