(Review) Cinta Potato Spring


Assalamualaikum wrt wbt.

Alhamdulillah saya baru sahaja selesai mengkhatamkan novel CINTA POTATO SPRING karya Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi. Tercapai sudah satu Reading Goal saya setelah tamat belajar dan sebelum Latihan Industri nanti. Novel ini saya beli di Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2015 bersama 3 buah novel lagi karya mereka. Harga Promosi buku baru karya mereka di booth Sebarkan Bahagia Resources ialah 4 buah RM 50. Apa lagi tunggu kan keluarkan baucer buku anda. heeeee

Oklah selesai merapu sekejap.

Kita bercerita pula tentang novel ini. Novel ini mengandungi 14 bab dan di dalamnya ada sub topik yang berkaitan. Novel ini mengetengahkan beberapa watak iaitu


Watak Utama: Ameen

Watak Sampingan:

1) Harris
2) Harteena
3) Ustaz Mistari
4) Ustazah Halimah
5) Ustazah Asiah

6) Hanis
7) Ustaz Hashim
8) Asyraf
9) Beberapa watak sampingan lain


Cinta Potato Spring ini mengisahkan tentang seorang mahasiswa di sebuah universiti tempatan yang sangat menjaga adab pergaulannya terutamanya dengan wanita. Dia telah mula jatuh cinta pandang pertama kepada seorang mahasiswi di universiti tersebut. Pada mulanya mahasiswa tersebut telah mengambil initiatif untuk meluahkan rasa hatinya terus kepada mahasiswi tersebut dan dia mendapat respon positif. Mahasiswa tersebut cuba berkongsi cerita kepada rakan sebiliknya. Namun nasihat yang diterima tidak dapat dilaksanakan kerana dia mula menyedari bahawa semua perbuatan itu telah melanggar adab dan pendiriannya.

Oleh itu, dia cuba mencari solusi kepada permasalahan yang dihadapinya itu. Akhirnya dia mengambil jalan untuk menceritakan masalahnya itu kepada seorang pensyarah yang sinonim dengan panggilan ustaz kerana beliau dan isterinya selalu diundang untuk menyampaikan ceramah tentang permasalahan CINTA. Bermula di sinilah plot cerita semakin menarik perhatian.

Bagaimanakah cara watak utama mengahadapi permsalahan cintanya?
Apakah yang dinasihatkan oleh ustaz cintanya?
Apakah yang dilakukan seterusnya oleh watak utama?
Apakah konflik yang dihadapi oleh watak-watak di dalam cerita tersebut?
Kenapa Cinta Potato Spring?hahaha...zaaaaassssss

Wah...begitu banyak persoalan. Namun saya tak mahu mendetailkan semua kisah ini. Apa yang saya ingin kongsikan, melalui pembacaan buku ini, pembaca akan dapat tahu sedikit sebanyak tentang 

1) Cara seseorang untuk meluahkan perasaan cintanya supaya lebih terarah menurut syariat.
2) Cinta bukan sekadar cinta biasa, tetapi cinta itu mestilah niatnya kerana Allah dan jalan menuju ke gerbang perkahwinan.
3) Persediaan seseorang lelaki atau wanita yang sudah mula jatuh cinta atau ingin menuju ke gerbang perkhwinan.
4) Kisah persahabatan yang diuji.
5) Sikap seorang pelajar berjaya dan sebaliknya.
6) Kebergantungan kita kepada Allah dalam setiap masalah yang dihadapi.
7) Usaha seorang pelajar bagi mencapai cita-cita.
8) Cara mneyunting gadis muslimah.
9) Adab bertaaruf dan bertunang.
10) Garis panduan islam yang berkisar tentang kehidupan seharian kita.


Tahukah kalian, Ameen dipermainkan?
Siapa yang mempermainkannya?
Adakah Ameen mengakhiri kisah cintanya dengan perkahwinan?
Siapakah pilihan hatinya?


Semestinya kalian yang membaca kesimpulan-kesimpulan ini mahukan buku ini bukan? haaa...abang2, kakak2 yang sedang dilamun cinta, sedang mencari jalan penyelesaian soal pilihan hati, gundah bagaimanakah cara terbaik meluahkan perasaan? Jom dapatkan buku ini dengan mudah di laman sesawang ini

http://www.sebarkanbahagia.com/karya-ustazah-fatimah-syarha.html

InsyaAllah berbaloi-baloi. Semoga diredhai.

QUOTE CPS

"Carilah sebab untuk mejadi kuat semangat. Jangan cari sebab untuk lemah"

"Nikah dulu baru cinta atau Cinta dulu baru nikah? Boleh pilih mana-mana satu asal taqrabunnikah bukan taqrabuzzina. Cuma kalau diluahkan kepada seseorang, bimbang ia memberi ruang kepada syaitan untuk menyesatkan kita...Mungkin terdedah kepada risiko dipermain-mainkan hati dan perasaan."

"Usah ditangisi rezeki yang belum ada, tapi tangisilah jika tidak bersyukur dengan kurnia yang ada"

Ok, tak habis lagi tau... Baru habis review buku dan promo. Tak kongsi lagi pandangan peribadi saya. heeee.

Saya sebenarnya tertarik dengan karya-karya Ustazah dan Dr. kerana buku mereka banyak menyentuh hal yang sinonim dengan kehidupan kita sebagai pemuda-pemudi Islam. Bagi melihat masa depan negara, lihatlah pemuda pemudinya. Begitulah mafhum kata-kata Imam Hasan Al-Banna. Jadi jika kita sebagai pemuda pemudi generasi masa hadapan tak mampu menghadapi cabaran pada usia ini, masakan kita mampu menjadi generasi pembangun agama. Kadang-kadang ramai bercakap, "asyik baca buku cinta je, post facebook pun semua pasal cinta", "patutlah pemikiran jiwang je, tak fikir masalah ummat?", "cuba baca buku ilmiah, biar pemikiran tu terarah sikit dengan perkara fakta, baru berfikir kehadapan, ni kannnn....hmmm,,, hati jiwa je fikir?"

Allah.Allah.Allah. tahukah sahabat sekalian, cabaran anak muda kini semudah 1,2,3... Hanya ditaburkan dengan Bunga-Bunga CINTA 1,2,3 oleh bangsa-bangsa Syaitannirrajim. Seperti kita lihat zaman ini, Budak agama mampu berdua-duan tanpa segan silu, berromen ditengah orang ramai bersama kopiah dan tudung labuh, tak kira lagi berikhtilat di laman sosial secara sembunyi (chatting, messanging), ikhtilat secara terang-terangan maklumlah. Itu baru kisah budak belajar agama. Budak yang tiada pendedahan agama sedari kecil bagaimana? Hanya Islam pada nama kerana warisan ibu bapanya. Kalau budak agama mampu berzina sehingga melahirkan, tidak kira lagi yang sanggup membahayakan nyawa sendiri dan bayi untuk mengugurkan atau membuang bayi tersebut.

Jadi, kalian masih mahu meremehkan soal cinta? InsyaAllah kisah cinta ini akan saya kupaskan lagi untuk review buku seterusnya.

Berbalik kepada isi utama, pengurusan cinta itu sangatlah besar kesannya kepada diri pencinta dan diri orang yang dicintainya. Jika dia menyalahi cara meluahkan perasaan itu, kemungkinan cintanya itu terkubur, cintanya juga mampu ditolak semudahnya dan juga mampu terkorban begitu sahaja. Pelbagai masalah bakal timbul sekiranya kita tidak dapat mengikut lunas-lunas syariat dalam percintaan. Allah mensyariatkan sesuatu pastinya ada sebab musababnya. Mengapakah kita mahu melanggarnya lagi? Kita terlupa mungkin, saat kita meluahkan itu, si dia mempunyai masalah besar lain, si dia berada dalam tekanan, si dia sibuk belajar yang mungkin boleh mengganggu fokusnya.

Cinta Potato Spring ada jawapannya.

Seterusnya, apakah persediaan kita untuk membuktikan cinta kita kepada si dia dan lebih penting kepada diri kita, keluarga kita dan bakal keluarga kita? Persediaan inilah yang sering dipandang ringan. Ramai yang hanya mengambil ayat Al-Quran seperti yang di bawah secara zahirnya atau secara maknawinya. 



Sedangkan setiap yang Allah ciptakan di dunia ini perlukan usaha bagi mencapainya. Maka adakah kita fahami kekayaan ayat di atas hanya kekayaan harta semata-mata? Duit jatuh ke atas riba tanpa di duga? TIDAK... Bagi saya apa yang Allah ingin berikan kepada kita semuanya bukan magika tetapi ada sebab dan alasan. Oleh demikian, bagi mencapai sebuah kekayaan abadi dalam kehidupan berumahtangga bermula daripada kesungguhan seseorang dalam membuat persediaan sebelum menempuhi alam itu. Kita seringkali mendengar "tak pe kalau tak dak duit atau tak cukup duit nak kahwin nanti akan datang rezeki itu." ya betul tapi adakah tanpa usaha sama sekali? jawapannya tidak. Sekurang2nya kita berusaha berbuat sesuatu bagi mendapatkan apa yang kita ingini.

Contohnya beginilah, kita mahu berjaya seperti kawan2 kita, masuk universiti keluar dengan ijazah digenggaman. Maka usahanya kita isi UPU ke apa2 borang yang sepatutnya, akhirnya dapat keputusan yang kita berjaya masuk sebuah universiti. Ibu ayah kita pun usaha menghantar kita dengan barang2 keperluan kita. Sesi pengajian bermula, kita tak pergi kelas, kita main2 dalam kelas, bercinta dengan kawan perempuan lebih daripada belajar. Akhir sekali, kita dibuang kerana gagal dalam pelajaran.

Begitu jugalah dengan perkahwinan. Kita idamkan si fulanah itu. kemudian kita tidak berusaha ke arah apa yang kita idamkan itu. Tak jumpa ibu bapanya atau walinya kerana takut2 ditolak. Tetapi kita terus pergi tanya tuan badan. Kalau ditolak atas sebab tiada bukti kesungguhan dan keberanian jumpa walinya macam mana? Kan awal2 dah kena tolak. Alhamdulillah kalau diterima. Selepas diterima apa yang kita nak buat? Berusahalah membina kemampuan diri seperti pekerjaan tetap tidak pun sumber kewangan. Anak muda sekarang fikir nak beli rumah untuk masa depan. Ya baguslah begitu. Nak tanggung anak orang kan, perlu kesungguhan. Kita sedaya upaya menyediakan keperluan asas untuk diri kita, pasangan dan keluarga kita nanti.

Ada pula orang cakap nanti yang, "dia ni mata duitan.","semua nak disediakan.","anak orang kaya ni, tak mau bersusah langsung, kata nak jadi isteri". Saya tidak bermaksud begitu, saya cuma nak berkongsi bahawa kesungguhan itu mampu menarik kekayaan selepas kehidupan berumahtangga. Tak semestinya menyediakan sebuah rumah penuh kelengkapan asas termasuk juga kelengkapan kehendak. Senang cakap semua lengkap rumah kita tu. Masuk rumah goyang kaki. Bukan begitu... Tetapi ada sebuah rumah pun dah cukup sebagai aset. Jika mampu, sediakanlah yang setimpal dengan kemampuan kita. Itu bagi yang belum bekerja, bagi yang bekerja dan stabil usahanya lain pula. Jika pendapatannya RM 1,000, sediakanlah apa yang dia mampu. Jika pendapatannya RM 5,000, sediakanlah setimpal dengan nilai itu. Jika 5 tahun bekerja, RM 10,000 sebulan, mungkin rumah atau kereta yang selesa mampu disediakan. Semua persediaan ialah bergantung kepada kemampuan masing2 kerana USAHA itu EKSKELETOR KEJAYAAN. Asalkan usaha dan berkat. Ibu dan bapa mertua pun tak nak tengok anak menantu dia susah. Mereka pun tak nak tengok banyak mana duit kita tetapi banyak mana usaha kita menjaga anak mereka yang ditatang bagai minyak yang penuh tu. Jadi bermula daripada sekaranglah titiknya. Takkan kahwin pun nak susahkan ibu bapa? Tak cukupkah kita susahkan mereka?

Sebenarnya apa saya pot pet kat atas tu lebih kepada lelaki, ada juga yang boleh diaplikasikan oleh wanita. Bagi wanita pula bukan usaha menunggu tercongok buat mulut juih gitu. Wanita usaha cara kewanitaan, ibu bapa hantar masuk U belajar betul2, siapkan diri menjadi wanita solehah, tahu seni memasak, seni menjahit, seni mendidik serta menjaga akhlak seorang wanita muslimah. Di samping kebergantungan kepada Allah supaya keluarganya itu bahagia atas asbab dia menjaga kehormatan sebagai wanita. Wanita juga boleh bersiap siaga dengan kerja, pendapatan serta aset2 yang sepatutnya bagi sama-sama membantu keluarga kita akan datang. Kita kata kita sayang dan cinta suami, jadi mungkin usaha kita untuk membantu suami kita yang entah kehidupannya seperti apa. Kalau senang, apa yang kita ada, persediaan masa susah nanti. Kalau sederhana, apa yang kita buat sekarang pelengkap. Kalau susah, apa yang kita cuba sediakan ini sebuah usaha membantu. Hah...itulah hasilnya kekayaan sesebuah keluarga kerana kayanya aura positif dan usaha.

Novel Cinta Potato Spring ada jawapan lengkap buat pembaca.


QUOTE CPS

"Along jangan tengok bagaimana mereka kahwin.Along perlu tengok bagaimana mereka berusaha"

"Benar, tuhan akan menjamin rezeki orang yang berkahwin, Tapi semua itu perlu kepada usaha, bukan menunggu dan mengharap kosong sahaja."


Ingatlah permulaan itu pahit. Pertengahan itu ubat. Pengakhiran itu manis.
Susunlah strategi, dimanakah kalian ingin memulakannya?
Tiada jalan pintas untuk mendapatkan syurga Allah.
Cabaran itu pasti.
Kejayaan itu rezeki.

Alhamdulillah cukuplah serba sedikit coretan saya buat ingatan diri, para pembaca dan sahabat2 sekalian. Penulisan Ustazah dan Dr. banyak memberi kesan mendalam di dalam kehidupan saya sebagai insan biasa. Semoga apa yang ditulis ini mampu menyebarkan aura positif dan wangian syurga-syurga ilmu. Mohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan kerana saya juga hamba Allah yang tak sempurna, mohonlah tegur diri ini. Apa yang buruk itu lontarkan jauh2, ambillah kebaikan yang boleh dikutip supaya menjadi amalan dan buah pahala di akhirat kelak. Ameeennn...

Menulis dari hati insan tak sempurna buat hati-hati insan luar biasa di luar sana.

Nukilan hati,
Serikandi Solehah
23/08/2015

Comments

  1. blogwalking sini sambil follow.... :)
    banyak review pasal buku ye..? baguss... bagusss...


    Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mini Birthday Giveaway by MiminAdam

[Join] GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM

Let's Join Giveaway 7 HARI by Syira Lokman