Kini Diriku di Palestina

Karangan Cita-Citaku Untuk Majalah Sekolah Al-Imtiyaz

Dulu,

Aku pernah bercita-cita menjadi doktor,
Alasannya,
Aku nak sambut baby secara islami,
Tak naklah doktor lelaki yang sambut,
Aku juga nak tolong jemaah haji yang ke Makkah setiap tahun,
Aku juga bercita-cita nak ke PALESTIN,
Bantu jadi Doktor Sukarela...

Tapi,

Dulu juga,

Aku pernah terfikir,
Bagaimanakah mampu untuk aku bantu PALESTIN?
Apakah kekuatan ISRAEL untuk aku musnahkan mereka?
Masa itu kumelihat,
Kuasa ketenteraan mereka miliki,
Kuasa teknologi maklumat mereka miliki,
Semuanya apa yang kita miliki semua dipegang mereka,
Maka minda mula terfikir lagi,
Jika aku memegang salah satu kekuatan mereka,
TAK MUSTAHIL impianku menjadi nyata suatu hari nanti...

Kini,

Aku berada di "Dulu juga"
Meski Cita-cita kuat yang disimpan minda sedar dan tidak sedarku,
Ialah DOKTOR,
Namun aku dicampak ke cita-citaku yang diletak pada minda separa sedar,
Sungguh kuat,simpanan minda separa sedar sehinggakan kita menjadi tidak sedar,
Allah mentakdirkan sesuatu yang terbaik buat hambanya,
Dia tidak mahu hambanya ketinggalan dalam dunia yang semakin gawat,
Dunia memerlukan seorang muslim mukmin yang memegang tampuk segalanya,

Mengapa harus dipersoalkan lagi?
Bangunlah mara kehadapan Wahai Solehah...
Dirimu dinantikan PALESTINA KITA :)

#CebisanRohNotaHatiku

Serikandi Solehah
16 Ramadhan 1435

Comments

Popular posts from this blog

Apa maksud Menanti Februari yang sebenarnya?

(Review) Raudhah,Aku Mencintaimu Kerana Allah

(Review) Cinta Potato Spring