Warkah Mahabbah


Pertemuan pertama
Tiada yang istimewa dilihat
Namun sangat istimewa dirasa
Malam gelap diterangi rembulan
Ditemani sesak suara
Bertemu dua jiwa
Atas ikatan mahabbah illahi
Ukhwah Fillah menyapa
Senyuman seindah suria
Dunia bagaikan fantasi
Kini mimpi menjadi nyata
Terpatri dua hati dijalanNya
Bersua membawa rahmat
Berpisah menghapus dosa

Memori indah bertandang kembali
Membawa ceritera baru
Membina kisah hati
Siapakah yang pertama itu?
Mengetuk pintu hati seorang insan
Memberi salam Mahabbah
Menyampaikan hasrat hati
Kepada yang disegani
Bicara tak terucap
Kata tak terungkap
Dahi berkerut
Telinga teliti mendengar
Mata setia memandang
Minda lincah mentafsir
Seribu pertanyaan menerjah
Mengapa?

Saat Mencari Solehah
Tika mengejar Cinta Abadi
Terasa sungguh kerdil jiwa ini
Diri tak sesempurna Khadijah
Tak selembut 'Aisyah
Tak sehebat Fatimah
Tak secantik Zulaikha
Tak sesetia Asiah
Hanya insan biasa
Yang memikul satu misi kehidupan
Perginya hati Mencari Ruhul Jadid
Perginya hati Menyemai cinta Rasulullah
Perginya hati Mendamba sayang ibu ayah
Perginya hati Menanti Cinta High Class
Perginya hati Memperjuangkan cita-cita
Datangnya dengan harapan
Dengan dua realisasi
Dambanya indah
Sematkanlah dihati
Tak semua cita mampu dikecapi
Belum tiba detiknya kuserahkan
Madah Keramat itu
Lambang jati diri mukminah
Antara dua jiwa
Tak Terikat cinta Duniawi
Kerna meniti cinta Ukhrawi

Kehadiran ini membawa sejuta impian
Membawa cahaya perubahan
Membawa makna Mahabbah Lillah
Kini mulakanlah episod baru
Berjuang demi Soleh
Bersedia buat menjadi perisai bidadari
Bermujahadah menenangkan kalbu
Berbahagialah disamping cinta-Nya
Setelah Allah dan Rasul
Akan bertamu Pemilik Cinta
Sungguh beruntung pemaisuri hati
Melayari Cinta High Class bersama.

Nukilan Khas : Ummu Mariah Solehah

 "Kuatkan semangat sempurnakan akhlak,perbaiki segala kelemahan diri.Jadikan masjid tempat menyendiri,pada dinihari bermohon kepada Illahi."

<3 Buat Diri Jua <3

Comments

  1. wah. hana suke la ;) hehe.. ku menanti cinta high clas ~ HEHEEE

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..thanks coz bca karya yang xseberapa ni,pcubaan je ni sblm mnyusul penulisan akan datang.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mini Birthday Giveaway by MiminAdam

[Join] GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM

(Review) Raudhah,Aku Mencintaimu Kerana Allah