(KBTNL) Kem Bertaut Takhta Nadi Sejati,Laillahillahmuhammadrasullullah
Alhamdulillah hari ini ialah hari terakhir saya bersama
sahabat -sahabat seperjuangan di KBTNL. Entah rasanya bagaimana. Entah di mana
rasa itu. Allahuakbar. Saya bersyukur ke hadrat Illahi yang telah mentakdirkan
saya untuk menghadiri kem ini dan berterima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam memberi peluang ini kepada saya, roommate dan 80 orang sahabat-sahabat
yang lain.
Memang pada awalnya saya amat berasa berat hati kerana saya
perlu meninggalkan kelas, 'midterm exam', dan terlepas daripada menyertai rombongan
Majlis Perwakilan Surau Ar-Raudhah (Tembila) ke TV AL- HIJRAH yang amat saya
nantikan selama ini. Tetapi ketahuilah Allah ialah sebaik - baik perancang. Dia
Maha Mengetahui sesuatu yang terbaik untuk kita. Sebelum saya menghadiri kem
ini, saya mendapat tahu rombongan itu ditangguhkan ke tarikh yang akan diberitahu
semula. Daripada hatiku yang tak keruan itu, kini menjadi lebih tenang setelah
saya dapat menghadiri semua program yang saya perlu dan ingin pergi. Hikmah
Allah Maha Besar.
Walaupun saya ke kem ini hanya kerana satu panggilan
daripada nombor yang tak dikenali (tapi macam kenal je). Dalam keletihan pulang
dari kelas, tiba-tiba nombor 09-......... muncul di skrin telefon, hati tertanya,
"sapa ni?macam kenal je." Kemudian diangkat telefon sony ericsson legend
itu. Terdengar suara yang comel molek,namun tak dapatku cam kan siapa pemilik
suara itu. Suara itu mula menyusun bicaranya, "Nusaibah Yahaya ke?Kamu
terpilih untuk ikuti Kem Kepimpinan di Langkawi.WAJIB (errr...sentap sat masa
tu) tau. Boleh bagi ic,no matrik? Selesai bicara itu, hati sungguh berat
sangat.. SEBAB??? (macam cheq habaq kat atas tadi la) Dan perkara paling
menggugat keimanan ialah apabila program itu di kampung sendiri kot tapi tak
boleh balik rumah terus, cuba dan mencuba untukku dapat balik tetapi malangnya
kelas penuh, midterm dan kuiz beratur menanti kepulangan saya (tak pe lah
itulah adat berjuang kan, kalau senang selalu tak berguna jugak kan). Setelah
semua hikmah yang terjadi mampu melegakan hati, saya pasang niat baik-baik supaya
tidaklah sia-sia nanti (sebab sebelum ni macam terpaksakan, selalu dok nasihat
anak- anak halaqah je. NIAT.NIAT.NIAT). Kini kata-kata itu kembali kepada diri
insan yang lemah ini. Jadilah hati ini tak sabar menanti hari itu. Saya mahu
menjadi hebat, Saya mahu bertemu dengan orang hebat, Saya mahu belajar bersama
mereka. Saya mahu kita bertemu demi berkerjasama melaksana tanggungjawab sebagai
seorang khalifah.
Bahagianya saat tiba waktunya. Debaran amat terasa.
(ketaq-ketaq jiwa raga ni ohoi) Sesampainya di KBTNL bersama sahabat baru dan
sahabat lama saya, Semua itu menjadikan semangat itu terasa dekat di hati.
(tengok je diam tapi jiwa dalam tu memberontak mencari semangat muda yang kian
malap dek kerna ujian hati, diri yang tak tertanggung rasanya melihat anak muda
musnah hayatnya dihujung jari sendiri.dunia kian memberontak. alam yang kian membengis).
Di sini kami mencari kembali himmah semangat anak muda, pemuda, ruhul jadid
untuk membentuk negara dan kepimpinan yang hebat. (pengisian kejap....) Slot
pertama bermula. Kami ikutinya sebaik mungkin sehinggalah mendapat kumpulan.
Kami bina jiwa muda perwaja. Kulihat wajah mereka yang baru dikenali itu.
Tersemat segar keperwiraan anak muda yang belum terserlah. Kini kami bersama
menggalinya. Kami bersama menghayatinya. Kami bersama mecarinya. Aktiviti demi
aktiviti mencambahkan minda, menyemai rasa, menggugat deria. Bersatu kami menjayakan objektif. Berjuang
kami memberi idea kreatif dan kritis. Segalanya membentuk akal minda yang cerdas,
tubuh badan yang cergas dan kesatuan jiwa yang kental.
30 Mac 2014 ( 5.30pm )
Debaran kian terasa. Hati semua berdebar saya kira. Kini tibalah suatu pengakhiran yang dinantikan dan tak didambakan. Namun setiap permulaan mesti ada pengakhiran. Sungguh sayu saat setapak melangkah ke aktiviti kem yang terakhir. Dikira hanya gerak wira dan penutup. Sesungguhnya TIDAK. Sebesar-besar aktiviti, sehebat hebat jiwa, sekukuh kukuh keimanan, dan sekental kental sanubari kami diuji. (rasanya ni lah aktiviti bermodulkan modul yang deabak sepanjang kem kepimpinan yang biasa dihadiri sejak kecil). Baru cabaran daripada manusia, kalau ujian daripada Allah bagaimana kita hadapinya. (kannnn...?) Gerak Wira (betoi ke dak eh?) gah dipersembahkan, kuiz bertalu-talu diberi, pantasnya jurutangkas, gagahnya jurutulis menulis semua yang diminta dengan bantuan ahli kumpulan. Suka saya mengimbau kenangan terakhir ini kerana setiap yang berlaku sekali-kali tidak pernah saya sangka. Ianya memberi seribu sejuta makna dan warna dalam sebuah kehidupan persahabatan mahasiswa/i. Seperti aktiviti-aktiviti lain, semuanya ada objektif yang perlu dicapai.
2 April 2014 (9.00pm)
Teringat saya pada satu aktiviti yang membuatkan mata saya berair dan akhirnya mengalir seperti paip yang sudah pecah teruk. (tukang paip lambat sangat perbaiki.hehehe) Ianya bermula ketika kami diberi tugasan untuk menyiapkan apa yang ada dihadapan kami itu dengan beberapa syarat diletakkan dibahu kami. Syarat yang paling memberi kesan kepada saya ialah "tak boleh meminta tetapi memberi (memberi lebih baik daripada meminta)" Dengan tidak mampu berbicara, tidak boleh berdiri, dan dengan mematuhi semua arahan, kami cuba menyiapkannya. Tiba-tiba semua terkaku diam disamping ada beberapa orang yang dipanggil keluar. Serasa saya mereka bukanlah orang yang tak mematuhi arahan. (tengoklah muka bertanggungjawab semua kot...) Saya mengingatkan dan menjaga ahli saya supaya tidak seorang pun melanggar arahan. Saat semua diam membisu, ada dua kumpulan dengan tidak semena membuka bulatan kumpulannya untuk digabungkan oleh sahabat-sahabat kumpulan lain. Langkah ini diikuti oleh kumpulan kami sebagai kumpulan ketiga membuka bulatan. Serentak semua melakukan tindakan yang sama membuatkan hati saya sangat tersentuh. (makanya menitislah 'mak ulain' (airmata) ku secara tidak disedari, maaf jika saat menulis ini pun ada lagi saki baki air mata yang menitis buat kalian) Ya air mata itu sebenarnya kerana kalian, kalian sahabat saya yang membuatkan saya tak henti menangis lagi. Kemudian kesebakan itu diiringi pula lagu seroja dendangan Jamal Abdillah. Kami semua BERSATU menyelesaikan “puzzle” yang diberi dalam masa yang sama ada yang ditarik keluar. (hati tertanya-tanya,kenapa,kenapa dan kenapa?hehehe) Dalam keserabutan menyelesaikan tugasan, fasilitator duk 'torture' pulak dah. Satu persatu syarat dicabut. Kemudian bekerjasamalah semua menyiapkannya dengan sempurna setelah mampu bersuara. (penat jugak membisu,hati menjerit harap arahan mampu didengari.heee~) Selesai saya membantu sedikit, saya berdiri, “sekali ada fasilitator mai torture kot belakang”. Dah la dah sentap dah mula-mula tadi, tambah pulak lagi. (Sabaq jela.hehehe) Rupanya kami diuji lagi dengan sahabat kami itu “ditangkap tahan”. Bagaimanakah cara yang kami boleh buat untuk “melepaskan” mereka? Maka mulalah hati saya memberontak kerana sahabat saya diperlakukan sebegitu (emo pulak....ngeh3). Semasa ku ralit dengan suasana. Percubaan demi percubaan...mereka marah kami, (makan dalam baq ang) saya yang berbaris dibelakang sekali sangat terasa menusuk kalbu sedangkan walaupun kita semua masih belum sampai tahap rapat yang teramat sangat tetapi hati saya tak pernah mengira itu. Tersentuhnya hati dengan kata-kata itu membuatkan air mata mengalir deras bagai ombak rindu dilautan pilu. (hahahaha) Sahabat yang disebelah sedar dan cuba menenangkan, (malu heh kakak ni nangis) alangkah ruginya, pujukan itu tidak lut la. Entah kenapa tuan badan pun tak dapat mengiranya. Kemudian kami diberi tunjuk ajar oleh seorang ayah yang mempunyai sifat penyayangnya. Setiap nasihatnya kami ikuti. (Arghhhh...mengalir lagi...teringat ummi dan abah kat rumah.dah la tak boleh balik.nak jumpa pun sat pun tak boleh sebab depa ada hal lain. Sabaq lagi) Akhirnya BERSATULAH kami “sekeluarga”. Kannnn Air yang dicencang tak akan putus dan carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua. Makanya moh le pakat-pakat kita menangis. (Tak de lah, sengsorang kita je.hihihi *malu*)
Hati mana yang mampu menahan air matanya? 4 hari 3 malam kita bersama 87 orang. Meredah lautan kehangatan, makan bersama, main sekali, tidur sebilik, solat satu saf, didenda bersama dan macam- macam lagi peristiwa kita bersama. (see...panjang sungguh entri kali ini, hanya kisah tentang kita) Seterusnya kita 'menggila' bersama menyanyikan lagu tegar (ku yang dulu bukan yang sekarang), lagu sudirman (warisan), dan lagu brothers (teman sejati). Fuhhhh...memang OSEM MENAKJUBKAN !!!
Kubersyukur kerana ditakdirkan Allah untuk hadir dan bersama-sama sahabat seperjuangan yang hebat-hebat belaka. Tiada sahabat saya,melainkan andalah sahabat dihati. Saya yakin semua mungkin berasa hairan dengan saya kan? Dah la diam, dalam beraktiviti tak la aktif sangat, tup-tup malam last tu ‘dia’ seorang je lebih-lebih pulak (errr *malu*). Sebenarnya itulah impak hebat dalam diri (tak pernah sangka jadi cam tu.aduhai nus oh nus :D) dan saya harap dalam diri sahabat-sahabat sekalian juga. Memang patutlah saya berdebar teruk sebelum malam akhir ini kerana malam itu saya terlibat secara langsung dan semua markah kumpulan bergantung kepada saya juga. Berbalik kepada persoalan saya tadi dan seperti soalan fasilitator beri kepada saya semasa diminta bercakap dihadapan,mengapa kamu sedih sangat malam ini?
Buat pengetahuan semua, malam itu saya jawab kerana
1) saya niat betul-betul (ate paksa relakan awalnya)
2) saya bina ikatan ukhuwah bersama sahabat-sahabat walaupun
saya tak berjumpa lagi.
(pasti semua osem kan,hah,mmg osem dan cool (^_^))
[Renungan Sejenak] Ya niat. Seperti saya tulis awal tadi saya terpaksa dan inilah impaknya memperbaharui niat sentiasa. Saya memang cuba sedaya upaya mengenali sahabat baru saya meskipun saya seorang yang sangat pemalu. (ha…orang yang kena mai terjah,baru cheq leh cakap) Tetapi Allah beri hati untuk kita menilai betapa sucinya hati mereka berjuang bersama kita biarpun berada di kumpulan lain dan markah kumpulan lain dan kedudukan pada akhirnya lain. Sebenarnya apa yang saya cakap dihadapan itu baru 'Muqaddimatul Qaul' (Permulaan bicara) sekali dan kena berhenti. (macam tu lah orang pendiam sebenarnya, sebelum dapat mikrofon kat dia memang takut, bila dah dapat susah pulak nak berhenti.hihihihi) OK saya sambung apa yang saya nak cakap lagi malam tu.
3) memang saat ini yang saya nantikan. SAAT KITA BERSATU!
Paling menusuk kalbu masa buka bulatan tu menjadi bulatan besar.
4) saya selama ini hanya menjadi pemerhati kepada semua
mahasiswa/i. Kadang saya kenal kalian hanya dihujung jari. Boleh dikatakan hampir
semua orang hebat UniSZA saya kenal di muka buku sebelum bersua. (tips bersahabat,
mengenali sahabat tersebut dahulu sebelum apa-apa kerana mungkin dengan cara itu
mampu membantu kita mengenali mereka. Mereka akan rasa dihargai apabila kita
tahu serba sedikit tentang mereka.betul ke?hehe)
5) sebagai mahasiswa/i merangkap pemuda/i yang bakal memimpin
masa hadapan,kita mestilah bekerjasama dan 'give and take' dalam apa jua
masalah.
6) tangisan itu sebenarnya kerana memikirkan jiwa muda hari
ini yang terlalu mengikut hati, 'ibu bapa' sendiri mampu mereka lawan, bagaimanakah
negara kita mampu membangun jika pemudanya sebegini rupa? (fuhhh…peringat diri
la hai cheq ai)
MALU RASANYA NAK KONGSI TAPI TAK PE LAH RELAKAN SAHAJA KERNA:
MALU RASANYA NAK KONGSI TAPI TAK PE LAH RELAKAN SAHAJA KERNA:
Saidina ‘Ali
karamallahu wajhah:
Allahukbar... Kesatuan 87 orang itu gambaran kepada kesatuan
semua mahasiswa/i dan alangkah bahagianya jika semua itu terrealisasi. Ku
yakin! InsyaAllah! Alhamdulillah! Subhanallah!
Semoga titipan ini menjadi sebahagian daripada memori kita
bersama di KBTNL. Harapnya kalian tak jemu untuk membaca dan menyebarkan aura kesatuan
kita buat Ummah yang kian tenat.
Rindu dipuput angin bayu buat kalian dihatiku.
Salam ukhuwah fillah buat semua Mahasiswa/i Unisza yang
mengenali diri ini.
Salam ukhuwah fillah Geng Dato' Bahaman
Salam ukhuwah fillah fasilitator dan staff yang kami anggap
sebagai kakak abang dan ibu bapa kami.
SALAM UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA Ya Asdiqoi.
27 MAC 2014
Budak kecil yang ikut mak dia Solat Subuh dekat Masjid Sultanah Bahiyah Alor Setar |
Kami bawa nama UniSZA |
Kami dah sampai JETI KUALA PERLIS |
Dalam Feri (First time besaq oi) |
28 MAC 2014
Kamilah 6 DAUN TEH (bukan bunga k) Dato' Bahaman :D |
Panji Dato' Bahaman + Logo + Motto (6 kan Daun Teh) hehe |
29 MAC 2014
Malam terakhir di KBTNL |
Ehem...muka semua MACAM bahagia |
Bahagianye... |
Errr...tak pernah kubuat semua ni :D |
Ha...mai2 semua... |
Errr...*malu* |
30 MAC 2014
Pagi terakhir sebelum p jalan-jalan |
The Best Group! |
Dah nampak taring masing-masing :) |
Gembira bersama... |
Fuhhh...udah-udah le tangkap gambaq *malu* |
Kami nak balik dah... |
Best nak g jalan tapi? Bye KBTNL |
Gamat.Gamat.Gamat |
Kompleks HIG |
Untukmu SAHABAT-SAHABATKU |
Menanti feri |
Bersama kami meluangkan masa bersama |
Buat kali terakhir posing |
Sek-sek ni pantang nampak kamera...errr |
Merekalah yang terhebat |
Oh yeah... |
Cepat2 feri last,saya kat atas |
Good Bye Langkawi Island |
Petang dan Surut dah laut kami sampai |
Matahari terbenam tanda kami bakal berpisah ;) |
Di sini kami berkumpul terakhir kali di MOMENT ini. |
Dari Hati SERIKANDIUMMUMARIAHNUSAIBAHSOLEHAH BT YAHAYA, khusus
buat kalian =)
Catatan Hati 30 Mac 2014 - 2 April 2014
so swett
ReplyDeleteSweet kerana ada dewie dan sahabat-sahabat yang hadir menghiasinya :)
Delete