(Review) Raudhah,Aku Mencintaimu Kerana Allah



Assalamualaikum wrt. 

Entri kali ini saya ingin berkongsi dengan semua tentang sinopsis novel karya Ramlee Awang Murshid dan pendapat saya setelah pertama kali memilih novel terbitan Alaf21 dan Karangkraf sebagai bahan bacaan semasa cuti semester di samping 3 bahan bacaan lain. Alhamdulillah pada 20 Januari 2015 selesai sudah saya mengkhatam novel ini. Dalam perkiraan, saya mengambil masa dalam sebulan juga untuk menghabiskan buku ini kerana tuntutan peperiksaan semasa saya meminjamnya pada 20 Disember 2014 dan tuntutan tugasan bersama keluarga setelah pulang bercuti. (nampak macam setahun baca satu novel. hahaha) Kebetulan saya jenis suka menghayati dan berimaginasi ketika membaca. Makanya pembacaan saya jadi lambat sedikit walau apapun inilah satu-satunya novel yang saya habiskan dalam masa yang agak pendek. (buku lain lagi lama, amik kau. hehe) Saya juga tidak suka melangkaui setiap kronologi cerita sesebuah novel.

Panjang pula saya cerita tentang saya. haha

Baiklah berbalik kepada asal, 

Seperti yang saya beritahu tadi, novel Raudhah ini merupakan novel pertama yang saya baca terbitan karya seni, jadi bagi saya novel ini banyak memberikan kelainan dalam genre dan jenis novel yang saya baca. Salah satu keunikannya ialah kulit novel dan tajuknya ; RAUDHAH.

Kulit novel? Ya, buat pengetahuan semua selalu novel yang saya baca, tajuk novel dia mesti besar bukan nama penulis. Kebanyakan buku dan novel begitulah. Cuma zaman sekarang, pelbagai kelainan yang penulis serta penerbit hasilkan. Alhamdulillah sudah maju. Sampaikan adik saya yang tengok saya baca tanya, "Kakak,tajuk dia ke Ramlee Awang Murshid tu?" Tajuk novelnya pula kecil seolah nama penulis, tambahan pula tajuknya Raudhah yang boleh membawa banyak makna samada nama orang, nama tempat di Madinah, atau nama syurga.

Selain itu, novel ini juga tiada isi kandungan dan hanya ada prolog dan epilog. Novel-novel yang saya baca sebelum ini semuanya ada isi kandungan dan perkara pertama saya akan buat ialah baca isi kandungan sampai habis. (sebab?) Saya ingin apa yang saya baca berkaitan dengan tajuk yang saya baca. (tak boleh kalau baca buku tajuk kat atas lain, isi dalam dia tak membawa maksud tajuk pun.) TETAPI novel ini meletakkan saya dalam keadaan kritikal kerana novel ini tiada tajuk untuk setiap bab. Setiap kali melalui satu per satu bab di dalam novel ini, saya pasti perlu bersedia untuk menukar channel imaginasi saya kerana gaya penceritaannya banyak meliputi monolog dalaman dan imbas kembali (flashback). Di samping itu, pemilihan bahasa yang digunakan pemulisnya juga merupakan bahasa-bahasa yang tinggi (bombastik). 

Selesai saya meneliti secara kasar novel ini, kemudian saya ingin menyentuh tentang kronologi cerita dan pengisian yang diselitkan oleh penulis novel ini. Penulis sangat hebat dalam menulis gaya bahasa flashback dan cerita dalam cerita. Penulis mampu membawa pembaca berada dalam pelbagai perasaan. Bagi saya, bahasanya mampu mebuatkan saya sangat menjiawai setiap watak yang ada di dalam novel ini. Permulaannya, penulis banyak menceritakan tentang kisah hidup seorang watak Faris iaitu sebagai pembunuh upahan profesional yang merupakan watak utama. Pada pertengahan penceritaan, pelbagai konflik yang di alami oleh watak utama bersama watak sampingan dengan alam mimpi serta realiti kehidupannya. Saat inilah penulis meletakkan pembaca dalam keadaan cemas mencari apakah pengakhiran hidup seorang watak utama yang mahukan perubahan dalam hidup? Selain itu, penulis juga membuatkan pembaca tertanya-tanya apakah balasan yang bakal diterima oleh Faris sedangkan dia ialah pembunuh yang pada logik akalnya balasan Allah yang akan diterimanya? Persoalan-persoalan begini yang membuatkan pembaca akan terus membaca mencari kisah sebenar saat pelbagai keraguan yang ditimbulkan penulis dalam setiap bab yang ditulis. Pembaca seperti seorang penyiasat persendirian yang mencari pelbagai bukti bagi membantu watak utama, iaitu Faris dalam misi berubah kerana Allah. Di sini, timbul juga perasaan sedih dan simpati kepada Faris ketika dia mengahdapi pelbagai cabaran. Novel ini diakhiri dengan suatu kisah yang sangat takjub kepada pembaca dan mungkin sesetengah pembaca akan berkata "alah,macam ni ke akhir dia?" Itu perkara normal yang akan dialami pembaca, mungkin pengakhiran kisah ini membuatkan sebahagian kita berasa tidak puas, namun disebaliknya ada hikmah yang penulis ingin tunjuk kepada kita, iaitu setiap daripada kita sebagai manusia biasa, kita layak diberikan peluang kedua dan kita akan mendapat apa yang terbaik buat kita.

Anda ingin tahu apakah kisah yang menakjubkan saya itu???

Dapatkan novel ini dipasaran.
Baucer buku 1 Malaysia dah dapatkan?
Tunggu apa lagi, sebelum tamat tempoh,
Jom berbelanja. hehehe


Saya akhiri post kali ini dengan SINOPSIS novel ini :D

JOKER dan White - gandingan dua penjenayah kejam yang saling tidak mengenali. Joker adalah contract killer dan White pula pemegang kontraknya. Kod rahsia mereka – ‘Mawar Putih.’ Sasaran pembunuhan adalah golongan penjenayah kolar putih. Hubungan mereka retak setelah Joker mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Jantungnya berhenti berdenyut selama tiga minit. Logik akal, Joker sudah mati!

Faris dan Hambali - dua sahabat yang terpisah dan berbeza cara hidup. Faris bergelumang dosa. Hambali pula hamba yang zuhud. Setelah membilang tahun, mereka bertemu semula di Masjid Negara. Faris menyatakan hasrat hendak berubah dan Hambali tekad mahu membantu sahabatnya itu ‘taubat nasuha.’

Cinta - muncul secara misteri. Junaidatul Al-Fatiah merupakan tunangan Hambali. Dalam diam, Faris turut mencintai gadis itu. Kedua-dua lelaki ini menggelarnya, ‘Raudhah.’ Seorang gadis dicintai dua lelaki, pasti salah seorang harus mengorbankan perasaan dan keegoan. Tapi siapa?

RAUDHAH – banyak teka-teki yang sukar disimpulkan. Hanya iman dan takwa mampu melihat di sebalik tabir waktu. Persoalan muncul dalam bentuk yang sangat menyakitkan: keterbalikan cinta, keliru antara bayang dan jasad serta kitaran waktu yang mencetuskan huru-hara. 

Sentuhan RAMLEE AWANG MURSHID kali ini banyak bermain dengan ilusi. Saspen, pembohongan dan kekejaman silih berganti sehingga debaran sukar dihentikan.


Credit Sinopsis To : http://www.alaf21.com.my/prodDetails.asp?idpr=1081



SELAMAT MEMBACA!

Comments

Popular posts from this blog

Mini Birthday Giveaway by MiminAdam

[Join] GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM

Let's Join Giveaway 7 HARI by Syira Lokman