Posts

FITRAHKAH RASA ITU?

Image
Tatkala mentari menyepi,diriku termangu memikirkan hidup yang telah kulalui selama ini.Awan nan menghitam,membawa bayu kesedihan pergi berlalu dariku.Terkenang daku dek satu kisah yang memberi satu kesedaran buat kita manusia yang alpa dengan rasa itu,rasa Cinta,Kasih dan Sayang... HAYATILAH wahai sahabat-sahabatku, Sirah Tarbawi Kisah ini berlaku di Andalus,Sepanyol di mana terdapat 2 orang kanak-kanak lelaki yang sebaya di suatu lokasi yang sama namun dalam situasi dan waktu yang berbeza. Pada suatu hari,2 orang perisik menemui seorang kanak-kanak lelaki bersama senjata kayu sambil menangis bersungguh-sungguh dan 2 perisik tersebut bertanya dalam keadaan hairan,"kerana apakah kamu menangis wahai anak?"."Saya menangis kerana kecewa,bapa dan abang-abang saya tidak membenarkan saya turut serta dalam peperangan sedangkan saya terlalu berhajat untuk mati syahid. Langsung gementar hati 2 perisik tersebut mendengar jawapan penuh semangat dan berani kanak-kanak i...

Dari Langit Kerinduan itu

Image
Dari langit kerinduan, Aku betul-betul rindu padaNya, Betapa aku rindu padanya, Aku sungguh-sungguh rindu padaNya, Entah mengapa aku begitu merindu Rindu dengan perjuangan yang agung Perjuangan meneteskan keringat untukNya,karenaNya Perjuangan menangis dipangkuannya Perjuangan meratapi dosa di tengah malam Bersamanya, berdua dan berdua, Dia, dia yang selalu kuharapkan Dia, dia yang selalu kurindukan Dia, dia yang selalu kudambakan,, Sebenarnya aku malu berkata Cinta kepadaNya, Kerana Cinta itu terlalu indah buatku Sedangkan aku sering leka dan alpa dgn tanggungjawabku, Tapi aku berharap dengan tersuntingnya Cinta Teragung Bisa menjadi jalan bagiku Untuk meraih ridho dan kasih sayangNya Di langit kerinduan ini, Jiwa yang redup redam dalam mencintaiNya Berharap, Dia membimbingku, Menjadi jiwa yang tunduk dan dia mendampingiku Dalam harapanku,dalam rasaku meraihnya, Di langit kerinduan Dalam tetesan air mata Aku terus berha...