Salam Ukhwah Fillah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Salam Sejahtera buat semua pada pagi suram nan indah lagi nyaman.Suhanallah
Subhanallah walhamdulillah walailahaillah wallahuakbar walahaulawaquwwata illa billah...


Falling in Love
Dalam kesibukanku dengan pelbagai tanggungjawab dan amanah selama ini membantutkan penulisanku diteratak blog kecil ini.Tapi kini kusedar dalam kesibukan itu tersembunyi kelapangan yang penuh keberkatan.Kini kucuba lapang-lapangkan waktu itu untuk menyapa sahabat sekalian dengan SALAM UKHWAH FILLAH.Semoga pertemuan dialam maya ini membolehkan kita saling bertukar-tukar pendapat dan saling memperingati antara satu sama lain.

Di Sini Bermula

Mungkin sahabat sekalian hairan kn? blog ini boleh tahan jugalah lamanya bertapak di sini tapi karyanya tidak bertambah dan tidak berkurang.(ye dak?hehe) Sebenarnya kuterpanggil untuk membuat blog ini setelah menyedari diriku suka menulis,berkarya dan bermadah pujangga saat dilanda masalah,stress belajar,dan semasa kebosanan.Setelah mengetahui abangku juga salah seorang yang giat menulis dan berkongsi sesuatu diblognya,kumula mencari dan membacanya.(aahhh nikmatnya rasa apabila membaca penulisannya walaupun baginya apalah sangat kan...) Kemudian pada suatu hari kakak angkatku ada menceritakan tentang sebuah blog yang dibacanya.Sungguh menarik tika kubertapak di blog itu.Setiap satu isinya kutatapi.Hatiku mula tertarik untuk meneruskan hasratku.(tapi tak buat lagi tau.hehe) Dia juga ada memberitahu,seorang sahabatnya memintanya untuk membuat blog.Kata sahabatnya,dia berpotensi dalam menyampaikan dakwah kerana dia dilihat kuat berhujah dan suka menyampaikan pendapat yang bernas berdasarkan fakta yang dipelajarinya.Menurut sahabatnya juga,jika tidak mampu untuk menyampaikan dakwah BilLisan,dakwah melalui penulisan pun boleh memberi impak yang sama besarnya.Namun dia menyatakan bahawa dia tidak minat menulis tetapi dia lebih suka menyampaikan pendapatnya dengan berbicara.Pabila kusedari kelebihanku lebih kepada tulis menulis,maka ingin kugilapnya dengan cara tersendiri disamping dapat melebarkan sayap dakwahku dengan mencuba bidang penulisan ini,maka dari situlah bermula wujudnya blog ini.(ha..panjang sungguh citanya.hurm.pastu,baru buat)

Perkembangan dulu-dulu

Kalau ada yang tertanya lagi,kenapa baru sedikit je karya?
Hurm nak jawab macam mana eh...
Beginilah,semasa buat blog ini,diriku sedang menuntut di kolej matrikulasi.Masa itu pula,exam mula bertandang,kalau tidak salah dan silaplah rasanya.Pokok pangkalnya banyak benda hendak fikir dan perlu fokus,jadinya diriku meluangkan masa kepada yang lebih utama dululah.Idea nak menulis pun tak muncul sangat.Budak-budak lagilah katakan (hehehe...) Bagiku,komitmen penting untuk merealisasikan sesuatu perkara dengan hasil yang ummmppphhh dan terbaik.Oleh sebab,diri yang kerdil ini pula jenis yang mahukan ketelitian dan kesempurnaan yang membuatkan semua itu mengatasi segalanya.

Sekarang !

Sekarang semua itu bukan lagi alasan untukku berdalih lagi kerna jari dan idea kini membuak-buak,meminta untuk dicurahkan buat semua sahabat.(takkan sebab tu je?) Tidak juga sebenarnya.Setelah bertahun menyepi,kini diri semakin dewasa,minda semakin terbuka melihat keperluan ummah.Dalam masa yang sama,ramai yang menjadi dan memberi inspirasi kepadaku supaya menulis samada secara langsung ataupun tidak langsung.Wujudnya karya mereka bagai cendawan tumbuh setelah hujan,terlalu banyak.Maka diriku tercabar untuk memulakannya.Masa lapang kini terbentang luas dengan adanya cuti akhir semester 1 selepas bergelar mahasiswi di sebuah universiti tempatan.(aik...dah masuk universiti?hihi)

Banyak pula idea ye...

Rasanya setakat ini sahaja coretan ukhwah untuk sahabat sekalian.Semoga ukhwah yang terbina ini mampu menjadi bekalan kita di Akhirat.Sama-samalah kita menggunakan medium ini sebagai wadah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan berkongsi nasihat serta pendapat agar mendapat redha Allah.

"Sahabat yang Baik ialah mereka yang seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun selepas aku mati."

Comments

Popular posts from this blog

Mini Birthday Giveaway by MiminAdam

(Review) Raudhah,Aku Mencintaimu Kerana Allah

[Join] GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM