Posts

GENAP 2 BULAN KELAHIRAN MUJAHIDAH HATIKU

MARYAM ANEESAH nama diberi yang mana diambil sempena nama sahabiah Maryam,ibu kepada Nabi Isa. Kisah Maryam merupakan lambang wanita solehah yang amat menjaga kehormatan diri. Beliau dipilih oleh Allah menjadi seorang ibu kepada seorang Rasul dengan tidak dikahwini dan disentuh oleh mana-mana lelaki.  Sungguh unik dan istimewa apabila Allah merakamkan kisahnya dalam Al-Quran. Satu-satunya surah dengan nama wanita dan lengkap cerita yang memberi ibrah. Boleh juga ikuti kisah maryam selanjutnya dalam video 👇 Maryam Ibu Nabi Nama ini diabadikan kepada susuk tubuh kecil ini supaya dapat mencontohi keperibadian sahabiah ini. Harapan sebagai ibu bapa juga dia menjadi anak perempuan yang memberikan teladan baik kepada insan disekelilingnya.  Maryam nama yang indah, lambang kasih sayang dan kesucian sebuah ikatan cinta agung. Ummi abah mengharapkan Maryam bijak menjaga diri sebagai seorang anak perempuan, ketahuilah segala perbuatan baik mahupun buruk seorang anak perempuan itu memberi kesan

Siapakah itu?

Siapakah itu? Hadirnya tak diduga, Mengetuk rasa dijiwa, Wujudnya tak terasa, Tak pernah kuduga, Katanya penuh makna, Sungguhnya penuh usaha, Aku biar tanpa bicara, Kata itu menggugah minda, Masa berlalu, Kubiarkan buntu, Rupanya dia tertunggu, Aku biarkannya pilu, Dengan kata sungguh jitu, Kusangka itu akhirnya, Takdirnya Maha Esa, Mengenali kita seadanya, Biar dikejar,dapatnya tiada, Biar diabai,itu jawapannya, Sungguh Allah tahu, Isi hatimu, jalan doaku, Bicara hatiku, dakwa cintamu, Akurku dengan takdirMu illahi, Memberi rahsia cinta hakikiMu, Melalui jiwa suci yang mencintaiMu. Nukilan hati, 130719

Bicara Tanpa Suara

Pertemuan itu sepertinya tak disengajakan, Perpisahan itu tak pernah kita idamkan, Setiap yang berlaku antara kita ada yang mengaturkan, Kadang terasa seperti susah untuk digambarkan, Namun ikatan hati kerana Allah itu terlalu bermakna, Meski tak pernah berbicara secara terbuka, Sepertinya hati kita berkata-kata menyampaikan rasa, Kadang tak pasti bicara itu bermakna, Atau hanya permainan minda sahaja, Kupernah berharap ianya menjadi realiti, Bukan hanya fantasi sendiri, Tapi aku yakin Dia lebih mengetahui, Mungkin semua ini hanya ujian buat diri, Atau belum tiba masanya lagi, Kita mahu pertemuan tanpa pengakhiran, Sunnatullah hidup ini berpasangan, Ada permulaan ada juga pengakhiran, Ketahuilah segalanya telah dicoretkan, Yang kekal hanyalah di negara abadi, Jika tidak di dunia ini, Moga kita dipertemukan di sana nanti. Nukilan Hati, Ummu Mariah 080818

Isteriku Geng Usrah (Siri 3)

Liku Setiap kehidupan insan akan dilalui dengan penuh berliku. Begitulah juga kehidupan aku. Padaku liku-liku kehidupan itu hanyalah permainan dunia yang sementara dan ianya menjadi lumrah kehidupan. Aku rasa aku mampu untuk melalui liku-liku kehidupan yang kata orang perkara biasa sebagai manusia.  Tetapi kini aku rasa tidak mampu untuk menghadapi dugaan seperti ini. Aku diuji dengan dugaan hati dan perasaan. Sebagai seorang pelajar bidang kejuruteraan, aku dikelilingi dengan ramai kawan yang hidupnya bebas. Maklumlah universiti di tengah bandaraya. Meskipun pelajar wanita di fakulti aku hanyalah 30 peratus berbanding pelajar lelaki, namun kemahiran memikat seorang wanita itu lebih menakjubkan apabila sasaran mereka itu tepat. Wanita dengan kemahirannya manakala lelaki dengan kelemahannya. Aku melihat sendiri perubahan hidup sahabatku saat hati diketuk seorang wanita cantik. Kemana sahaja pasti bersama. Tiada siapa mampu menegur pastinya menyinga. Sampai suatu ketika aku be

Isteriku Geng Usrah (Siri 2)

Prinsip Ketika aku kecil, aku mempunyai cita-cita untuk menjadi yang terbaik dalam segala hal. Mungkin kerana aku terbawa-bawa kisah Sultan Muhammad Al-Fateh ketika aku masih bersekolah rendah. Kisah itu sangat meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri saya. Sejak itu saya bercita-cita untuk menjadi generasi yang menyumbang ke arah kebangkitan Islam. Besar betul cita-cita aku. Aku pun hairan bagaimana timbulnya perasaan itu padaku? Mungkin kerana budak-budak kalau dah suka kisah tu,dia akan berangan-angan. Abaikanlah kisah itu. Sehinggalah aku dewasa pada usia sekolah menengah, kudapat rasakan yang cita-citaku itu bukanlah angan-angan kecil. Pada usia ini, kulihat CINTA ujian terbesar para remaja. Dengan takdir Allah, aku terbaca kisah remaja yang hanyut dengan cinta dan remaja yang tidak terpedaya dengan cinta. Keteguhan pegangan semasa kecil itu semakin teguh apabila aku berpegang teguh dalam soal cinta. Ikhtilat itu pemusnah hidup remajaku. Jadi aku terfikir,jika ak

Isteriku Geng Usrah (Siri 1)

AKU Aku seorang insan yang bernama lelaki. Aku hanyalah insan biasa yang telah dilahirkan di dalam keluarga yang mendapat didikan agama yang baik. Aku bukanlah budak usrah dahulunya. Aku tak suka komitmen dengan manusia usrah. Tetapi aku suka mencari ilmu dan belajar di masjid apabila ada pengajian kitab dan ceramah umum. Meskipun aku pernah terjebak dengan usrah. Itupun usrah di sekolah. Semua wajib hadiri sebagai aktiviti sekolah. Aku ni bukanlah teruk sangat sebenarnya. Aku pernah mengenali usrah ini sejak zaman sekolah lagi. Aku adalah salah seorang budak surau dan AJK Biro Dakwah di sekolah meski aku bukanlah budak sekolah aliran agama sepenuhnya. Nak kata baik sangat tidak juga,nak kata kpop sangat pun tidak. Apa yang pasti ibubapaku mendidikku dan adik beradik dengan asas Islam yang lengkap dan sempurna. Walau apapun,masing-masing tetap berjaya untuk membawa haluan mengikut acuan yang telah diterapkan oleh ibu bapa kami. Adakalanya hidup baik ini akan teruji jua. Ben

Apa maksud Menanti Februari yang sebenarnya?

Selamat pagi... Entri kali ini santai2 je sebabnya rasa geram sangat tak terluah...gara-gara sebuah drama melayu...kadang bila difikirkan perkara ini reflek kehidupan kita di alam realiti...Jadi saya risau kalau yang berlaku itu disekeliling kita.Lebih baik saya luahkan rasa ini supaya semua tahu tentang ini dari sudut pandang peribadi saya. Biasalah hidup kadang tersungkur,kadang bangun...tetapi kala hati diketuk supaya sedar,hargailah sebelum hidup gelap selamanya...ok jom baca apa saya nak cerita tentang "Menanti Februari" setakat episod 3.Rasa tak sanggup nak teruskan tengok sampai ending.Barisan pelakon mantap bawak watak masing2 sampai saya geram yang sangat mendalam. Menanti Februari -Ari kahwin slps bljr workaholic utamakan kerja abaikan isteri yang baru kahwin benarkan kawan lelaki teman isteri dia ke mana2 isteri sakit diabaikan good looking tp hmmm... family masalah wlpn kaya janji xpernah tunai tak cemburu langsun