Isteriku Geng Usrah (Siri 2)
Prinsip Ketika aku kecil, aku mempunyai cita-cita untuk menjadi yang terbaik dalam segala hal. Mungkin kerana aku terbawa-bawa kisah Sultan Muhammad Al-Fateh ketika aku masih bersekolah rendah. Kisah itu sangat meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri saya. Sejak itu saya bercita-cita untuk menjadi generasi yang menyumbang ke arah kebangkitan Islam. Besar betul cita-cita aku. Aku pun hairan bagaimana timbulnya perasaan itu padaku? Mungkin kerana budak-budak kalau dah suka kisah tu,dia akan berangan-angan. Abaikanlah kisah itu. Sehinggalah aku dewasa pada usia sekolah menengah, kudapat rasakan yang cita-citaku itu bukanlah angan-angan kecil. Pada usia ini, kulihat CINTA ujian terbesar para remaja. Dengan takdir Allah, aku terbaca kisah remaja yang hanyut dengan cinta dan remaja yang tidak terpedaya dengan cinta. Keteguhan pegangan semasa kecil itu semakin teguh apabila aku berpegang teguh dalam soal cinta. Ikhtilat itu pemusnah hidup remajaku. Jadi aku terfikir,jika ak...