Sesaat Kau,Aku dan Dia


Saat mula kita bertentang mata,
Kujatuh hati padamu,
Kau beri soalan itu padaku,
Ku sambut dengan rasa besar hati,
Terasa dunia seindah seharum taman sakura,
Inginku kenali dirimu lagi,
Siapakah kamu yang hadir dalam realitiku?
Sesaat terasa takdir itu bagaikan mimpi,
1001 satu kisah kita lalui,
Coretan Pahit Manis,
Kunukil Suka Duka,
Tangis Tawa bersama,
Segalanya bak pasir di atas kerikil,
Aku direnggut kata cemburu,
Sesekali kucuba melawan bisikan syaitan,
Biar sedaya upayaku,
Saat sayangku padamu baru mula berputik,
dia muncul,
Saat sayangku padamu kian mekar,
dia mula merebut takhta,
Saat sayangku padamu kembang mekar mewangi,
dia hadir menyusun langkahnya,
Saatku makin menyayangimu,
kuat lagi cubaan buatku,
Saatku sangat merinduimu,
hadirnya dia dihatimu,
Saatku kucuba menerimanya,
makin sakit aku dibuatnya,
Namun kumohon dikuatkan hati untuk sentiasa bersamanya,
dan mencintai ukhwah ini keranaNya.
Aku tahu aku insan pilihanMu,
yang tegar untuk melalui semua,
Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui,
segalanya tentang hambaMu.
Kaulah sebaik penolong dan pelindung,
dari kejahatan Syaitan durjana.

Hasil Nukilan Terpelihara : Serikandi Solehah <3

Comments

  1. Replies
    1. Kenapa?Karya yang tiada kaitan dgn sesiapa,cuma diambil iktibar drpd msyrkt sekeliling.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apa maksud Menanti Februari yang sebenarnya?

(Review) Raudhah,Aku Mencintaimu Kerana Allah

(Review) Cinta Potato Spring