Isteriku Geng Usrah (Siri 1)

AKU

Aku seorang insan yang bernama lelaki. Aku hanyalah insan biasa yang telah dilahirkan di dalam keluarga yang mendapat didikan agama yang baik. Aku bukanlah budak usrah dahulunya. Aku tak suka komitmen dengan manusia usrah. Tetapi aku suka mencari ilmu dan belajar di masjid apabila ada pengajian kitab dan ceramah umum. Meskipun aku pernah terjebak dengan usrah. Itupun usrah di sekolah. Semua wajib hadiri sebagai aktiviti sekolah.
Aku ni bukanlah teruk sangat sebenarnya. Aku pernah mengenali usrah ini sejak zaman sekolah lagi. Aku adalah salah seorang budak surau dan AJK Biro Dakwah di sekolah meski aku bukanlah budak sekolah aliran agama sepenuhnya.
Nak kata baik sangat tidak juga,nak kata kpop sangat pun tidak. Apa yang pasti ibubapaku mendidikku dan adik beradik dengan asas Islam yang lengkap dan sempurna. Walau apapun,masing-masing tetap berjaya untuk membawa haluan mengikut acuan yang telah diterapkan oleh ibu bapa kami.
Adakalanya hidup baik ini akan teruji jua. Benarlah firman Allah yang mengatakan "Tidak sempurna iman seseorang jika mereka tidak diuji dengan apa yang mereka perkatakan." Ya...aku pernah mengalami fasa turun dalam hidup aku dek kerna kejutan budaya di universiti. Sepanjang perjalanan turun naik itu, aku banyak berfikir dan sentiasa berfikir. Kadangkala aku rasa, aku lalai. Sesekali aku diketuk ingatan oleh Allah.
Dalam fasa itu,usrah ke mana,semua tak tentu di mana,cuma satu aku tak tinggal ialah pergi ke masjid atau surau. Hmm....pergi ke masjid itu tak bermakna solat berjemaah tau tapi aku tetap pergi. Entah kenapa hatiku akan tenang pabila menjejaki rumah Allah.
Aku nak cakap aku lalai, leka dan alpa secara 360° tu tak juga sebab aku masih berpegang pada sebuah prinsip sejak kecil yang sentiasa membentengi aku daripada melakukan sesuatu yang buruk. Prinsip itu aku tanam dan tak pernah berubah. Sejauh mana aku jatuh, aku cuba bangun untuk menegakkan prinsip itu. Nak tahu apa prinsip aku?
Sambung...

Siri 2
Nak tahu apa kesinambungan kisah Aku,isteriku dan geng usrah?
Ketik LIKE dan SHARE

KISAH INI TIADA KAITAN DENGAN PENULIS, SESIAPA YANG MASIH HIDUP ATAU SUDAH MENINGGAL DUNIA. KISAH INI HANYA REKAAN SEMATA-MATA. SEMOGA MENDAPAT IBRAH DARIPADA GARAPAN INI.
Nukilan,
Ummu Mariah Solehah
22 Januari 2018
12.36AM

Comments

Popular posts from this blog

Mini Birthday Giveaway by MiminAdam

(Review) Raudhah,Aku Mencintaimu Kerana Allah

[Join] GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM