Posts

Showing posts with the label Review Buku

(Review) Cinta Potato Spring

Image
Assalamualaikum wrt wbt. Alhamdulillah saya baru sahaja selesai mengkhatamkan novel CINTA POTATO SPRING karya Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi. Tercapai sudah satu Reading Goal saya setelah tamat belajar dan sebelum Latihan Industri nanti. Novel ini saya beli di Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2015 bersama 3 buah novel lagi karya mereka. Harga Promosi buku baru karya mereka di booth Sebarkan Bahagia Resources ialah 4 buah RM 50. Apa lagi tunggu kan keluarkan baucer buku anda. heeeee Oklah selesai merapu sekejap. Kita bercerita pula tentang novel ini. Novel ini mengandungi 14 bab dan di dalamnya ada sub topik yang berkaitan. Novel ini mengetengahkan beberapa watak iaitu Watak Utama : Ameen Watak Sampingan: 1) Harris 2) Harteena 3) Ustaz Mistari 4) Ustazah Halimah 5) Ustazah Asiah 6) Hanis 7) Ustaz Hashim 8) Asyraf 9) Beberapa watak sampingan lain Cinta Potato Spring ini mengisahkan tentang seorang mahasiswa di sebuah univer...

(Review) Raudhah,Aku Mencintaimu Kerana Allah

Image
Assalamualaikum wrt.  Entri kali ini saya ingin berkongsi dengan semua tentang sinopsis novel karya Ramlee Awang Murshid dan pendapat saya setelah pertama kali memilih novel terbitan Alaf21 dan   Karangkraf  sebagai bahan bacaan semasa cuti semester di samping 3 bahan bacaan lain. Alhamdulillah pada 20 Januari 2015 selesai sudah saya mengkhatam novel ini. Dalam perkiraan, saya mengambil masa dalam sebulan juga untuk menghabiskan buku ini kerana tuntutan peperiksaan semasa saya meminjamnya pada 20 Disember 2014 dan tuntutan tugasan bersama keluarga setelah pulang bercuti. (nampak macam setahun baca satu novel. hahaha) Kebetulan saya jenis suka menghayati dan berimaginasi ketika membaca. Makanya pembacaan saya jadi lambat sedikit walau apapun inilah satu-satunya novel yang saya habiskan dalam masa yang agak pendek. (buku lain lagi lama, amik kau. hehe) Saya juga tidak suka melangkaui setiap kronologi cerita sesebuah novel. Panjang pula saya cerita tentang say...