Pertemuan Pertama Kita

Assalamualaikum w.r.t, entri kali ini saya teringin mengabadikan kisah pertemuan pertama saya dengan warga-warga UniSZA yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan meletakkan saya berada di tahap sekarang ini.

Alhamdulillah,saat diri duduk tenang memikirkan tentang masa hadapan kehidupan sebagai seorang pelajar...


Teringat saat saya menerima keputusan UPU dahulu semasa di Kolej Latihan Pergigian Malaysia (KLPM). Saya seawalnya mendapat mesej daripada seorang kakak yang mambantu saya untuk cek keputusan tersebut kerana saya tidak mempunyai laptop di sana. Beliau memberitahu bahawa universiti yang telah ditawarkan kepada saya berdasarkan permohonan di "http://upu.mohe.gov.my/" ialah Universiti Sultan Zainal Abidin dengan program pengajian berkod DC27.Saya tidak mampu untuk menggambarkan samada saya gembira atau tidak. Apa yang pasti,hajat saya untuk memasuki universiti telah menjadi kenyataaan.



Kenangan !


Walau bagaimanapun,bermula detik itu saya amat berharap saya dapat mengenali senior dalam bidang yang akan saya belajar nanti. Mereka pasti hebat-hebat belaka. Bagi saya tanpa mereka,saya tidak mampu untuk mengharungi cabaran-cabaran dalam kos ini. Memandangkan saya terlalu baru dan masih bertatih untuk mengenali bidang ICT ini. Saya bukanlah rakan karib komputer atau gajet-gajet seperti kebanyakan remaja sekarang. Saya hanya mula mendekati komputer dengan lebih rapat sejak berada di matrikulasi. Itu pun kerana saya dapat modul yang ada Sains Komputer. Makanya pengharapan saya untuk merapati senior sangatlah menggunung disebabkan kos yang saya dapat ini bukanlah kos yang saya minat pada masa itu dan bukan juga pilihan saya. Namun saya bersyukur kerana ditawarkan kos tersebut daripada saya tidak mendapat apa-apa tawaran universiti. Menurut murobbiah saya di matrik, risiko untuk pelajar matrikulasi, tidak mendapat tawaran universiti sangatlah sedikit kerana setiap pelajar matrikulasi telah diperuntukkan untuk mendapat tawaran tersebut. Saya amat yakin itulah rezeki yang sebaiknya untuk masa depan saya nanti. Saya juga yakin antara sebab Allah meletakkan saya ke dalam kos ini adalah kerana ingin saya memberi sumbangan kepada Islam dalam bidang yang jarang dikuasai orang seperti saya. Begitu jugalah pandangan daripada murobbiah saya. Mari kita berfikir sejenak,saya pasti,jika kita menyebut SAINS KOMPUTER, apa yang akan terlintas dalam pemikiran kita? Mungkin kos ini ramai lelaki, mungkin kos ini sedikit sahaja perempuan, mungkin tidak ada yang bertudung labuh dan pelbagai lagi paradigma kita. Tapi jangan risaulah, semua ini hanya paradigma dan pemikiran kita sahaja. Berkat keyakinan, saya mendapat sesuatu yang sangat luar biasa sejak berada di sini. Mungkin saya tidak akan dapat jika berada di tempat lain.




KMPP >> KLPM&PPKK >> UniSZA




Hadirnya saya dengan 1 cita, 1 harapan ,dan 1 amanah. Saya membawa kata-kata itu semenjak menerima tawaran UniSZA dan saya sedar setelah meninggalkan KLPM & PPKK (SPA,Jururawat Pergigian),saya hanya ada UniSZA sebagai peluang terakhir bagi mencapai cita-cita saya dalam menggapai ketinggian ilmu. Saya sedaya upaya berusaha melakukan yang terbaik kerana di sinilah segalanya.

Berbalik kepada harapan awal saya setelah masuk universiti ialah mengenali senior dan menimba ilmu daripada mereka selain kawan-kawan dan pensyarah-pensyarah. Saya juga amat berharap dapat meneruskan tarbiyah diri dan dakwah di UniSZA. Misi saya dimulakan setelah menjejakkan kaki ke UniSZA pada 3 September 2012. Minggu pertama sesi pengajian semester 1,tahun 1,saya mengikuti sesi jadual pembelajaran seperti biasa. Serasa saya,semasa mendaftar dan mengikuti kuliah selama seminggu, saya tidak kenal langsung dengan senior-senior fakulti saya. Mudah cakap tidak pernah tahu keberadaan senior. Terfikir juga,"mana p habih senior-senior fakulti aku ni,bersembunyi kat mana?kat fakulti pun tak jumpa,kat blok lagilah tak jumpa masa tu." Keinginan yang kuat itu membuatkan saya sentiasa mencari-cari dan memohon kepada Allah supaya jangan ditarik nikmat semangat berkobar-kobar untuk menuntut ilmu di bumi timur ini.

Alhamdulillah dengan kuasa dan takdir Allah, sedikit demi sedikit Dia menghantar bantuan tentera-tenteraNya. Pada suatu malam 11 September 2012, kira-kira jam 11.17 PM saya mendapat satu mesej daripada nombor yang tidak dikenali.


Mesej

Ketika itu saya berasa amat bersyukur kerana salah satu penantian dan harapan yang saya ternanti-nanti selama ini terrealisasi. Allah telah menemukan saya dengan akhawat setarbiyah. Bukan “senior fakulti saya” lagi ye. Baru senior fakulti ‘Food Tech’. Mesej punya bermesej, rupanya beliau mahu mengajak saya ke rumah sewa beliau kerana akhawat mengadakan sedikit jamuan makan bersama pada malam 12 September 2012 itu. Disebabkan saya tiada kenderaan untuk ke rumah beliau, beliau memberitahu bahawa saya akan dijemput oleh seorang lagi akhawat.




Mesej


Jam 6.25 PM pada 12 September 2012, saya pun hubungilah akhawat yang beliau maksudkan.Terdetik lagi kesyukuran yang teramat sangat kerana seorang lagi akhawat setarbiyah, senior diploma fakulti perundangan, telah dapat dikenali. Bertambah lagilah saham pahala setelah terjalinnya ukhuwah islamiah ini. InsyaAllah. Walaupun beliau bukan lagi senior sefakulti yang saya cari-cari. Tepat jam 7.40 PM, beliau datang mengambil saya di blok dan bersamanya beberapa lagi akhawat lain. Saya sangat gembira saat mula bertemu beliau dan akhawat-akhawat lain. Bersama mereka terasa semakin dekat perjalanan pencarian saya. Kalau tidak silap semasa bertaaruf dalam perjalanan ke sana, beliau ada memberitahu yang ada juga senior fakulti saya yang tinggal di rumah sewa tersebut. Alangkah bahagianya hati setelah rasa naluri sebelum ini,kini menjadi kenyataan. Perasaan membuak-buak rasa ingin bertemu beliau terus menyelubungi diri ini.

Sesampai di rumah sewa milik akhawat-akhawat dan senior-senior UniSZA,mulut saya tiba-tiba terkaku malu. Hanya yang mampu dilakukan ketika itu ialah mengikut sahaja apa yang mereka buat. Dalam masa yang sama saya sangat terkejut kerana ramai sungguh yang berada di sana. Malu menyusup ke dalam kalbu. “Alamak ramainya,nak buat apa ni?” Hati tertanya-tanya,“mana satu kakak yang membahasakan dirinya kak syira ni?” Saya terus mencari sambil mengikut sahaja kakak-kakak yang datang dengan saya tadi. Mereka salam, saya pun salamlah. Tidak berapa lama selepas itu saya bersalam dengan seorang kakak yang memakai tudung labuh berwarna kelabu, beliau bertanya,“Nusaibah ya?” Beliau memberitahu, dialah kak syira. “Ana masrurun jiddan!” Itulah pertemuan pertama kami. Kami bersembang sekejap,dan tidak semena-menanya,beliau juga mengeluarkan topik yang rumahnya ada seorang senior fakulti saya. Dalam kekalutan selepas solat maghrib dan jamuan makan, jejak senior saya tidak dapat dikenalpasti oleh kak syira. Cumanya beliau ada menunjuk  ke arah seseorang, katanya “yang itu senior anti,yang baju terquoise tu”. Aishhhhh...misteri sungguh nak jumpa senior pun... Pertemuan pertama kami pada masa itu, saya cuma dapat lihat beliau dari arah belakang. Beliau sibuk ke sana ke mari tidak henti-henti,menyediakan makanan untuk kamilah katakan. Agak malang bagi saya kerana saya tidak dapat mengecam mukanya.


Pertemuan pertama hari itu, menghasilkan satu kisah kecewa dalam kebahagiaan. Saya tidak dapat bersua dan bersembang sedikit pun dengan senior saya. Saya hanya dapat tahu namanya daripada kak syira. Itu pun mana saya ingat sangat kerana tidak dapat bersembang dengan tuan empunya badan. Namanya mungkin ter’save’ dalam ingatan jangka pendek sahaja. Puncanya mungkin disebabkan ’cover’ segan juga. Pulanglah diriku dengan hampanya ke asrama malam itu. Walau apapun, misi menjejaki senior masih tetap dilakukan. Bezanya jejak saya kali ini berbekalkan sedikit maklumat tentang salah seorang senior saya. Sedikit terubat hati yang berduka. Namun,begitulah permulaan jalan-jalan tarbiyah sebenarnya...

PENANTIAN SATU PENYEKSAAN...

Adakah penantian itu berakhir? Bilakah semuanya bakal berakhir? Bagaimanakah jejak senior itu ditemui? Apakah yang berlaku seterusnya? Semuanya dalam siri ke-2, JEJAK SENIOR...

Nantikan...

Comments

  1. hhee.. semangat hana nk membaca ;) hhee.. nie bwu ade mse nk blogwalking blog kwan2;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai,hana ni,nak walk msa teratak ni serabut serabai sbb nus bru nak ubah cket suasana teratak nih...selamat membaca ape2 pun...thanks

      Delete
  2. Replies
    1. Syukran...ni je ana mmpu,tggu ilham siri kedua pulak ye...hehe

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apa maksud Menanti Februari yang sebenarnya?

(Review) Raudhah,Aku Mencintaimu Kerana Allah

(Review) Cinta Potato Spring