Jodoh Datang Tersalah Waktu

Assalamualaikum wrt. InsyaAllah hari ini saya ada sedikit perkongsian buat semua pembaca. Penulisan ini terhasil daripada adaptasi pembacaan, pertanyaan, perkongsian dan pengalaman sahabat-sahabat serta situasi yang berlaku di dunia maya jua dunia realiti sekeliling kita sebagai seorang insan. [AWAS, Penulisan ini tiada kaitan dengan penulis, yang hidup atau yang sudah mati] [Set dalam minda awal-awal perkongsian ini tidak berkait dengan couple, tetapi berkait rapat dengan cinta yang menginginkan alam perkahwinan] JOM BACA... Ada seorang adik datang kepada seorang kakak kerana ingin bertanyakan sesuatu. "Kak, memandangkan akak lebih dewasa daripada saya, saya rasa akak sudah biasa mengalami situasi seperti yang saya hadapi sekarang ini. " "Akak pernah melalui zaman remaja seperti awak, jika akak tak pernah alami pun insyaAllah akak akan cuba berkongsi pengalaman yang akak pernah kutip daripada orang-orang hebat untuk awak." "Akak, sebenarnya sa...