CITRA WARNA KITA


Tika itu
Pertama kali kita bertemu
Hatiku mentafsir dirimu
Kaulah bintang ulung yang menyinar
Jiwaku meronta untuk mendekatimu
Wajahmu seindah selembut baldu
Matamu bagai mutiara di lautan
Putih bersih rona hidupmu
Itulah dikau hai sahbatku!

Kini apatah dayaku
Kta jauh berbeda
Walau terjalin ukhuwah seakidah
Namun disekat tembok besar PERSEFAHAMAN
Diriku mencuba
Terus mencuba
Kau makin menjauhiku
Bukan pada jarak
Bukan pada kedudukan
Tapi pada PEGANGAN
Pegangan yang menjadi visi,misi dan...
Motto hayatmu

Apa pun
Dengan kudrat bantuan illahi
Sekarang aku bersua denganmu
Dikala sunyi sepi
Unggas berlarian,bertebaran di angkasa raya
Rohku menyoalmu
Mulutmu mentafsirnya
Saat ini...
Fahamlah aku tentang dirimu
Segalanya dapatku takhsiskan
Itulah kamu!

Ketahuilah sahabatku
Setiap tafsiranku bersandaran
Pertolongan RABBUL IZZATI kuutamakan
Pengalamanku menjadi panduan
Sahabat,
Dengarkanlah isi hatiku
Aku amat menyayangimu
Mencintaimu sepenuh RUHUL JADIDku
Hanya kau bertakhta di sanubariku

Oh pahitnya bak hempedu
Sungguh amat sukar kuluahkan
Kususun bait-bait madah pujangga
Untukmu
Khas buatmu
Di kala kelu kaku lisanku
Pantas tanganku menarikan pena
Di lembaran salju sutera kasihku
Kalbu tersentuh
Manik mutiara berguguran
Amat pedih melepaskannya
Lintasan riak ayumu
Menghentak segala rasa

Ya RABBUL 'ALAMIN
Kuatkanlah iltizamku
Realisasikan impianku
Untuk melihat mereka di sisiku
Di TAMAN FIRDAUSI
Wahai teman sejatiku
Bukakanlah secebis laluan
Bagi kalimah CINTA ini
CINTA ABADI
CINTA HAKIKI

Sahabat
Sejenak kita bersama Cinta
Cinta kepada sahabat
Tatkala berselisih
Kita pendamai
Tatkala memerlukan bantuan
Kita pembantu
Tatkala kesepian
Kita penghibur

Tatkala berdoa

Amin dilontarkan


Wahai Rafiqul Azizah...
Buktikanlah cintamu buat murabbi
Penghormatanmu pertama ilmu
Salammu berharga
Bantuanmu rahmat
Zahirkanlah cinta ini
Buat kilauan mentari siang hari
Cerminan reda Allah
Simpankanlah ruang buat mereka
Pendidik generasi Al-Fateh

Wahai Zamilal Kiram
Sudah cintakah dikau pada diri
Sempurnakanlah solatmu
Binalah bicaramu
Pancanglah emosi di atas jalan-Nya
Hisablah dirimu sebelum dihisab Pencipta
Hargailah milikmu
Peliharalah hatimu
Penjaralah nafsu laknatullah itu
Hanya itu harapanku



Dengarkanlah suara hatiku
Meski aku bukanlah ulama'
Tapi aku Kawan
Meski aku bukanlah ustazah
Akulah Sadiq
Meski aku bukan ayah
Ternyata aku Rakan
Meski aku bukan ibu
Tapi aku Teman
Meski bukanlah dihatimu
Namun Sahabat yang menyayangimu

Aku merinduimu
Teman untuk berjuang
Aku rindukan
Sahabat untuk berjihad
Kawan senda tawa
Sadiq untuk sama-sama beribadat
Rakan untuk sama-sama bermuhasabah
Yang sama-sama menuntut ilmu Allah
Sama-sama bekerja demi Islam
Sama-sama berkorban deminya
Sama-sama saling berpesam dengan
Kebenaran dan kesabaran
Itulah kamu wahai Sahabatku...

Karya Pensel dan Kertas,
Serikandi Solehah
2006-2010



Madah kunukilakan buat semua orang yang bergelar sahabat dan kepada kawan-kawan yang mengenali diriku ataupun aku saja yang mengenalimu.Sungguh tiada madah mampu diungkapkan lagi,hanya ini buat kalian. Terimalah seadanya daripada insan yang kerdil ini.haha

Nukilan khas buat seseorang sahabatku semasa dibangku sekolah,Berterima kasihlah kerana dia terhasillah karya saya ini untuk kalian semua.


*Exactly masa tulis ni saya tak ingat :)

Comments

  1. Assalamualaikum..hai2
    Saya jual iphone,samsung,phone case dan lain2..jemput singgah blog saya

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    ig @nurnasuha96_

    whatsapp +60196117811

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mini Birthday Giveaway by MiminAdam

[Join] GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM

(Review) Raudhah,Aku Mencintaimu Kerana Allah