Bicara Tanpa Suara

Pertemuan itu sepertinya tak disengajakan,
Perpisahan itu tak pernah kita idamkan,
Setiap yang berlaku antara kita ada yang mengaturkan,
Kadang terasa seperti susah untuk digambarkan,
Namun ikatan hati kerana Allah itu terlalu bermakna,
Meski tak pernah berbicara secara terbuka,
Sepertinya hati kita berkata-kata menyampaikan rasa,
Kadang tak pasti bicara itu bermakna,
Atau hanya permainan minda sahaja,
Kupernah berharap ianya menjadi realiti,
Bukan hanya fantasi sendiri,
Tapi aku yakin Dia lebih mengetahui,
Mungkin semua ini hanya ujian buat diri,
Atau belum tiba masanya lagi,
Kita mahu pertemuan tanpa pengakhiran,
Sunnatullah hidup ini berpasangan,
Ada permulaan ada juga pengakhiran,
Ketahuilah segalanya telah dicoretkan,
Yang kekal hanyalah di negara abadi,
Jika tidak di dunia ini,
Moga kita dipertemukan di sana nanti.

Nukilan Hati,
Ummu Mariah
080818

Comments

Popular posts from this blog

Let's Join Giveaway 7 HARI by Syira Lokman

Mudahnya Menjadi Mujahid & Mujahidah

Giveaway 5K Dunia sebenar Shida