Penghargaan Buat Blogger Giveaway

Assalamualaikum wrt.

Alhamdulillah hari ini berkelapangan untuk mengemas blog. 2 ke 3 hari lepas saya telah mendapat tahu keputusan giveaway yang telah saya sertai. Jadi entri ini terhasil untuk menghargai pemberian para blogger yang sudi memilih saya sebagai pemenang.

Pada februari lepas pun saya ada menyertai giveaway, Alhamdulillah saya salah seorang pemenang juga. Oleh sebab saya tidak sempat untuk menukilkan penghargaan buatnya, jadi saya gabungkan sekali dua penghargaan kepada dua orang blogger muda.

Banyak persamaan giveaway-giveaway yang telah saya menangi ini. Nak tahu?Jom....

Giveaway pertama yang telah saya sertai ialah giveaway Syira Lokman. Tetapi mungkin bukan rezeki saya. Selepas itu saya cuba lagi giveaway Syira iaitu Giveaway 7 Hari By Syira Lokman. Kebetulan ketika itu minggu dan bulan hari lahir saya. Jadi saya pun cubalah sebagai hadiah kepada diri. Setelah 7 hari alhamdulillah saya berjaya memenanginya. Kebetulan lagi masa itu duit PTPTN sudah mencapai tahap kritikal akibat banyak sangat program yang memerlukan pengorbanan wang ringgit. Tahu tak saya menang apa?


http://syiralokman.blogspot.my/2015/02/tahniah-pemenang-giveaway-7hari-by.html

Haaaa...wang tunai RM10 yang telah disumbangkan oleh Sis Khaty. Sapa mimpi nak dapat duit kan? Setelah itu, saya hubungilah sis Khaty melalui FB. Sebenarnya risau juga dah lama mesej tapi tak balas-balas. Nanti tak dapat sedih la kan. Nak dijadikan cerita sabar jela, Alhamdulillah sis tu balas tepat pada masanya. Allah tahu bila yang kita sangat memerlukannya. Jadi dia tangguh sekejap dengan sis tu balas lambat kerana sibuk. Dia balas dan terus transfer duit tu melalui online banking. Tahu tak duit tu hanya RM10 tetapi berkatnya membuatkan kita rasa cukup dengan duit tu lama kottt... Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati penganjur dan para penyumbang hadiah.

Giveaway yang saya menang seterusnya ialah giveaway adik Mimin Adam. Adik kita ini buat giveaway sempena dengan hari lahirnya pada bulan Oktober. Sebelum itu Al-Fatihah buat ayahnya yang telah kembali ke rahmatullah. Sepatutnya hari lahir ayahnya adalah pada hari akhir pengumuman pemenang. Giveaway ini menuntut peserta membuat ucapan kreatif bagi Mimin. Jadi saya cubalah, walaupun nampak ala kadar, mungkin ianya bermakna buat penerima. Alhamdulillah syukur, adik Mimin telah memberi peluang kepada saya untuk memenanginya. Kali ini saya dapat apa??? 


http://www.miminadam.com/

Ya...Topup RM 10 dan terima kasih kepada sis Maisarah kerana menjadi penyumbang kepada hadiah giveaway Mimin Adam. Saya memilih untuk topup nombor celcom yang sudah lama tidak di topup. Alhamdulillah RM 10 itu sangat banyak untuk saya kerana sekarang ini jarang mesej, Semua orang nak whatsapp kan...Cuma biar bertopup untuk saat kritikal. Lagipun telefon bimbit saya sudah kritikal juga sekarang. Jadi semua ketentuan illahi itu tepat pada masanya.

Berbahagialah kamu kerana Allah sentiasa bersama saat susah senangmu. Ingatlah Allah, pasti Allah akan mengingatimu di mana sahaja dan setiap detik nafasmu diberkati hendaknya. Subhanallah.

Nampak tak persamaan?

Hari lahir dan RM10.

Allahuakbar Terima Kasih semua. Semoga Ukhuwah kita berkekalan.

Jumpa lagi entri akan datang. 

Comments

Popular posts from this blog

Mini Birthday Giveaway by MiminAdam

[Join] GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM

Let's Join Giveaway 7 HARI by Syira Lokman