Posts

Showing posts with the label Qudwah Hasanah

Nantikan Dia Atau BerUsaha?

Image
Apakah yang harus kita nantikan? Apakah yang harus kita usahakan sebenarnya? BerCinta atau BerDakwah ? Tentang " BerCinta " kita selalu dinasihatkan untuk nantikanlah, Belum tiba masanya lagi, Belajar dahulu, Cinta itu fitrah,rasanya akan datang dan akan pergi, Kadang tanpa kita sedari dia hadir, Masa kita tak bersedia,dia muncul, Kemunculannya sangat kita raikan tanpa berfikir panjang. Kerana Cinta itu dirasakan INDAH. Tentang " BerDakwah " kita selalu diminta untuk sampaikanlah, Cubalah buat sebaik mungkin, InsyaAllah boleh, Dakwah itu amanah,kedatangannya sukar diramal,kepergiannya tidaklah sekali. Kadang hadirnya tanpa kita sedari, Saat kita ta bersedia,dia muncul, Kemunculannya membawa kita kepada keputusan yang lama, Kerana Dakwah itu dirasakan SUKAR. Apakah sebenarnya kita harus lakukan? Tiada keindahan tanpa kesukaran, Tiada Fitrah tanpa amanah, Tiada Cinta tanpa Dakwah . Maka bercinta lah dengan berdakwah .  smil...

Pesan Murabbi "Mujahadahlah"

Mujahadah, Sebuah perkataan yang mudah, Sentiasa meniti di bibir seorang daie, Namun ianya tak semudah bicara, Bagi yang pernah merasainya, Mujahadah, Itulah bersungguh-sungguh, Ringan disebut,berat di jiwa, Indah suku katanya, Sentiasa menyebak di dada, Sentiasa membuat sesak di dada, Mujahadah, Begitulah gambaran, Sukar dilaksanakan, Perlukan kekuatan dalaman, Sedalam-dalamnya nafsu dilawan, Mujahadah, Kesibukan duniawi diletakkan di sisi, Kerana di sana ada kesibukan ukhrawi, Menjadikan akhirat dihadapan, Dunia itu pilihan, Menjadikan amal dunia, Membawa ke syurga, Semuanya demi satu Natijah, Ianya MUJAHADAH. Nukilan Hati, Serikandi Solehah. Isnin (16/3/2015) 10AM

Mudahnya Menjadi Mujahid & Mujahidah

Image
Assalamualaikum wrt. Genap 10 hari diri ini berumur 21 tahun... Masih dalam pencarian... Mencari hati dalam keredhaan Allah... Hijrah menuju Allah... Hari ini saya teringin sangat berkongsi tentang dua orang anak muda yang boleh kita contohi dan dijadikan kehidupan mereka dahulu sebagai ROLE MODEL buat kita yang masih bernyawa dan meniti perjalanan sebuah ranjau kehidupan. Kisah ini tentang MUJAHID & MUJAHIDAH di jalan Allah yang masih meniti di bibir semua orang terutamanya di Facebook.   KINI BERMULA KISAH MEREKA...JOM SAMA-SAMA KITA TELUSURI DENGAN HATI NURANI KITA =) MUJAHID & MUJAHIDAH yang patut dicontohi. Masing-masing telah pergi menghadap Ilahi dalam usia 20 tahun pada tahun 2013. Luangkan sedikit masa untuk menghayat i kisah mereka berdua. Semoga ia bermanfaat untuk kita bersama. ~Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam~ Beliau digelar oleh sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid yang tertangguh”. Ahmad Ammar Ahmad Azam telah per...