Hadiah Hari Lahir~ Mendung Hari Bahagia


 

Assalamualaikum selamat berkenalan,
Saya ucapkan kepada semua,
Tanggal 9 Februari itu kehidupan,
Daripada penulis untuk pembaca.

Menanti hari bahagia,tak sangka sebulan je lagi.hehe (^_^) 

Kini penantian sebulan itu telah pun berakhir..

Mesti ramai yang tertanya atau menebak,dia ni mesti nak kahwin atau bertunang kan?
Walaupun inai merah dijari,tidak bermakna menanti terbinanya sebuah masjid.

Hehe...sudah menjadi adat kebiasaan mentaliti masyarakat kita,tapi tidak mengapa,tidak salah pun,kita manusia biasa,saya pun kalau orang cakap macam ni,terfikir macam tu juga kadang-kadang.

Penantian hari bahagia itu sangat indah...
Namun siapalah yang tahu disebalik kebahagiaan itu terselit kedukaan.


Ada juga yang hairan kan kenapa dia ni ternanti-nanti sangat hari lahir dia yang ke-2...an kan?
Ceritanya bermula begini,sewaktu kecil dahulu,saya sering terfikir dan tertanya,best ye kakak-kakak dan abang-abang yang umur 2... ni,mereka boleh masuk U,boleh....jawab la sendiri...macam manalah diriku ni?
 
Nah,sekarang sudah merasai pahit maung rasanya.





Pada pagi yang hening,duduk Sajidah di tepi jendela,menghirup udara pagi indah nan segar.Fikirannya melayang kembali ke 19 tahun yang lepas.


FASA 01 HARI-09 TAHUN

Setelah  lebih kurang 2 tahun 2 bulan 26 hari abangku dilahirkan,maka tibalah giliranku pula sebagai anak kedua dan anak perempuan sulung buat umi abahku.Tangisan bayi perempuan kedengaran memecah kesunyian dan menyerikan lagi mentari petang selasa di kota raya Sungai Petani.Seorang doktor wanita telah menyambut kudrat kecil seberat 3.0kg itu.Kelahirannya membawa seri ke dalam keluarganya.Dialah diriku yang penuh kelemahan ini.Azan dan iqamah menjadi muzik pertama sebagai halwa telinga dan imanku.Mereka memberiku sebaik-baik nama sebagai hadiah atas kelahiranku...SYARIFAH SAJIDAH.sedap,comel,lawa,cute.
Subhanallah.Secantik empunya badan,aiseh,puji diri sendiri pulak.Sejak dari itu,diriku ditatang bagai minyak yang penuh dengan limpahan kasih sayang umi abah sehinggalah sekarang umurku mencecah fasa 2...-an.Diriku dibelai dan dididik sepenuh perhatian jua kudrat mereka.Apa yang diingini,semuanya umi abah berikan.eh,semua ke?tak,tak jugak...tapi kebanyakannya la.Mereka sentiasa menunaikan segala keperluanku.Segalanya dicurahkan kepadaku.Makan minum cukup.Kalau tak,tak ada la besaq gajah macam ni kan.Pakaian pun cukup sempurna.Kesihatan pun sangat terjaga.Nyamuk dan semut pun fed up,tak boleh nak gigit.hehe.Apabila sakit,jumpa doktor,ubat ada.Kalau demam,siang dan malam dijaga,dijelum,disuap makan.Semasa kecil,umi cakap tak susah nak jaga,sebab budak ni asyik tidur saja.Menangis hanya bila lampin basah.Itu pun mana ada dia celik,pejam semedang.Kemudian apabila usiaku kira-kira 3 tahun,banyak pula akalnya.Teringin nak pergi tadika pula,ikut abang.Setiap kali pulang sekolah,umi akan tunggu di depan rumah.Rumah pun tak jauh dari sekolah.Suatu hari ada lori tanah di sekolah.Punya la takut,lari la laju-laju.Lori tak berjalan pun,tetapi bila sudah lari sambil tengok lori,nampak macam berjalan ikut la.Itulah kerenahnya.Jangan cakap baik je budak ni ye...Kenakalanku terserlah ketika semakin besar.Nakal juga tau,kecil-kecil cili padi.Pernah sekali,berebut makanan,ketuk hidung abang.aiyooo berdarah kot.Teringat juga,asal hujan,aku dengan kawan rapatku ajak adik-beradik semua main selut.Tahu ke selut tu ape?Selut itu ialah lumpur.Kami semua bermaharajalela kerana kami dua buah rumah je di situ.Balik rumah,hah dapat la dengan umi abah.Itu kisahnya di rumah,penat umi abah jaga aku.Kalau di sekolah lain pula ceritanya.Sewaktu hari pertama persekolahan,kononnya malu,tak tegur sesiapa pun.Masa tu yang aku nampak hanya meja dan kerusi yang aku duduk.Sampi la kawan hairan kenapa la dia ni diam tak cakap apa,belagak betul.Adoi...Kena sebijik.Aku pun bercakap,akhirnya ngam la dengan kawan-kawan.Dalam masa yang sama,guru kelas beritahu yang dia nak seorang ketua kelas dan penolong kelas.Hah,masa tu dah tak tahu hilang mana malu tuh,mungkin sebab muallimah tu jiran rumah kot.Akulah orang pertama,Muallimah,saya nak jadi,saya pandai bagi Salam.(kalau dah jadi ketua or penolong kan kena ucap salam bila cikgu masuk kelas).Akhirnya terpilih.Pantang ada budak lelaki buat salah,siap buku 3 5 (555).Nama penuh dalam tu.Rotan sentiasa ditangan.Anti-Lelaki sikit masa tu.Siap kejar ketua kelas sebab tidak menjalankan tugas la katanya.hahaha.Anak cikgu kan,buat salah cepat la umi tahu.Kesian umi.Kenangan Darjah 2,masa tu main dalam kelas.Peminat Hello Kitty lah katakan.Kawan bawa hello kitty yang dapat hadiah beli ais krim kan.Mainlah kami.Ada yang dengki sebab aku kan suka report mereport ni.Diri sendiri kena balik.Kena la rampas.Dulu kawan-kawan,kuat juga bergaduh dengan gadis cilik ni.Siap tak berkawan seminggu.Sebabnya macam-macam.Nakal budak-budak.Ada sekali ketika jamuan akhir tahun darjah 3,berebut radio yang guru besar bagi pinjam.Datang la puak pengaman,panggil umi.jangan risau,tak kena marah pun.cuma kena jaga nurseri.


Kenangan Bersama Keluarga...



Mendung hatiku pada hari bahagia ini,
Mengenang pengorbanan mereka,
Tak mampu kubalas,
Mengenang dosaku terhadap mereka,
Bagaimana harusku luahkan?
Aku menyayangi mereka,
Melebihi nyawaku sendiri,
Hanya mereka memahamiku,
Tiada siapa sebanding mereka,
Meski diriku beralih tangan,
Kasih sayangku akan tetap sama,
Kecilku,kalian tatang,
Besarku,kalian dakap,
Salahku,kalian nasihat,
Betulku,kalian hormat,
Semuanya tanda sayang,
Segalanya tanda cinta,
Kaulah IBU BAPAku...
Tiada terbalas jasa kalian,
Tiada terbatas pengorbanan kalian,
Sungguh kerdil diri ini,
Tiada yang sempurna,
Namun semuanya akan sempurna,
Dengan adanya IBU BAPA.

Nukilan Khas Untukmu Yang Tersayang : Syarifah Sajidah



 TEMAN SEPERMAINAN



FASA 10 TAHUN- 19 TAHUN


Seusiaku di fasa 1...-an,kedewasaan semakin terserlah.Ketika itu fokusku hanya untuk menuntut ilmu.Kenakalan kanak-kanak sudah kian hilang.Aku cuba untuk mencapai kecemerlangan di dalam kelas.Walaupun diriku tidaklah sehebat orang lain.Cuma tak salah kan mencuba.Aku pernah mencuba nasib untuk memasuki pertandingan mengarang.Tajuknya ada macam-macam,tetapi aku tertambat untuk mengarang tentang cita-citaku."Cita-citaku ialah seorang Doktor Pakar Sakit Puan".Take note ye hadiahnya(Johan-RM 25.00,Naib Johan-RM 15.00,Ketiga-RM 10.00).Aku pulang ke rumah dan memberitahu umi tentang hasratku.Umi membantuku dalam menyiapkan karangan itu.Kemudian diperiksa oleh guru bahasa Melayu ku.Setelah beberapa minggu,keputusannya bakal diumumkan.Mendebarkan.Alhamdulillah berjaya.Hadiah bermakna buatku untuk umi yang telah banyak melayani kerenahku dalam usaha menyiapkannya.Selangkah kumenjejakkan kaki ke alam remaja,banyak juga cabaran yang harus aku hadapi dan tempuhi.First Batch...Semua mata-mata harapan sedang memandang aku dan rakan-rakan.Nak-nak pula kami 4 orang je.Segala cabaran sebagai remaja aku tempuhi dengan sebaiknya.Dengan nasihat umi abah,kuharungi sehabis dayaku.Ranjau onak duri setiaku melandanya.Alhamdulillah berjaya jua aku mencipta kejayaan yang cemerlang sebagai seorang pelajar.Walaupun masa yang ditunggu-tunggu terlalu lama,tetapi aku tahu,Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untukku.Selepas itu,aku terpaksa berpindah ke sekolah baru atas sebab-sebab tertentu.Hari pertama masuk,aku takut juga.Terfikir,macam manalah nak masuk kelas?nak kena urus sendiri ke?Malulah...Tetapi,semuanya abah yang urus.Aku hanya duduk di bilik guru dan ditemu ramah oleh guru-guru lelaki.Adehhh...malu sangat-sangat.Cikgu-cikgu dah kenal,alamatnyalah...tak boleh nakal-nakal..hehehe..Duit makan abah bagi.Malangnya,aku tidak guna langsung.tak ada selera makan agaknya.Sepulangnya aku dari sekolah,umi tanya pelbagai soalan.Terbongkar juga yang aku tidak makan di sekolah.Hari kedua dan sehinggalah tamat sekolah di tingkatan 5,aku membawa bekal makanan.Terjamin semuanya.bersih suci lagi murni.Abah pun sudah tidak tanya tentang duit saku.Kalau nak,minta aje.Umilah antara orang yang paling berjasa menyediakan semua bekal-bekal aku dan adik beradik.Senangkan nak jaga budak comel ni.hehe.Hanya kejayaanku yang tidak seberapa mampu kuberikan.Namun,rasanya tak terbalas.Semasa aku di matrikulasi pun,mereka bersusah payah menghantarku.Mungkin bagiku,aku boleh pulang ke kolej dengan menggunakan bas,tetapi mereka sangat mengambil berat soal anak perempuan.mereka sanggup menghantarku setiap kali pulang bercuti.Bagi mereka,dengan kemudahan kenderaan dan jalan raya yang baik tidak seperti dahulu,tiada apa yang akan menyusahkan mereka...MasyaAllah...Tidak ternilai pengorbanan mereka.Meskipun keputusan peperiksaanku tiada yang dapat dibanggakan sangat namun mereka tetap menerima seadanya kerana mereka tahu itu sahaja kemampuan anak mereka seorang ini.Aku dapat melangkahkan kaki ke universiti pun amat membahagiakan mereka.Pelbagai halangan dan cabaran yang mesti aku tempuhi bagi merasai kemanisan berada di universiti.Alhamdulillah bersyukur sangat,kini kubertapak lebih kurang satu semester bagi tahun 1 dalam kos Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian Komputer)... Alamak lari daripada cita-cita.tak mengapa mungkin kerana kemahiran dan pencapaian terkini diriku,melayakkan aku bergelar Pakar Keselamatan Rangkaian Komputer.Rezeki di mana-mana sahaja...Aku teringat kata-kata seseorang kepadaku,

"mesti ader sbb Allah letak kat sinie walaupun tak nampak lagi hikmahNya kiter redah jerr sbb kiter tahukan pilihan Allah tu lebih baik dri pilihan manusia.watper kiter nak takut.insyaAllah apa yg awak suka tuwh takkan awak abaikan sbb awak akan sentiasa mencari sbb itu yg awak suka.tak semestinya apa yg kiter belajar skunk akan guna tyme kerja,so belajar la bukan sbb nak kerja nnt or utk exam,study utk knowledge semoga nnt bila kiter duk sebumbung dgn org2 yg jahil kiter tak turut jahil sbb kiter ader ilmu org nak tipu kiter pun susah."



TEMAN SEPERJUANGAN

Aflah,Shera,Ell,Sarah,Madihah,Aina,K.Nusaibah




SMKA Arau



KMPP

PPKK & KLPM
UniSZA



Awan pagi kian suram,menandakan kesuraman hatiku memikirkan masa hadapan...

KINI FASA 2...


Bakal kulalui dengan azam baru.Aku terfikir terlalu banyak yang ibu ayah berikan kepada anak-anak mereka tetapi adakah mereka mendapat kembali apa yang dicurahkan kepada kita sejak kecil sehinggalah berjaya dalam hidup?Betapa besarnya pengorbanan umi dan abah mendidikku dari sekecil  tapak tangan sehinggalah dewasa.Aku dididik penuh harapan supaya menjadi muslimah sejati.Umi abah mengajarku daripada sekecil-kecil perkara sehingga ke besar-besar perkara.Teguran,marah dan rotan itu perkara biasa dalam mendidik.Oleh sebab semua itulah,aku menjadi manusia sekarang ini.Aku melihat ramai wanita diluar sana.Tertanya aku,kenapa aku berbeza daripada mereka?Ya kerana umi abah sudah memberi semanis-manis perkara sehingga ke sepahit-pahit perkara.Aku dikenalkan dengan cara berpakaian sebgai muslimah.Semasa diusia 2-3 tahun,aku telah diajar menutup aurat,memakai tudung walaupun sebenarnya On-Off je.Kemudian,cara berpakaian aku juga telah diaturkan.Umi abahlah jurufesyen aku dan adik-adik.Tidak rasa terkongkong ke?Jangan cakap begitu,sebenarnya seharusnya kita bersyukur,ibu bapa kita mengambil perhatian tentang kita.Tak payah susah-susah buang duit pergi kedai cari konsultan fesyen.Umi abah beri nasihat berdasarkan syariat.Aku terasa sangat istimewa kerana perhatian mereka terhadap diriku tersangat mengujakan.Alhamdulillah.Susah untuk merasai semua ini.Bersyukurlah bagi yang merasai dan berbuat baiklah kepada ibu bapa seperti firman-Nya di dalam Al-Quran.Itu baru pakaian,banyak lagi perkara yang umi abah jaga.Pergerakanku selalu dikawal,tetapi sedikit pun aku tidak merasakan tersekat kerana semua itu demi kebaikanku.Memang sekarang kita tidak merasai kemanisan diperlakukan sebegitu,namun apabila sudah mencapai kematangan dalam kehidupan,perkara itulah yang paling manis yang pernah kita lalui.Tiada kenangan seindah bersama ibu bapa...Tersenyum aku sendiri...Sememangnya menjaga aku sangat mudah,tetapi tak semudah diucap dan dilihat.Kecil-kecil cili padi...Sekali terkena,pedas tak terjangkau.Mungkin bagi kita,nampak mudah.Cabaran yang dirasai ibu bapa kita siapa yang tahu?Melayani karenah anak tak nak pergi sekolah,nak itu,nak ini.Kita hanya mampu meminta.Kita tidak tahu jerih payah ibu bapa untuk mendapatkan sesuatu untuk kita.Allahukbar.Allah Maha Besar.Kalau nak diceritakan soal pengorbanan ibu bapa terhadap kita,tiada kertas mampu menampung,tiada hardisk mampu menyimpan,tiada minda mampu mencungkil memorinya.Subhanallah.Maha Suci Allah.


Ukhwah Fillah Abadan Abada




HADIAH DARIPADA SAHABAT-SAHABAT YANG SANGAT OSEM...


Hadiah Hari Lahir yang ke-19

Daripada : Siti Aflah,Nur Azlinda,Shahirah Amalina

Hadiah Hari Lahir yang ke-20
 
Daripada : Nur Shamiera Muhammad Nur Akmal
Daripada : Siti Auni Mat Saat

1) Ucapan di Facebook
2) Iringan doa dan Al-Fatihah
3) Mesej ucapan di Handphone
4) *Flying Kick,eh???silap heja...

 
HADIAH KHAS ATAS INGATAN SEMUA


Alhamdulillah bersyukur atas kurniaan dan limpahan inayah daripada Ilahi.Saya sangat bersyukur kerana masih lagi diberi peluang bagi menyedut udara yang dipinjamkan Allah kepada kita.Saya rasa tidak layak bagi saya untuk menikmati segala nikmat-Nya kerana terlalu banyak dosa kepada-Nya.Namun Allah lebih mengetahui segala sesuatu.Dia tidak memilih dan membalas sesuatu sebelum Dia memberi peringatan-Nya kepada kita.Sekarang genaplah umur saya menjadi seorang dewasa yang matang dalam menjalani kehidupan.Setelah sekian lama menanti saat ini yang masih belum tentu dirasai,Alhamdulillah,tiada ucapan sebaik berzikir mengingati-Nya,kini saya bakal merasai jerih payah,pahit manis,masam masin menjadi seorang muslimah di alam semesta yang kian mencabar ini.Cabaran mendidik seorang anak dan mendidik diri pada zaman milenium ini sangat berbeza dengan suasana ketika 20 tahun yang lepas.Dengan berbekalkan ilmu yang diberikan oleh umi dan abah,saya berharap dapat menempuhi pelbagai rintangan hidup ini dengan sebaik mungkin.InsyaAllah.Mungkin kebanyakan insan bergembira menyambut hari lahir yang membahagiakan mereka.Tetapi masih ingatkah kita kepada Janji Kita kepada Allah?Sudahkah tertunaikah?Masih bolehkah kita berbahagia meraikan umur kita yang kian meningkat tanpa memberi manfaat kepada alam?Kita tidak dicipta dengan sia-sia.Setiap nafas kita,kita telah dipertanggugjawabkan oleh Allah untuk melaksanakan amanah.Hidup kita di dunia hanya sekadar R&R,.Rehat daripada hawa nafsu dan Rawat diri.Akhiratlah yang Abadi.Kita dipertanggungjawabkan sebagai Khalifah di muka bumi ini dan Daie kepada seluruh alam.Segala nikmat telah dikurniakan untuk kita tetap teguh menunaikannya.Nikmat apakah yang masih ingin kau dustai?Semaki meningkat usia kita.semakin dekat kita dengan kematian.Itulah yang pasti.Mendung Hari Bahagia itu lebih baik daripada kita lupa tujuan utama kita dihudupkan.Marilah sama-sama kita berjuang ke arah Mardhatillah.Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga banyaknya buat kalian yang mengingatinya,thank you so much to all my friends,alfu syukran Ya Akhi wa Ukhti 'Ala Kulli Hal...Ingatan kalian lebih bermakna buatku mengkoreksi diri dalam segenap aspek kehidupan supaya mencapai target hidup kita sebagai seorang manusia,hamba,rakyat,anak,pelajar,kakak,abang,adik dan seterusnya.Tiada kata yang mampu menggambarkan rasa ini.Hanya Allah yang mampu membalas segala yang telah kalian berikan.

Terimalah bingkisan ini tanda kenang-kenangan...
Yang tersenyum,
Syarifah Sajidah =)

Comments

  1. olahan yg baik..potret kehidupan dpt dihidupkan kembali,terlirik senyuman mahupun tawa tatkala dikenang kembali..boleh bg la 3 bintang & boleh tingkatkan lagi..yg penting ada gambaq Huwairi..yeayyy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran Jazilan...Itu shj yang termampu,semoga terhibur.3 bintang je?xpe,Alhamdulillah dh syukur sgt.teruskan membaca.=)

      Delete
  2. nusaibahhh ana rasa macam nak nanges baca entry enti nie...huwaaaaaaaaa rindunya kat entiiii isk isk isk. kan best kalau kita boleh blajaq tempat sama,kelas sama mcm dulu2 :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana pun rindu enti jugak madihah.kita rapat pun msa nak msuk form 1 kan.tetibe je nt kol ana msa tu kn.ana ingt g.tu lah..tp da rezeki kita lain2,nt kt UIAM,ana kt UNISZA...insyaAllah da rezeki keja sma2 nnt.thanks sgt2 coz support ana. bcalah slalu =)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apa maksud Menanti Februari yang sebenarnya?

(Review) Raudhah,Aku Mencintaimu Kerana Allah

(Review) Cinta Potato Spring