Posts

Hadiah Hari Lahir~ Mendung Hari Bahagia

Image
  Assalamualaikum selamat berkenalan, Saya ucapkan kepada semua, Tanggal 9 Februari itu kehidupan, Daripada penulis untuk pembaca. Menanti hari bahagia,tak sangka sebulan je lagi.hehe (^_^)  Kini penantian sebulan itu telah pun berakhir.. Mesti ramai yang tertanya atau menebak,dia ni mesti nak kahwin atau bertunang kan? Walaupun inai merah dijari,tidak bermakna menanti terbinanya sebuah masjid. Hehe...sudah menjadi adat kebiasaan mentaliti masyarakat kita,tapi tidak mengapa,tidak salah pun,kita manusia biasa,saya pun kalau orang cakap macam ni,terfikir macam tu juga kadang-kadang. Penantian hari bahagia itu sangat indah... Namun siapalah yang tahu disebalik kebahagiaan itu terselit kedukaan. Ada juga yang hairan kan kenapa dia ni ternanti-nanti sangat hari lahir dia yang ke-2...an kan? Ceritanya bermula begini,sewaktu kecil dahulu,saya sering terfikir dan tertanya,best ye kakak-kakak dan abang-abang yang umur 2... ni,mereka boleh masuk U,boleh.... jawab...

Janji Kita

Image
Inilah Kisah Syarifah Sajidah ... Berlalunya Januari,kini muncul pula Februari yang amat kunanti-nantikan kerana inilah bulan yang menganugerahkan sinar kehidupanku di dunia ini.Aku duduk termenung memikirkan tentang masa yang telah kulaburkan selama sebulan pada tahun baharu ini.Januariku,adakah berbaloi pelaburanku itu?Kalau berniaga,adakah membawa keuntungan kepadaku?Orang kedah kata,balik modai ka selama duk menega sebulan ni?Kumencapai kalender yang berada di atas meja.Hari demi hari aku meniti penuh teliti,aku bermuhasabah.Apa yang aku lakukan pada hari ini,sekian hari ini,sekian waktu ini.Cukupkah solatku?Amalan harianku selesaikah?Mutaba'ah amalku sempurnakah?Cutiku bermaknakah?Sungguh banyak persoalan yang timbul dibenak fikiranku,yang merenggut lubuk hatiku.Ah...betapa lalainya aku walaupun hanya diberikan sedikit keselesaan daripada Allah.Aku dikurniakan sihat,tetapi bagaimanakah caraku mensyukurinya?Allah memberiku masa yang cukup untuk te...

Warkah Mahabbah

Image
Pertemuan pertama Tiada yang istimewa dilihat Namun sangat istimewa dirasa Malam gelap diterangi rembulan Ditemani sesak suara Bertemu dua jiwa Atas ikatan mahabbah illahi Ukhwah Fillah menyapa Senyuman seindah suria Dunia bagaikan fantasi Kini mimpi menjadi nyata Terpatri dua hati dijalanNya Bersua membawa rahmat Berpisah menghapus dosa Memori indah bertandang kembali Membawa ceritera baru Membina kisah hati Siapakah yang pertama itu? Mengetuk pintu hati seorang insan Memberi salam Mahabbah Menyampaikan hasrat hati Kepada yang disegani Bicara tak terucap Kata tak terungkap Dahi berkerut Telinga teliti mendengar Mata setia memandang Minda lincah mentafsir Seribu pertanyaan menerjah Mengapa? Saat Mencari Solehah Tika mengejar Cinta Abadi Terasa sungguh kerdil jiwa ini Diri tak sesempurna Khadijah Tak selembut 'Aisyah Tak sehebat Fatimah Tak secantik Zulaikha Tak sesetia Asiah Hanya insan biasa Yang memikul...

Sesaat Kau,Aku dan Dia

Image
Saat mula kita bertentang mata, Kujatuh hati padamu, Kau beri soalan itu padaku, Ku sambut dengan rasa besar hati, Terasa dunia seindah seharum taman sakura, Inginku kenali dirimu lagi, Siapakah kamu yang hadir dalam realitiku? Sesaat terasa takdir itu bagaikan mimpi, 1001 satu kisah kita lalui, Coretan Pahit Manis, Kunukil Suka Duka, Tangis Tawa bersama, Segalanya bak pasir di atas kerikil, Aku direnggut kata cemburu, Sesekali kucuba melawan bisikan syaitan, Biar sedaya upayaku, Saat sayangku padamu baru mula berputik, dia muncul, Saat sayangku padamu kian mekar, dia mula merebut takhta, Saat sayangku padamu kembang mekar mewangi, dia hadir menyusun langkahnya, Saatku makin menyayangimu, kuat lagi cubaan buatku, Saatku sangat merinduimu, hadirnya dia dihatimu, Saatku kucuba menerimanya, makin sakit aku dibuatnya, Namun kumohon dikuatkan hati untuk sentiasa bersamanya, dan mencintai ukhwah ini keranaNya. Aku tahu aku insan...

Salam Ukhwah Fillah

Image
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh... Salam Sejahtera buat semua pada pagi suram nan indah lagi nyaman.Suhanallah Subhanallah walhamdulillah walailahaillah wallahuakbar walahaulawaquwwata illa billah... Falling in Love Dalam kesibukanku dengan pelbagai tanggungjawab dan amanah selama ini membantutkan penulisanku diteratak blog kecil ini.Tapi kini kusedar dalam kesibukan itu tersembunyi kelapangan yang penuh keberkatan.Kini kucuba lapang-lapangkan waktu itu untuk menyapa sahabat sekalian dengan SALAM UKHWAH FILLAH.Semoga pertemuan dialam maya ini membolehkan kita saling bertukar-tukar pendapat dan saling memperingati antara satu sama lain. Di Sini Bermula Mungkin sahabat sekalian hairan kn? blog ini boleh tahan jugalah lamanya bertapak di sini tapi karyanya tidak bertambah dan tidak berkurang.(ye dak?hehe) Sebenarnya kuterpanggil untuk membuat blog ini setelah menyedari diriku suka menulis,berkarya dan bermadah pujangga saat dilanda masalah, stress belajar,dan semasa...

Suara Dari Palestina

Image
Cahaya putih yang membutakan mata Menyala terang di langit Gaza malam ini Orang-orang berlarian untuk berlindung Tanpa tahu apakah mereka masih hidup atau sudah mati Mereka datang dengan jentera dan pesawat Dengan berkobaran api yang merusak Dan tak ada yang tersisa Hanya suara yang terdengar di tengah asap tebal Kami tidak akan menyerah Di malam hari, tanpa perlawanan Kalian bisa membakar masjid kami, rumah kami dan sekolah kami Tapi semangat kami tidak akan pernah mati Kami tidak akan menyerah Di Gaza malam ini Wanita dan anak-anak Dibunuh dan dibantai tiap malam Sementara para pemimpin nun jauh di sana Berdebat tentang siapa yg salah & benar Tapi kata-kata mereka sedang dalam kesakitan Dan bom-bom pun berjatuhan seperti hujam asam Tapi melalui tetes air mata dan darah serta rasa sakit Anda masih bisa mendengar suara itu di tengah asap tebal Kami tidak akan menyerah Di malam hari, tanpa perlawanan Kalian bisa membaka...