(Review) Raudhah,Aku Mencintaimu Kerana Allah

Assalamualaikum wrt. Entri kali ini saya ingin berkongsi dengan semua tentang sinopsis novel karya Ramlee Awang Murshid dan pendapat saya setelah pertama kali memilih novel terbitan Alaf21 dan Karangkraf sebagai bahan bacaan semasa cuti semester di samping 3 bahan bacaan lain. Alhamdulillah pada 20 Januari 2015 selesai sudah saya mengkhatam novel ini. Dalam perkiraan, saya mengambil masa dalam sebulan juga untuk menghabiskan buku ini kerana tuntutan peperiksaan semasa saya meminjamnya pada 20 Disember 2014 dan tuntutan tugasan bersama keluarga setelah pulang bercuti. (nampak macam setahun baca satu novel. hahaha) Kebetulan saya jenis suka menghayati dan berimaginasi ketika membaca. Makanya pembacaan saya jadi lambat sedikit walau apapun inilah satu-satunya novel yang saya habiskan dalam masa yang agak pendek. (buku lain lagi lama, amik kau. hehe) Saya juga tidak suka melangkaui setiap kronologi cerita sesebuah novel. Panjang pula saya cerita tentang say...